Articles by "Official Statement"

Showing posts with label Official Statement. Show all posts

Salam sejahtera kepada semua bangsa negara Sabah dan bangsa negara Sarawak. Saya Doris Jones mewakili kumpulan sosial didalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini bergerak dibawah sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan yang sah, yang bernama Sabah Sarawak Union-United Kingdom, yang telah berdaftar dengan Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan surat maklum balas yang diterima oleh saya daripada Foreign & Commonwealth Office.

Borang Petisyen dihantar diluar pintu pejabat Perdana Menteri UK
Pertama. Saya telah menghantar sebahagian borang-borang petisyen yang telah diterima oleh saya dari Negara Sabah dan Negara Sarawak di luar pejabat Perdana Menteri UK dan ia diterima oleh kakitangannya pada 16 September 2017.

Surat maklumbalas petisyen daripada Foregin & Commonwealth Office
Kedua. Saya telah mendapat maklumbalas melalui surat daripada Foreign & Commonwealth Office yang bertarikh 11 Oktober 2017 dan melalui surat ini, saya telah mendapat kepastian tentang saluran yang benar, yang perlu ditujukan petisyen-petisyen suara rakyat negara Sabah dan rakyat negara Sarawak ini.

Ketiga. Antara kepastian yang telah disahkan juga ialah status kedudukan negara Sabah dan negara Sarawak adalah selari dengan informasi yang diperolehi daripada dokumen kolonial (penjajah) yang telah menyatakan bahawa negara Sabah dan negara Sarawak telah memiliki status Self-Government (Berkerajaan Sendiri). Ini disahkan melalui perenggan kedua surat tersebut yang ada menyebut "territorial integrity of the States of Malaysia".

Keempat. "Territorial integrity " adalah penggunaan kata yang merujuk kepada konteks Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1541 (xv) pada Prinsip ke sembilan (ix). Dalam konteks ini, ia menjelaskan seperti berikut;

"Integration should have come about in the following circumstances:

(a) The integrating territory should have attained an advanced stage of self-government with free political institutions, so that its people would have the capacity to make a responsible choice through informed and democratic process;

(b) The integration should be the result of the freely expressed wishes of the territory's people acting with full knowledge of the change in their status, their wishes having been expressed through informed and democratic process, impartially conducted and based on universal adult suffrage. The United Nations could, when it deems it necessary, supervise these processes."

Dalam penterjemahan bahasa adalah seperti berikut:

"Integrasi harus berlaku dalam keadaan berikut:

(a) Wilayah pengintegrasian sepatutnya telah mencapai tahap pentadbiran berkerajaan sendiri dengan institusi politik bebas, supaya rakyatnya mempunyai kemampuan untuk membuat pilihan yang bertanggungjawab melalui proses yang bermaklumat dan demokratik;

(b) Penyatupaduan harus menjadi hasil daripada kehendak rakyat yang bertindak dengan penuh pengetahuan tentang perubahan status mereka, keinginan mereka yang telah dinyatakan melalui proses yang bermaklumat dan demokratik, dilaksanakan secara adil dan berdasarkan hak pilih dewasa universal. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu boleh, apabila difikirkan perlu, menyelia proses ini. "

Kelima. Melalui kenyataan surat itu juga, ia jelas mengesahkan bahawa Kuasa Kedaulatan dan Kuasa Perundangan Negara Sabah dan Negara Sarawak telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) melalui Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 dan ia telah dimasyurkan melalui deklarasi pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Namun, kini kita semua sedari bahawa sebenarnya tidak ada pembentukan Malaysia sebaliknya pada tarikh 16 September 1963 hanyalah merupakan tarikh rasmi kerajaan Malaya menukar namanya di PBB kepada Malaysia dan perkara ini tidak pernah didedahkan selama lebih daripada 50 tahun.

Keenam. Apabila kuasa kedaulatan dan kuasa perundangan anda dipegang oleh kuasa luar (malaya), ini membawa maksud bahawa kuasa luar (malaya) itu mempunyai kuasa untuk mengawal kehidupan anda yang melibatkan soal sosial, ekonomi dan politik. Dalam erti kata lain, negara Sabah dan negara Sarawak sememangnya telah dijajah oleh kerajaan malaya dengan nama barunya iaitu Malaysia.

