Latest Post

Salam sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Kemerdekaan Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk kali ke-52 tahun kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones yang mewakili sebuah kumpulan sosial didalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini sudah bergerak dibawah naungan sebuah Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah berdaftar secara SAH dibawah bidang perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan isu nama saya yang telah dipopularkan oleh dua orang rakyat Negara Sabah.

Dalam kenyataan ini, tidak perlulah pihak kami untuk menyebut nama mereka kerana mereka ini cukup terkenal dengan sikap kebudak-budakkan walaupun umur sudah menunjukkan kematangan. Mereka ini juga sangat terkenal dengan perbuatan yang jelas memalukan diri-sendiri (mungkin disebabkan tidak mengenal erti malu?). Jikalau tidak, rajin-rajinlah bertanya kepada rakan-rakan Facebook tentang siapakah gerangan mereka yang dimaksudkan didalam kenyataan ini. 

Saya Doris Jones dengan bangga ingin mengesahkan bahawa nama sebenar saya adalah Doris Yapp Kim Yuon daripada etnik Sino Kadazan. Saya memiliki sijil kelahiran anak Negara Sabah. Ya, saya adalah peranakan Cina dan Kadazan. Saya menyambut Tahun Baru Cina, Hari Natal, Hari Raya dan Hari Kaamatan.

Satu soalan untuk anda semua, adakah anda nampak sebarang masalah dengan nama, etnik dan perayaan yang disambut oleh saya?

Ingin saya perjelaskan disini bahawa perjuangan ini [SSKM-SSU(UK)] adalah berlandaskan kepada semangat Sabah for Sabahan, Sarawak for Sarawakian dan Borneo for Bornean bersama-sama dengan Pejuang-pejuang Kebangsaan Negara Sabah dan Negara Sarawak yang lain. Ia merangkumi semua etnik di Negara Sabah dan Negara Sarawak. Saya tidak melihat perbezaan etnik ini akan menghalang usaha dalam pembebasan Bangsa Borneo daripada cengkaman penjajahan kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan malaysia.

Mengapa?

Sebab dalam perjuangan ini adalah bertujuan untuk melindungi Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak yang terdiri daripada pelbagai etnik dengan kebudayaannya yang masing-masing unik, yang sebenarnya cuba untuk dilenyapkan dengan satu cara iaitu penyerapan identiti dan penjenamaan etnik baru melalui proses memalayanisasikan Bangsa Borneo. Tindakan ini MESTI DIHALANG SEPENUHNYA agar identiti Bangsa Borneo tidak akan hilang di Dunia ini. Ia adalah tanggungjawab bersama.

Perjuangan ini bukan berlandaskan kepada keutamaan mana-mana etnik tetapi adalah berlandaskan kepada satu BANGSA dalam Negara. Bangsa yang merangkumi kesemua etnik Orang Asal dan yang bukan Orang Asal tetapi mempunyai semangat Sebangsa yang asli. Itulah salah satu misi Perjuangan teras pihak kami.

Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.

Anda lihat, anda baca dan anda sedar bahawa sejak kebelakangan ini, terdapat provokasi kebudak-budakkan yang dibelakangi oleh individu-individu yang luarannya nampak matang namun dalamannya sungguh kurang matang dan tidak professional. Diselebungi dengan emosi yang tidak stabil, penuh dengan kedengkian, dan tidak salah dilabelkan sebagai duri dalam daging. Tapi syukur, kerana mereka sudah pun dikenalpasti dan kini rakyat sendiri telah mampu melihat dan menilai rentak perjuangan mereka yang berusaha untuk menikam daripada depan dan belakang bagi melumpuhkan semangat perjuangan Bangsa Borneo.

Punca kepada provokasi ini menurut kefahaman kami adalah disebabkan apabila pihak kami terus mempertahankan pendirian dengan hujah serta justifikasi yang jelas bahawanya 20 Perkara itu adalah salah satu bukti yang telah memperlengkapkan Perjanjian Malaysia 1963. Ini kerana 20 Perkara adalah satu memorendum yang telah dihantar kepada pihak IGC oleh lima buah badan parti politik Negara North Borneo (kini dikenali sebagai Sabah) untuk diberikan perhatian lebih agar ia dimasukkan kedalam Perjanjian Malaysia. Namun Perkara 7 tidak dipersetujui kerana ia, menurut kebijaksanaan Lord Landsdowne (Pengerusi Inter-Governmental Committee-IGC), pembentukkan persekutuan malaysia ini adalah berdasarkan kepada "kerelaan" masing-masing. Atas sebab itu, tidak perlu dimasukkan larangan untuk berpisah kerana Negara Sabah (dahulunya North Borneo) dan Negara Sarawak mempunyai HAK MUTLAK untuk menamatkan persekutuan dengan malaya dalam persekutuan malaysia ini "pada bila-bila masa" sahaja tanpa sebarang halangan mahupun sekatan.

Pihak kami akan menggunakan Dokumen Kolonial British, Laporan Suruhanjaya Cobbold, 18 & 20 Perkara, Laporan IGC dan Perjanjain Malaysia 1963 sebagai bukti yang akan digunakan bagi menjustifikasikan kepada Pemisahan daripada Persekutuan Malaysia ini. Manakala pihak yang menentang pendirian kami ini mengatakan bahawa mereka akan "HANYA" menggunakan Perjanjian Malaysia 1963 sahaja. Namun perjuangan mereka hanyalah untuk terus kekal didalam persekutuan malaysia dengan hanya memperbetulkan konsep yang seharusnya dipraktikkan oleh negara anggota dalam persekutuan malaysia. Jadi, jelas sudah perbezaan yang nyata daripada pihak penentang dengan perjuangan pihak kami yang sudah nekad dalam keputusan dan percaya bahawa selagi Negara Sabah dan Negara Sarawak bersekutu dengan malaya dalam persekutuan malaysia, selagi itulah masa depan Bangsa Borneo iaitu Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak tidak akan terjamin malah penindasan itu akan menjadi sesuatu yang tidak dapat digambarkan nanti melalui kata-kata.

Semoga pencerahan ini mampu menerangkan segala kekeliruan yang timbul daripada provokasi murahan golongan itu yang sekadar ingin mendapatkan perhatian sahaja demi mempromosikan diri agar mendapat sokongan pada PRU14. Orang Sabah cakap, kirim salam sajalah.

Sebelum mengakhiri kata-kata dalam kenyataan ini, ingin saya mengucapkan Selamat membuat persiapan dalam menyambut Tahun Baru Cina kepada semua etnik Cina daripada Negara Sabah dan Negara Sarawak. Semoga ikatan kekeluargaan akan bertambah erat dan rezeki akan lebih melimpah-limpah pada tahun ini. 

Join The Fight!

Kenyataan RASMI Datuk James Ligunjang.

"Ingin saya jelaskan bahawa kempen HPM63 adalah perjuangan rakyat yang bermula di Tambunan pada malam 15 hb september 2014 sempena convoy Batu Sumpah ke Keningau yang diketuai oleh Dr.Jeffrey Kitingan.

Matlamat HPM63 adalah untuk memberi kefahaman kepada rakyat Sabah dan Sarawak mengenai dengan perjanjanjian 1963 dan apa isi kandungannya yang perlu dihormati oleh semua pihak. Justeru itu, kita mohon semua parti dan NGO mendokong perjuangan ini dan menyertai Himpunan Rakyat serentak di Kuching dan Kota Kinabalu pada 16 hb September 2015 untuk mendesak semua pihak menghormati Perjanjian.

Kita mempelawa semua pertubuhan mendokongnya dan tidak memilikinya.

Akhirnya kata, saya bukan ahli Parti Pakar dan saya tidak pernah menyekat mana pertubuhan Parti Politik dan NGO untuk menjalankan akitiviti mereka. 

Yang penting pada saya, kita wujudkan persafahaman dan kerjasama untuk menjayakan aspirasi rakyat SS. 

Sekian."

Datuk James Ligunjang
11 Januari 2015


Respon SSKM-SSU(UK)

Ingin pihak SSKM-SSU(UK) katakan disini bahawa bukan musuh yang ingin dicari dalam perjuangan tetapi adalah Kemerdekaan sebenar Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Kenyataan demi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kami adalah untuk memaklumkan kepada umum tentang keputusan, pandangan kami dan tambahan juga demi untuk mempertahankan imej serta perjuangan ini.

Semoga pencerahan daripada Datuk James Ligunjang ini mengenai konflik yang wujud diantara SSKM-SSU(UK) dan HPM63 sebelum ini mampu mengeratkan lagi persefahaman seterusnya meningkatkan kerjasama dua hala demi kepentingan bersama untuk Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.

Salam Berjuang untuk semua...

Join The Fight!

Salam sejahtera, Salam Hormat, Salam Perpaduan dan Salam Tahun Baru 2015 kepada semua rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones mewakili sebuah kumpulan sosial dalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini bernaung serta  bergerak melalui sebuah NGO yang berdaftar SAH dibawah bidang perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland dengan nama kumpulan Sabah Sarawak Union (SSU)-UK ingin membuat satu kenyataan rasmi untuk mencerahkan kekeliruan serta konflik yang timbul dalam perjuangan ini diantara SSKM-SSU(UK) dengan kumpulan gerakkan sosial yang bernama Hormati Perjanjian Malaysia 1963 (HPM63) yang diketuai oleh En.Zainnal Ajamain dan juga Datuk James Ligunjang.