Ketujuh. Walaupun demikian, melalui status Berkerajaan sendiri, status negara Sabah dan negara Sarawak adalah berbeza daripada status negeri-negeri Tanah Melayu dan ini jelas dapat dilihat pada Perlembagaan awal sebelum diubah pada tahun 1976. Kini, kita hanya selangkah lagi kearah Kemerdekaan yang sebenar, yang akan mengangkat status negara kita daripada Berkerajaan Sendiri dibawah penjajahan malaya kepada Negara yang Merdeka dan Berdaulat nanti, setaraf dengan negara Republik Singapura, Kerajaan Brunei dan juga Kerajaan Malaysia. Ini dapat dilakukan melalui Gerakan Kemerdekaan yang mesti dilakukan dengan hati yang cekal, kuat, utuh dan disertai dengan nyawa. Kematangan sesuatu bangsa hanya dapat diakui melalui pencapaian bangsa dan negara itu mencapai status Kemerdekaan sebenar mereka sendiri.

Kelapan. Surat ini juga memaklumkan dengan jelas sekali bahawa isu-isu berkaitan dengan hak asasi manusia dan politik dalaman dipantau oleh kerajaan UK.  Perkembangan di Timur Malaysia yang merujuk kepada negara Sabah dan negara Sarawak sentiasa berada didalam pantauan mereka serta perbincangan sentiasa diadakan dengan kerajaan Malaysia khususnya melibatkan hak kemanusian kita.

Kesembilan. Atas sebab inilah mengapa saya dengan penuh bertanggungjawab dan tegas mengatakan kepada anda semua bahawa kita tidak boleh sesekali takut untuk berjuang untuk mendapatkan hak kita kerana ia sememangnya milik mutlak kita. Malaysia ini hanyalah pentas persinggahan ataupun platform sementara sebelum kita mencapai kemerdekaan kita yang sebenar. Jikalau tangkapan dilakukan kerana perjuangan ini, ia akan merancakkan lagi Gerakan Kemerdekaan kita. Diakhir kepada perjuangan ini, sememangnya ia akan dilakukan didalam Makhamah, Dewan Undangan Negara Sabah dan Dewan Undangan Negara Sarawak, Parlimen Malaysia dan United Nations (UN).

Kesepuluh. Negara Republik Singapura sudah membuktikan proses damai Perpisahan itu dapat dilakukan secara damai dan demokratik. Perkara yang sama juga harus dan mesti dilakukan. Tidak ada lagi ruang untuk bangsa negara kita untuk menoleh ke belakang ataupun berlembut hati. Ketegasan dan ketetapan hati, jiwa dan minda itu mesti padat,keras dan kental untuk Merdeka.

Kesebelas. Saya menyeru kepada semua bangsa negara Sabah dan bangsa negara Sarawak yang ada sekarang, daripada seusia yang muda sehingga yang matang untuk melibatkan diri didalam Gerakan Kemerdekaan ini dengan hati yang rela agar kita dapat memperolehi kuasa Kedaulatan dan kuasa Perundangan yang memberikan kita kuasa Kemerdekaan untuk mentadbir kehidupan dan negara kita masing-masing. Kepimpinan yang tidak mewakili suara untuk menuntut Kemerdekaan mesti disingkirkan daripada dunia politik negara kita. Angkatlah pemimpin-pemimpin yang berjuang kearah kemerdekaan negara kita. Satukan rentak nyaringan suara semangat Kemerdekaan sehingga dunia ini mendengar dentuman suara bangsa kita bahawa Kemerdekaan itu mesti diberikan kepada empunya negara iaitu kita, bangsa negara Sabah dan bangsa negara Sarawak tanpa sebarang dolak-dalik.