Antara kekeliruan dan konflik yang timbul adalah seperti berikut; En.Zainnal Ajamain menerangkan bahawa 20 Perkara adalah ciplak laporan Cobbold dan tidak mempunyai asas dalam Perjanjian Malaysia. Ini menyebabkan beliau mengatakan bahawa tiada guna untuk menuntut perpisahan yang membawa kepada Kemerdekaan sebenar jikalau 20 Perkara dibawa dalam perjuangan. Ini kerana dalam 20 Perkara, Perkara 7 mengatakan bahawa Sabah dan Sarawak tidak mempunyai hak untuk berpisah. Justeru, ia adalah satu usaha yang sia-sia [1]. Manakala Datuk James Ligunjang pula mengatakan bahawa usaha SSKM-SSU(UK) dan HPM63 adalah dua usaha yang berbeza. Ini kerana menurut pendapatnya, petisyen mengandungi saranan untuk pihak tertentu mengambil tindakan manakala HPM63 memfokuskan kepada memberi penerangan mengenai tentang apakah itu Perjanjian Malaysia dan sejauh manakah ia sudah terlaksana [2]. 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan TAHNIAH dan RIBUAN TERIMA KASIH kepada kumpulan HPM63 kerana telah berjaya dalam meningkatkan kesedaran serta merungkai segala persoalan-persoalan yang selama ini telah menjadi pertanyaan umum. Pengiktirafan ini wajar diiktirafkan kerana ia telah menelanjangkan penipuan, konspirasi serta kekejian permainan politik pemimpin-pemimpin malaya keatas Bangsa Borneo iaitu Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya, secara peribadi memuji dan menyanjung tinggi sumbangan yang telah dilakukan oleh HPM63. Dan atas sebab itu, pihak SSKM-SSU(UK) telah secara sukarela memberikan bantuan secara langsung mahupun tidak langsung tanpa dipinta dalam usaha untuk menyebarkan kebenaran hasil daripada pendedahan yang telah dilakukan oleh HPM63. Namun, setelah bantuan telah diberikan kepada HPM63, kekecewaan timbul dipihak kami apabila laporan yang diterima mengatakan bahawa pihak HPM63 sedang berusaha untuk mencalarkan perjuangan SSKM-SSU(UK). Atas sebab itu, saya mewakili kumpulan SSKM-SSU(UK) harus mengambil satu keputusan tegas untuk melindungi dan mempertahankan perjuangan SSKM-SSU(UK) daripada sebarang usaha pihak luar yang mahu menjejaskan perjuangan ini. Kenyataan yang dikeluarkan ini langsung tidak mempunyai niat untuk mencalarkan usaha HPM63 tetapi adalah lebih kepada mempertahankan dan melindungi perjuangan SSKM-SSU(UK).

Pertama [1], saya tidak bersetuju dengan pandangan En.Zainnal Ajamain apabila beliau mengatakan bahawa 20 Perkara itu adalah ciplak daripada Laporan Cobbold. Apa yang dapat diperkatakan melalui rujukan dokumen yang ada dalam simpanan pihak kami ialah 20 Perkara sebenarnya adalah rumusan dan diterjemahkan dalam bentuk Memorendum secara keseluruhan daripada perkara-perkara yang telah diketengahkan oleh semua pihak daripada badan-badan parti politik di kedua-dua negara pada waktu itu (North Borneo-Sabah dan Sarawak) yang terkandung didalam Laporan Cobbold. Benar bahawa Laporan Cobbold siap dirumuskan dalam satu bentuk laporan lengkap pada 21 Jun 1962 manakala Memorendum 20 Perkara telah dibentangkan pada 29 Ogos 1962 semasa persidangan Inter-Governmental Committee yang berlangsung pada sekitar bulan Ogos dan September 1962. Inter-Governmental Committee berperanan untuk merangka penyusunan Perlembagaan termasuk Perlindungan kepada Keistimewaan serta kepentingan North Borneo (kini Sabah) dan Sarawak dalam aspek-aspek seperti Kebebasan beragama, Pendidikan, Perwakilan di Parlimen Persekutuan, Kedudukan etnik-etnik Orang Asal, Kawalan Imigresen, Kerakyatan dan juga Perlembagaan Negara Sabah dan Perlembagaan Negara Sarawak. Memorendum 20 Perkara juga telah dimasukkan kedalam Perjanjian Malaysia sebagai Asas untuk Negara Sabah (North Borneo) berada dalam Persekutuan Malaysia sebagai rakan kongsi yang sama taraf dengan malaya dan bukan "negeri" kepada persekutuan tanah melayu yang kini telah mengelarkan diri mereka sebagai "malaysia". 

Apabila anda berusaha untuk menafikan akan kewujudan 20 Perkara dan mengatakan ia tidak relevan, maka anda secara langsung mengatakan bahawa Perjanjian Malaysia 1963 itu juga tidak relevan kerana Perjanjian Malaysia telah memasukkan Perkara-Perkara yang terkandung didalam 20 Perkara. Walaupun begitu, Lord Lansdowne tidak bersetuju untuk memasukkan Perkara 7 ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia kerana menurut kebijaksanaannya, pembentukkan Persekutuan Malaysia adalah atas dasar "sukarelawan". Maka tiada paksaan harus dikenakan kepada mana-mana anggota yang menyertai persekutuan ini. Atas sebab itu, mana-mana negara yang menyertai Persekutuan ini dengan "Sukarela", mereka juga bebas untuk keluar daripada persekutuan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang bentuk halangan.

Pihak SSKM-SSU(UK) menggunakan 20 Perkara bagi Negara Sabah sebagai asas dalam perjuangan ini adalah bertujuan sebagai perisai. Ia secara langsung akan menjadi pembuka mata kepada umum tentang aspek-aspek apakah yang telah dilanggari dan juga tidak dihormati oleh malaya selama ini. Mengapakah anda perlu takut akan Perkara 7? Tidakkah sudah jelas bahawa Perkara 7 itu tidak akan menghalang kepada perjuangan ini kerana Lord Lansdowne sudah jelas menyatakannya. Jikalau perjuangan SSKM-SSU(UK) tidak menggunakan 20 Perkara untuk Negara Sabah, bagaimanakah cara untuk menerangkan kepada umum secara jelas tentang aspek-aspek apakah yang telah dilanggari dan tidak dihormati oleh kerajaan Persekutuan Malaysia? Jadi, tiada istilah kononnya 20 Perkara itu diciplak daripada Laporan Cobbold kerana pengertian itu adalah tidak benar sama sekali. Satu lagi, perjuangan ini tidak sia-sia kerana kesedaran sudah dan sedang memuncak dikalangan rakyat Negara Sabah dan juga rakyat Negara Sarawak. 

Kedua [2], saya berasa kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk James Ligunjang kerana beliau telah memberikan kefahaman yang mengelirukan. Saya bersetuju bahawa petisyen SSKM-SSU(UK) ini membawa saranan untuk mengambil tindakan iaitu membawa kes ini kepada peringkat antarabangsa. Ini sememangnya kes antarabangsa kerana Perjanjian Malaysia ini melibatkan 5 buah Negara dengan mendapat pengiktirafan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)- United Nation (UN). Persoalannya, dimanakah salahnya petisyen ini? Anda dengan jelas mengatakan bahawa HPM63 itu hanya memfokuskan kepada memberikan penerangan tentang apakah itu Perjanjian Malaysia dan sejauh manakah ia telah terlaksana. Persoalannya lagi, mengapa anda mengganggu pungutan Petisyen SSKM-SSU(UK) dengan melarang sebarang usaha pungutan ini dilakukan ketika sesi ceramah itu habis dilakukan? Tindakan anda itu sudah melampaui batas persefahaman serta mengganggu aktiviti pungutan petisyen SSKM-SSU(UK).

Pihak SSKM-SSU(UK) juga telah banyak menerima laporan daripada sukarelawan SSKM-SSU(UK) bahawa mereka telah didekati oleh En.Zainnal Ajamain dan Datuk James Ligunjang untuk membantu mereka dalam kempen HPM63 dan diajak untuk menyertai parti PAKAR (parti tempatan baru ditubuhkan dan telah diluluskan). Pada masa yang sama, mereka ditegah dan dilarang untuk memungut petisyen SSKM-SSU(UK) semasa sesi ceramah HPM63 dilaksanakan. Tambahannya lagi, terdapat unsur-unsur untuk mencalarkan usaha SSKM-SSU(UK) yang sedang dan telah dilakukan oleh kedua-dua mereka ini.

Pihak kami tidak ingin memberikan sebarang komen tentang apakah misi yang sebenarnya ingin dicapai oleh HPM63 ini namun jikalau sekadar untuk memberikan penerangan, tidak salah jikalau saya katakan bahawa pihak kami telah dan sedang melakukannya sejak empat tahun lepas lagi. Anda membezakannya kepada dua perkara namun bagi pihak kami, ia adalah satu perkara yang sama malah ia disusuli dengan tindakan iaitu Petisyen. Pihak kami, SSKM-SSU(UK) "Talk with Action (TWA)".dan BUKAN "No Action Talk Only (NATO)".

Justeru, ingin saya menyarankan kepada semua Sukarelawan-Sukarelawan SSKM-SSU(UK) di Negara Sabah dan Negara Sarawak agar tidak terkeliru dalam perkara ini. Pihak SSKM-SSU(UK) tidak melarang mana-mana sukarelawan untuk terlibat dalam program HPM63 kerana ia memberikan penerangan kepada Perjanjian Malaysia 1963 namun jangan biarkan diri anda terpedaya dan terkeliru dalam sebarang unsur yang cuba membuatkan anda kehilangan kepercayaan dalam perjuangan SSKM-SSU(UK). Anda juga bebas untuk membeli dan memakai baju HPM63 tetapi anda juga bebas untuk tidak berbuat demikian. Tambahan lagi, tiada larangan kepada mana-mana sukarelawan untuk menyertai mana-mana parti politik atas kapasiti individu tetapi biarlah ia adalah parti Politik Tempatan sahaja yang berjuang untuk Bangsa Borneo dan bukan parti politik daripada malaya yang mengangkat ketuanan malaya di Borneo.

Untuk makluman umum, sijil keahlian SSKM-SSU(UK) akan dihantar melalui email pada penghujung bulan Januari 2015. Ia adalah kepada mereka yang telah mendaftar pada bulan October dan November 2014. Kepada mereka yang telah mendaftar pada bulan Disember, sila bersabar kerana permohonan anda sedang dalam proses yang dijangka siap untuk diberikan sijil sekitar bulan Februari ataupun bulan Mac.

Satu perkara lagi yang ingin disampaikan ialah akan ada satu upacara majlis MoU (Mutual of Understanding) diantara SSKM-SSU(UK) dengan NGOs Tempatan Negara Sabah bakal dilakukan dalam tahun ini agar wujud satu persefahaman yang jelas serta kerjasama secara rasmi demi memperkukuhan lagi momentum kebangkitan Nasionalisme di Borneo. Tarikh dan Tempat akan dimaklumkan kemudian.

Akhir kata, sekali lagi ucapan Selamat Tahun Baru 2015 ingin saya tujukan kepada Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Biarlah Kebangkitan Nasionalisme ini menjadi peneraju kepada Penyelamatan Bangsa Borneo daripada Penindasan kuasa penjajahan halus daripada semenanjung tanah melayu melalui kerajaan mereka itu kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia.

Pergo Et Perago - Dum Spiro Spero

Lyle Gregg, a game ranger, has captured one of the most timely photos of a remarkable event that happened in the animal kingdom. Call it revenge or retaliation but these pictures were captured at the moment when a fearless herd of 300 buffalo took it out on the ferocious king of the jungle, crushing him to death.

This occurred at South Africa’s Kruger National Park where the lion was earlier forced out or its pride. The vulnerable lion was trailed by an agitated group of buffalo which went after it while it was resting among the grasses. It made a failed attempt to escape the advancing herd of buffaloes but he was injured from a previous fight over the control of the pride so he was too slow and had to pay with his life.