Doris Jones

Salam sejahtera dan Salam Hormat kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones yang mewakili Kumpulan Sosial didalam Facebook dengan nama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini sudah bergerak melalui satu Badan NGO yang berdaftar dibawah bidang kuasa perundangan Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) dengan nama Sabah Sarawak Union (SSU-UK) ingin membuat satu kenyataan rasmi berhubung dengan satu artikel yang mempersoalkan "status Sabah sebagai sebuah negara adalah mitos" oleh seorang anak kelahiran Sabah berstatus pendidikan "PhD".

Pihak kami terpanggil untuk memberikan jawapan balas terhadap artikel yang telah diterbitkan olehnya yang kini bekerja di Malaysian Historian & Entrepreneur dengan kelulusan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dalam artikelnya ini, ia telah mempersoalkan tentang status Sabah sebagai sebuah negara dan melalui pendapatnya setelah membuat pembacaan yang tidak terhingga (sepertimana yang diakuinya), ia telah menyimpulkan secara peribadi yang menurutnya bahawa Sabah sebagai sebuah negara itu hanyalah satu cerita "mitos" (Opinion on SSKM and Sabah Country Myth).

Terlebih dahulu, ribuan terima kasih pihak kami ucapkan atas kesudiannya yang telah melapangkan masa untuk menyangkal fakta sejarah yang telah pihak kami dedahkan kepada umum sebelum ini. Kami juga bersedia untuk terus berhadapan dengan orang-orang sepertinya dimasa akan datang yang begitu bersemangat untuk meruntuhkan semangat dan moral perjuangan bangsa negara Sabah dan bangsa negara Sarawak.

Sebelum saya memulakan hujah saya, satu persoalan yang ingin saya ajukan kepadanya iaitu "adakah England, Scotland, Wales dan Northern Ireland itu berstatus negara-negara didalam satu Persekutuan Negara yang dipanggil The Great Britain and Northern Ireland (UK)?"

Setelah membuat penelitian terhadap artikel yang diterbitkan olehnya, saya mendapati bahawa hujahnya amatlah cetek dan sungguh memalukan bagi sebuah artikel seperti ini yang telah dikeluarkan oleh seseorang yang berkelulusan PhD dan yang sewaktu dengannya.

Dalam artikel ini, dia bukan sahaja gagal untuk memberikan definisi negara kerana mungkin "tidak berkesempatan" kerana ketiadaan masa malah gagal sepenuhnya untuk memahami konteks kefahaman "negara" itu sendiri. Maka biarkan saya memberikan pengertian negara yang sangat asas terlebih dahulu kepadanya berdasarkan kepada definisi didalam kamus Oxford yang menjadi rujukan antarabangsa bagi mengelakkan kekeliruan kefahaman seperti mana yang sedang dialaminya kini.

Menurut kamus Oxford, "Negara (Country)" bermaksud satu kawasan tanah yang mempunyai atau pernah memiliki kerajaan sendiri dan undang-undang. (Penterjemahan asal: "an area of land that has or used to have its own government and laws").

Melalui definisi ini, adakah Sabah tidak mempunyai kawasan tanah yang mempunyai atau pernah memiliki kerajaan sendiri dan undang-undang?

Dalam bahasa yang paling mudah, negara dapat didefinisikan sebagai sesebuah wilayah yang mempunyai bangsa, budaya dan memiliki sebuah kerajaan yang sah yang dipilih melalui pilihanraya serta memiliki kuasa perundangan dan kedaulatan (kuasa perundangan dan kedaulatan akan diberikan penjelasan nanti). Sesebuah kawasan dikatakan "sebuah negara" apabila kawasan tersebut memiliki bangsa/rakyat, wilayah dan pemerintah. Selain itu juga, ia mendapat pengiktirafan daripada negara luar.

Saya ingin membawa anda kepada satu sumber rujukan yang berjudul "British Borneo: Sketches of Brunai, Sarawak, Labuan and North Borneo" yang telah ditulis oleh W.H.Treacher, C.M.G., M.A. Oxon., yang juga merupakan Governor Pertama British North Borneo.

Dalam buku ini, beliau menjelaskan tentang status North Borneo dibawah British North Borneo Company seperti berikut:
Queen Victoria granted a Charter of Incorporation to the British North Borneo Company, which by confirming the grants and concessions acquired from the Sultans of Brunei and Sulu, constitutes the Company the sovereign ruler over a territory of 31,000 square miles, and, as the permission to trade, included in the Charter, has not been taken advantage of, the British North Borneo Company now does actually exist "as a Territorial Power" and not "as a Trading Company.
Sabah atau dahulunya dikenali sebagai British North Borneo Company telah wujud sebagai satu wilayah ataupun dalam ertikata lain sebagai negara yang berdaulat dibawah Piagam Syarikat British Borneo Utara, yang melaksanakan kuasa kedaulatan dan perundangannya secara bebas. Ini termasuk juga kuasa untuk berdagang dengan negara-negara luar melalui hubungan diplomasi setelah diberikan kuasa oleh Ratu Victoria pada tahun 1881.

Sabah yang dahulunya merupakan sebahagian wilayah Kerajaan Brunei telah diserahkan kepada Syarikat British Borneo Utara secara sah.

Sabah sebagai sebuah negara juga dapat disokong melalui satu jurnal yang bertajuk "Sabah (Malaysia) - Australia Relations: An Historical Observation" yang ditulis oleh Rizal Zamani Idris, Bilcher Bala dan Azizan H.Morshidi mengatakan didalam artikel ini seperti berikut;
These two political entities share a lot in common due to their historical past. They have both known one another since the 18th century. Notably, both countries had a British colonial background that has been founded by private explorers from England. Nonetheless, they experienced different fates from the start of the 20th century. "
Status Sabah sebagai sebuah negara boleh difahami melalui kajian sejarah diantara dua buah negara ini kerana kedua-dua negara ini mempunyai hubungan sejarah yang hampir sama.

Meskipun Sabah ataupun dahulunya dikenali sebagai North Borneo berada dibawah penjajahan British, ia tetap berstatus sebagai satu negara kerana memiliki perlembagaannya tersendiri (British North Borneo Constitution). Sabah memiliki polis dan ketenteraan yang menjaga keamanan negara. Selain itu juga, Sabah memiliki Matawang dengan nama British North Borneo Company Dollar.

Didalam sebuah buku yang bertajuk "The Prehistory of Borneo" yang telah ditulis oleh Tom Harrisson, beliau mengakui North Borneo (Sabah) adalah negara. Ia dapat dilihat dengan jelas melalui kenyataannya tentang perkongsian keadaan geografikal negara-negara ini. Ia adalah seperti berikut;
Most of Borneo is still inaccessible by modern means of communication. The island includes some of the wildest and most difficult country in Southeast Asia.
Selain itu juga, sebuah buku yang bertajuk "Stories from Sabah History" yang ditulis oleh F.G. Whelan berulang-ulang kali mengatakan Sabah adalah sebuah negara didalam penulisannya. Ia adalah seperti berikut;
All this meant that the Government of the country was in the hands of the Japanese and if they wanted anything from the local people they could take it.
Chester had been a rubber planter on the west coast of Sabah and knew the country well.
There is a memorial garden now built on this spot and every year on the anniversary of the executions there is a religious service to honour the memory of these men who died for their country.
Albert Kwok was a hero who fought bravely for his country and gave his life so that others could live in liberty and peace
Tambahan kepada sumber ini, saya ingin mengukuhkan lagi hujah melalui kenyataan Governor North Borneo yang terakhir yang dipetik didalam buku yang berjudul "Malaysia", dihasilkan oleh Professor AJ Stockwell untuk dijadikan rujukan didalam Institute of Commonwealth Studies di University of London. Ia adalah seperti berikut;
Although Goode reported at the end of 1960 that there were no political parties and the country's claim 'to have no politics' was still broadly true, he noted that this was unlikely to last much longer in the light of outside influences and growing pressure for closer association with neighbouring countries.
In Tory's opinion, this tension plus the country's poverty could only delay progress towards self-government.
After the commissioners departed, Goode elaborated his ideas: he accepted Malaysia - even advocating that it should be inaugurated while the iron was hot -but he insisted that, before sovereignty was transferred to Kuala Lumpur, there should be a prolonged transitional period during which expatriate officials would administer the country.
I suggested that we must now begin to think of the political structures that go to the building of a nation and in that phrase I included the relations of the several communities within North Borneo, each with the others, the association and identification of all the people of the country with its government, and the relations of this country and government with others external to it - particularly with its near neighbours, Brunei and Sarawak.
It is a subject on which I have pondered for years and there remains no question in my mind that it is to the long term advantage of the peoples of all three countries that they should join together to become as nearly as possible one country as their many differences may permit"
I shall go, regretfully, perhaps long before this dramatic adventure is embarked on; it is you who will live in the federated country if it is brought about and it is your opinion that, at any rate as far as North Borneo is concerned, must be decisive.
I have many times expressed the hope that North Borneo, which I am quite sure will ultimately emerge as a strong country, would evolve in accordance with its own genius
Ini adalah antara kenyataan-kenyataan yang tercatat didalam rekod kajian yang menyatakan dengan jelas bahawa Sabah ataupun dahulu dikenali sebagai North Borneo merupakan sebuah negara. Terdapat banyak lagi kenyataan-kenyataan yang sama namun cukuplah untuk setakat ini untuk dikongsikan daripada buku tersebut.