Whether the herd of buffaloes decided to make the lone lion a “scape goat” and take out all their grievances for previous attacks on their specie or that they wanted to send a message to the big cats remains known only to this group of buffaloes which trampled and gored the big cat to death.

Source: http://listabuzz.com/lion-crushed-to-death-by-buffalo/

***When we are united, we can crush anything***

Salam sejahtera dan salam Kemerdekaan kepada Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak untuk kali ke-51 tahun yang bakal masuk kali ke-52 tahun. Saya Doris Jones, mewakili kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang telah ditubuhkan dalam Facebook dan kini bergerak dibawah naungan sebuah pertubuhan berdaftar secara SAH dengan nama Sabah Sarawak Union (SSU)-UK di bawah bidang Perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland ingin menyampaikan mesej umum yang penting kepada anda semua.

Saya akan bercakap tiga (3) perkara iaitu Perjuangan Bangsa Borneo, Politik dan Agama. Oleh itu, sila berikan peluang kepada diri anda untuk memahami mesej yang ingin saya sampaikan ini.

Perjuangan Bangsa Borneo

Setelah empat tahun yang juga bakal memasuki tahun kelima dalam perjuangan ini, perkembangan kefahaman dan penerimaan ideologi perjuangan SSKM semakin rancak dan telah mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat yang berbeda ideologi kefahaman politik. Tidak salah jikalau saya katakan bahawa perjuangan SSKM ini juga telah mampu satukan semua rakyat dikedua-dua negara sebagai satu entiti Bangsa Borneo. Yang lebih menariknya lagi, kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar menjadi kerajaan malaysia kini sudah kian tergugat dengan segala pendedahan yang telah menelanjangkan sepenuhnya penipuan dan kekotoran politik mereka yang selama ini telah disokong oleh pemimpin-pemimpin tempatan. 

Kita semua telah sedia maklum bahawa pemimpin malaya kini sedang berusaha untuk melenyapkan suara dan sentimen kebangkitan Nasionalisme di Negara Sabah dan Negara Sarawak melalui tindakan mereka memutuskan untuk mengekalkan akta hasutan 1948. Dengan itu, kita perlu membuat keputusan yang mustahak sekarang untuk diputuskan. Pertama, adakah kita mahu terus akur dan tunduk kepada ancaman serta ugutan malaya yang didokong oleh pemimpin-pemimpin tempatan yang selama ini telah dilakukan keatas kita selama 51 tahun? Adakah kita mahu merelakan diri, keluarga, keturunan dan generasi bangsa kita untuk terus diperlakukan sedemikian untuk 50 tahun lagi? Atau kita lakukan satu revolusi kebangkitan Nasionalisme secara menyeluruh untuk sekali dan selamanya secara demokratik melalui tuntutan hak mutlak kita sebagai sebuah Bangsa yang Merdeka dan berdaulat agar generasi dan keturunan kita dapat menikmati kehidupan dibawah pemerintahan Kerajaan Tempatan yang adil dan saksama tanpa perlu lagi berasa takut dengan pemerintahan malaya yang pada waktu itu negara kita sudah bebas daripada persekutuan malaysia dengan malaya. Dimanakah pilihan dan pendirian anda?

Jikalau anda mahu memilih untuk terus akur dan tunduk kepada ancaman serta ugutan malaya, ya, anda akan selamat. Anda tidak akan diapa-apakan. Tidak berlaku penangkapan dan anda boleh teruskan kehidupan anda seperti biasa sebagai bangsa yang terjajah secara halus melalui mental dan fizikal. Dan anda selamanya tidak akan miliki kekuatan untuk menegur mahupun menunjukkan penentangan secara terang-terangan kepada pemerintahan malaya biarpun anda tahu mereka zalim dan tidak adil. Apabila anda sudah tua, anda akan meninggalkan amanat kepada keturunan anda untuk turut sama mengikut langkah anda. Dalam erti kata lain, anda merelakan diri dirogol oleh perogol siang dan malam tanpa sebarang tindakan untuk mempertahankan diri mahupun menghentikan tindakan jahat, hina dan kotor tersebut. Akhirnya hidup anda berakhir dengan satu tragedi yang akan ditutup daripada pengetahuan umum seperti mana yang telah dilakukan kepada pemimpin-pemimpin Nasionalis Kebangsaan Negara Sabah dan Negara Sarawak kita dahulu. Anda lawan malaya, hidup anda akan berakhir. Patuh kepada malaya, anda akan hidup dan meninggal semasa usia tua di katil atau mungkin disebabkan penyakit.

Atau anda BANGKIT sekarang dengan berani bersama-sama dengan yang lain, berdiri teguh kepada pendirian dalam perjuangan untuk mengatakan  kepada kerajaan menyamar itu bahawa mereka boleh mengancam nyawa, keluarga mahupun generasi Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak, tetapi mereka tidak mampu mengugat walau seinci pun semangat yang membara didalam diri Bangsa Borneo untuk berjuang untuk menuntut Kemerdekaan dan Kedaulatan daripada penjajahan jijik, hina dan kotor malaya ini. Perjuangan ini juga tidak meminta seinci pun tanah mahupun hak malaya tetapi hanya ingin mengambil sepenuhnya hak Bangsa Borneo tanpa sebarang syarat daripada genggaman malaya. Jikalau rebah ke bumi, biarlah rebah sebagai seorang pejuang dan tidak sesekali sebagai pengkhianat Bangsa dan Negara. Tetapi dalam perjuangan ini, bukan nama yang menjadi rebutan tetapi nasib bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak itu yang menjadi misi utama yang mesti diperjuangkan tanpa sebarang alasan.