Saya tertanya-tanya sama ada benarkah anda telah melakukan kajian dengan terperinci atau sekadar kajian bawah pokok yang tidak mempunyai kualiti seperti mana artikel anda dihasilkan ini?

Untuk memanjangkan lagi hujah ini, mari kita bersama-sama memahami perkara ini melalui sudut yang berbeza.

Terdapat permasalahan yang timbul kerana tidak semua orang yang bersetuju dengan definisi "negara" atas faktor politik. Ini kerana sesetengah negara selesa untuk mengiktiraf sesebuah wilayah itu sebagai sebuah negara dan ada juga negara lain yang tidak mahu mengiktirafnya.

Sebagai contoh, Taiwan mendakwa bahawa wilayah mereka adalah sebuah negara tetapi China pula mengatakan bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada China. Kesannya adalah disebabkan Amerika tidak mahu mengecewakan China, Amerika tidak mengiktiraf Taiwan sebagai sebuah negara. Untuk contoh yang lain pula, selepas Perang Dunia Kedua, Kesatuan Soviet (Soviet Union) telah memasukkan negara Estonia, Latvia dan Lithuania kedalam Kesatuannya namun Amerika terus mengiktiraf ketiga-tiga wilayah ini sebagai "Negara Merdeka" yang telah dijajah disebabkan negara-negara ini tidak sehaluan dengan Kesatuan Soviet.

Contoh yang lain pula adalah seperti Bavaria (kini sebahagian daripada Jerman) dan Piedmont (kini sebahagian daripada Italia) tidak dirujuk sebagai "negara" dalam keadaan normal walaupun mereka pernah menjadi sebuah negara yang berdiri sendiri pada masa yang lalu.

Jadi, persoalannya ialah bagaimana kerajaan mendefinisikan "sebuah negara"?

Terdapat Tiga (3) terma rujukan yang boleh mendefinisikan bagaimana sesebuah negara itu wujud. Ia adalah melalui;
  • The Montevideo Convention
  • Constitutive Theory of statehood
  • Declarative theory of statehood
1. The Montevideo Convention adalah mengenai konvensyen perjanjian Hak dan Kewajipan Negara yang ditandatangani di Montevideo, Uruguay, pada 26 Disember 1933.

Konvensyen ini telah menggariskan definisi, hak dan tanggungjawab kenegaraan (statehood). Artikel 1 adalah artikel yang terkenal kerana telah menggariskan empat kriteria kenegaraan seperti dibawah Negara sebagai seorang individu mengikut undang-undang antarabangsa perlu memiliki kelayakan-kelayakan:

(a) Penduduk tetap;
(b) Wilayah tetap;
(c) Kerajaan; dan
(d) kapasiti untuk mewujudkan hubungan dengan negara luar.