Kita bukan tidak pernah memiliki sebuah negara, matawang, mahupun pertahanan negara. Semuanya kita pernah miliki dahulu. Namun perkara tersebut dihilangkan daripada genggaman tangan bangsa kita. Kita tidak akan sesekali merampas hak orang lain tetapi apa yang kita sedang lakukan sekarang adalah hanya untuk mengambil balik kesemua hak milik Bangsa kita kerana hak tersebut bukan milik malaya! Milik Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak!

Politik

Saya akui bahawa diawal pembentukkan persekutuan malaysia, pemimpin-pemimpin kita tidak mempunyai kematangan dalam pengalaman yang cukup untuk mentadbir negara. Pemimpin kita boleh memilih untuk menundakan kemerdekaan dan terus kekal dibawah jajahan British untuk beberapa tahun sehingga bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak benar-benar sudah bersedia untuk merdeka daripada British seperti mana yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negara Brunei. Tetapi pemimpin-pemimpin kita telah termakan pujuk rayu oleh pemimpin-pemimpin malaya serta ugutan demi ugutan daripada pihak yang berkepentingan untuk merealisasikan persekutuan ini. Maka, terjadilah persekutuan malaysia ini. Dijanjikan untuk memiliki kuasa politik untuk mentadbir Negara sendiri, namun disebabkan kekurangan pengalaman, pemimpin-pemimpin tempatan kita telah berdamping dengan sepenuh kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin malaya. Kini, hasilnya anda dapat melihat sendiri pada hari ini. 

Demi kuasa politik, mereka mendiamkan pejuang-pejuang Nasionalis Kebangsaan Negara Sabah dan Negara Sarawak dahulu. Menabur fitnah kepada bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara agar membenci pemimpin-pemimpin mereka sehingga rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak menghina segala kebenaran yang telah diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin tempatan. Bangsa kita telah termakan hasutan rasmi daripada malaya melalui kaca televisyen, surat khabar, ceramah dan sebagainya dahulu tentang segala dakwaan dan tuduhan jahat kepada pemimpin-pemimpin tempatan kita. Memporak-porandakan perpaduan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Melaksanakan polisi yang tidak adil kepada kerajaan yang dipimpin oleh parti-parti tempatan untuk memaksakan mereka menyerahkan hak demi hak jikalau mahu meredakan tekanan politik malaya dan kesannya, hak-hak kita yang sebenarnya merupakan perisai pertahanan sudah terhakis dan berada pada tahap yang sangat kritikal pada saat ini. Contoh yang jelas dapat dilihat ialah di Negara Sabah. Selama parti-parti tempatan yang memerintah, kerajaan malaya yang menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia sentiasa menganggu pentadbiran kerajaan Negara Sabah. Selepas pentadbiran kerajaan parti tempatan jatuh ke tangan parti malaya melalui bn-umno, tiada lagi sebarang gangguan. 

Benar, berlaku pembangunan fasiliti kerajaan, kemudahaan infrastruktur dan sebagainya namun perkara itu tidak setimpal dengan apa yang telah mereka rampas secara rasmi mahupun tersembunyi daripada Negara Sabah. Apakah anda yakin bahawa kerajaan parti-parti tempatan tidak berkemampuan untuk melakukan perkara ini semua yang sama dilakukan? Mereka sebenarnya lebih berkemampuan kerana faham apa yang perlu diutamakan namun fokus pentadbiran dan pembangunan diganggu dan halangan demi halangan dilakukan untuk menampakkan seolah-olah kerajaan parti-parti tempatan tidak mempunyai kebolehan untuk melakukannya.

Perkara seperti ini sebenarnya juga berlaku di Negara Sarawak namun pemimpin-pemimpin tempatan Negara Sarawak berjaya menangkis segala bagai cubaan demi cubaan daripada pemimpin-pemimpin malaya. Kerajaan Negara Sarawak sentiasa mempelajari kelemahan pentadbiran Negara Sabah dan atas sebab itulah kerajaan Negara Sarawak sentiasa kukuh ditadbir oleh Kerajaan parti-parti Tempatan meskipun mereka berada dalam komponen barisan nasional. Dengan mempelajari kelemahan pihak lain, ia telah menjimatkan masa dalam memperbaiki dan mengukuhkan diri mereka dalam mentadbir kerajaan Negara Sarawak. Dalam erti kata lain, ia adalah satu tindakan yang sangat bijak dan pintar yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tempatan Negara Sarawak.

Untuk memilih pemimpin Negara, kita perlukan pemimpin yang Nasionalis, berjiwa kebangsaan Negara Sabah dan Negara Sarawak. Yang tidak akan sesekali tunduk kepada ancaman mahupun ugutan kuasa luar. Di negara Sabah, sedih teramat sedih kerana pemimpin-pemimpin tempatan telah bersubahat dan bersengkongkol untuk menjahanamkan Negara Sabah. Mereka bukan berjuang untuk rakyat tetapi berjuang untuk malaya agar kuasa dan penjajahan terus kekal di bumi Negara Sabah. Kini, PBS, UPKO, PBRS, LDP, MCA, GERAKAN dan UMNO adalah parti-parti penjahanam kepada Kuasa Kemerdekaan dan Kedaulatan Negara Sabah.

Berlainan untuk Negara Sarawak. Mereka tidak keluar daripada BN adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh umno daripada menembusi benteng pertahanan politik. Ini kerana, pengalaman daripada tindakan PBS yang keluar daripada BN dahulu pada tahun 1990an telah menyebabkan kemasukkan umno ke Negara Sabah dijadikan iktibar. Selama PBS berada dalam BN, umno tidak berkemampuan untuk menembusi Negara Sabah tetapi disebabkan tidak menerima nasihat dan pandangan, tindakan yang salah telah diambil dan kesannya sehingga ke hari ini.

Agama

Disini, saya ingin tegaskan bahawa perjuangan SSKM adalah berlandaskan kepada kesedaran sejarah yang berfakta dan berbukti. Berlandaskan kepada 20 & 18 Perkara telah menjadi tunjang kepada penyebaran fakta ini. 

Dahulunya, perkara Agama tidak pernah menjadi isu yang sensitif dikalangan etnik-etnik yang menganuti agama yang berbeza di Negara Sabah dan Negara Sarawak namun keadaan ini nampaknya sudah berbeza dan tidak salah jikalau saya katakan bahawa kita seoalah-olah sudah menampakkan ciri-ciri sensitiviti malaya di Borneo. Perlu anda ingatkan diri bahawa perkara ini seharusnya dan semestinya tidak sensitif dan mesti di "neutral" kan. Kebebasan dalam beragama adalah milik individu. Tiada sesiapa yang berhak untuk mengatakan tidak kepada mana-mana pihak jikalau mereka ingin menyebarkan ajaran agama mereka kerana itulah yang dituntut dalam ajaran agama masing-masing. Dalam konteks Negara Sabah dan Negara Sarawak, ia jelas dinyatakan dalam Perkara 1. Kita mengiktiraf bahawa Islam adalah Agama Rasmi Kerajaan Persekutuan Malaysia namun perkara tersebut tidak terpakai di Negara Sabah dan Negara Sarawak. Namun, pada tahun 1970an, dibawah pentadbiran kerajaan parti United Sabah Nation Organisation (USNO) dan parti Sabah Chinese Association (SCA), agama Islam sebagai agama rasmi telah dimasukkan dalam Perlembagaan Negara Sabah manakala Kerajaan Negara Sarawak sehingga ke hari ini masih memelihara Perkara 1 untuk  tidak memiliki agama rasmi.

Tindakan Tun Mustapha sebenarnya hanyalah bermotifkan politik demi untuk mendapatkan sokongan daripada pemimpin malaya dalam kerajaan persekutuan malaysia namun perkara tersebut tidak berlaku sebaliknya hasil daripada tindakannya itu, kerajaan Persekutuan malaya telah mempergunakan untuk menghasut etnik yang beragama Kristian, Buddha dan Freethought (berfikiran bebas/pagan) untuk menjatuhkannya melalui Parti Berjaya dengan mengatakan bahawa Tun Mustapha adalah anti-Kristian. Selain itu, Tun Mustapha juga difitnah kononnya beliau daripada etnik "Suluk" mahu menjadi "Sultan" di Negara Sabah. Benar, pengislaman pernah dilakukan secara besar-besaran di Negara Sabah dahulu pada  zaman pemerintahan mereka (USNO-SCA). Beliau mempunyai hak untuk berbuat demikian tetapi adalah salah kerana telah menyekat agama lain dalam menyebarkan agama mereka. Ia seharusnya adil tanpa sebarang sekatan. Semua etnik di Negara Sabah juga diwajibkan meletakkan "Bin" dan "Binti". Namun, ia tidak bermaksud bahawa dengan memilikinya, seseorang itu telah bertukar agama.

Kini ia menjadi satu identiti di Negara Sabah tetapi telah disalahtafsir oleh kerajaan persekutuan malaysia yang kononnya mereka yang memiliki "Bin" dan "Binti" itu kesemuanya adalah beragama Islam. Apabila perkara ini ingin diperjelaskan dan dipertahankan tentang sebab pemilikan perkataan tersebut, maka keluar pula suara-suara sumbang daripada NGO rasis dan extremis daripada malaya dengan mendakwa serta menuduh yang kononnya berlaku penentangan kepada Agama Islam. Ingin saya tegaskan bahawa perkara seperti itu adalah tidak benar sama sekali.

Rentak politik umno-bn yang berpaksikan kepada permainan pecah dan perintah (divide and rule), agama dan perkauman/etnik telah lama dilakukan di Negara Sabah.

Selepas Kerajaan BERJAYA (BN) mengambil tampuk pemerintahan Negara Sabah daripada USNO-SCA, Kerajaan PBS (Parti Tempatan) pula telah menumbangkannya setelah beberapa tahun BERJAYA memerintah Negara Sabah kerana telah bersengkongkol dengan kerajaan persekutuan untuk melaksanakan dasar agenda malaya. Waktu itu jugalah Pulau Labuan diserahkan kepada kerajaan malaya yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia.

Walau bagaimanapun, sekali lagi permainan isu agama dan perkauman telah dimainkan oleh umno-bn yang pada masa itu merupakan kerajaan persekutuan dibawah kepimpinan mahathir dan anwar. Pada waktu itu juga, umno-bn telah menaburkan fitnah kononnya PengKristianan sedang dan telah dilakukan oleh kerajaan PBS. Ditambahnya lagi kononnya PBS adalah anti-Islam dan etnik Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus ingin menguasai Negara Sabah dan menindas etnik-etnik lain. Sekali lagi rakyat termakan hasutan.

Apabila pemimpin-pemimpin tempatan yang sudah goyah dengan perjuangan dalam memperjuangkan hak bangsa Negara Sabah serta diselubungi dengan keinginan untuk berkuasa dan miliki kekayaan, maka itulah yang dikatakan berlakunya lompatan keluar daripada parti PBS untuk menubuhkan parti politik masing-masing yang kini kita lihat bahawa UPKO Baru, (dahulunya Parti Demokratik Sabah-PDS), SAPP, PBRS dan selebihnya melompat masuk ke UMNO-BN. Tahun 1994 adalah tahun berakhirnya  pemerintahan kerajaan yang demokratik yang dipilih oleh rakyat tempatan di Negara Sabah. Tahun ini jugalah yang mana pengundi projek IC telah memainkan peranan dengan agresif melalui strategi umno-bn. Rakyat telah terpedaya untuk membenci mana-mana pemimpin tempatan yang menentang dasar kerajaan persekutuan malaya yang menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia.

Sekarang anda faham bagaimana isu perkauman dan agama dimainkan oleh pemimpin malaya?

Satu soalan untuk anda jawab dengan jujur. Jikalau seorang Muslim Sabahan/Sarawakian dan seorang Muslim malaya memohon untuk satu jawatan penting dalam kerajaan persekutuan, bagi anda siapakah yang akan diterima? Simpan jawapan tersebut untuk diri-sendiri. Ia sebenarnya tidak pernah memfokuskan kepada agama tetapi kepentingan politik yang telah mempergunakan "agama" sebagai tiket untuk melakukan sesuatu.

Melalui mesej ini, saya berharap anda dapat menyelami keadaan yang sebenarnya berlaku selama ini. Untuk Negara Sabah, tukar kerajaan bukan sesuatu yang menakutkan kerana ia telah dilakukan berkali-kali sebelum ini. Tetapi kali ini, kita tidak mahu hanya sekadar menukar. Kita mahu mengambil balik Kerajaan Negara kita dan menyingkirkan pengaruh malaya daripada Pentadbiran Negara Sabah khususnya. Dengan itu, kita mempunyai kuasa untuk memberikan kata putus dalam menentukan nasib Bangsa dan Masa Depan Negara.

Ingat, Negara Singapura sebenarnya telah meluluskan resolusi untuk menamatkan persekutuan dengan malaya dalam persekutuan malaysia dengan kata sepakat oleh semua pemimpin-pemimpim Dewan Parlimen/DUN Negara Singapore. Perkara tersebut juga boleh dilakukan oleh Kerajaan Tempatan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak. Jikalau anda faham dan sedar apa yang perlu dilakukan, bantulah memberikan kesedaran ini kepada semua Generasi Muda Negara Sabah dan Generasi Muda Negara Sarawak tentang perkara ini. 


Yang sudah boleh mengundi pada tahun 2018, sila jangan lupa daftarkan diri anda untuk mengundi. Yang belum pernah mengundi tetapi sudah layak, lakukakan tanggungjawab anda. Jangan biarkan undi anda diambil oleh orang lain yang terhasil daripada kerja jijik dan hina umno-bn melalui projek IC. Dan anak-anak muda, sebarkan kesedaran ini kepada rakan-rakan anda yang lain agar mereka faham dan tahu apa yang perlu dilakukan nanti. Apabila kita mencapai 300,000 tandatangan, kita akan bawakan Suara Borneo ke UN.

Untuk itu, sertailah perjuangan ini!

Join The Fight!

Doris Jones

KUALA LUMPUR, Dec 4 ― Islamist group Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) today urged Putrajaya to crack down on Sabah and Sarawak secessionists, saying stern action was necessary to protect and defend national unity.

In a statement here, Isma president Abdullah Zaik Abd Rahman urged Sabah and Sarawak citizens not to be swayed by the movement, claiming it benefits nobody but “greedy and dissatisfied” parties that he did not name.

“Isma urges the federal government to enhance the effort and do the necessary to plug any opportunity for them to launch a secession campaign that would only destroy our peace and stability, and jeopardise the country’s future,” Abdullah said in a statement.

“Isma asks the authorities to fulfil its promise not to compromise on the matter, and to take strict action against those involved if they are found guilty of spreading the secession agenda.”

The group said its position on the matter is to defend the unity of the pribumi, or natives, across the country from Peninsular Malaysia to Sabah and Sarawak.

“All Malaysians from all religion and ethnic groups are brothers who share history, interests and future,” added Abdullah.

Supporters of the secessionist movement argue that the allegedly Malaya-centric federal government has largely disregarded the 1963 Malaysia Agreement and the 20- and 18-point agreements pertaining to the special rights of Sabah and Sarawak, respectively, when Malaysia was formed.

Putrajaya recently pinpointed several people they believe to be involved in a movement to have Sabah and Sarawak secede from the federation, with Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar both issuing stern warnings against those behind the movement.

In September, police announced that they have identified three Malaysians involved in the secession movement, adding that they will be investigated under the Sedition Act 1948 and for criminal defamation.

On Monday, Isma’s website ran a report slamming an online group calling itself Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM), mooted by a Sabah-born political activist and lawyer based in the UK, Doris Jones.

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.