Artikel 3 didalam konvensyen ini juga mengistiharkan bahawa kenegaraan adalah satu pengiktirafan bebas daripada negara luar. Makanya sesebuah negara itu boleh wujud meskipun negara lain tidak mengitirafnya.

2. The Declarative theory of statehood adalah berdasarkan kepada 4 kriteria yang dinyatakan dalam Konvensyen Montevideo.

3. The constitutive theory of statehood mendefinisikan negeri ataupun negara sebagai orang undang-undang antarabangsa (as a person of international law) jika dan hanya jika ia diiktiraf sebagai sebuah negara yang berdaulat oleh negara-negara lain. Ini bermaksud, selagi cukup negara-negara luar mengiktiraf anda sebagai sebuah negara, maka anda adalah sebuah negara meskipun anda tidak mempunyai kawalan terhadap wilayah atau penduduk tetap anda.

Jadi, melalui dua definisi ini, ia telah membenarkan sebilangan negara-negara itu wujud.

Pada hari ini, cara kebiasaan untuk mengiktiraf sesebuah negara itu adalah dengan mengelak dua definisi ini dan mengatakan terus bahawa jika ia adalah anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation-UN), maka ia adalah sebuah negara. Jikalau tidak, maka ia bukan sebuah negara.

Namun dengan kenyataan seperti ini, bagaimana pula status Vatican City yang sememangnya adalah sebuah negara namun bukan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN)?

United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) merupakan ahli didalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tetapi negara-negara didalam UK seperti England, Scotland dan Northern Ireland bukan ahli UN, jadi dengan berdasarkan kepada undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), mereka bukan berstatus negara pula.

Dengan kenyataan ini, ia sudah tentu bercanggah dengan kenyataan Kerajaan UK yang mengatakan bahawa "United Kingdom dibentuk oleh empat buah negara iaitu England, Scotland, Wales dan Northern Ireland".

Hujah saya juga dapat disokong bahawa Sabah adalah sebuah negara melalui sumber dokumen daripada United Nation (UN) yang bertajuk Classification of Countries by major Area and Region of the World yang telah diterbitkan oleh Population Division, Department of Economic and Social Affairs.

Didalam klasifikasi negara-negara di Asia Tenggara UN, "Malaysia" dan "termasuk Sabah dan Sarawak" telah disenaraikan didalam klasifikasi ini dengan jelas sekali.

Setelah memberikan sokongan hujah dan contoh-contoh yang berkaitan, kini saya akan beralih kepada menjawab persoalan-persoalan yang anda timbulkan didalam artikel anda ini.

Kenyataan anda yang mengatakan bahawa anda tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyenaraikan kajian lebih adalah satu alasan yang tidak seharusnya diberikan oleh seseorang yang berstatus PhD seperti anda.

Apabila pihak kami memberikan perkongsian dan membuat pendedahan sejarah, ini tidak bermaksud bahawa kami lebih hebat daripada ahli-ahli sejarawan dunia seperti K.G. Tregonning. Ini kerana apa yang pihak kami lakukan adalah berkongsikan dengan fakta-fakta yang sahih bagi mematahkan fakta sejarah songsang dan palsu yang telah diajar oleh kerajaan malaya.

Sumber rujukan kami adalah rahsia yang hanya akan digunakan bagi mematahkan serangan kerajaan malaya. Walau bagaimanapun, pihak kami sebenarnya sudah mendedahkan secara tidak langsung tentang sumber-sumber rujukan kami kepada umum.

Melalui sumber pada masa lalu yang terhad, pihak kami pada mulanya yakin bahawa North Borneo ataupun Sabah mencapai Kemerdekaan pada 31 August 1963. Namun setelah sumber demi sumber terbaru ditemui, pihak kami menyedari bahawa pada 31 August 1963 adalah sebenarnya merupakan tarikh Hari Negara Sabah Berkerajaan Sendiri yang telah diberikan oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, perjuangan dan jiwa untuk menuntut Merdeka itu tidak pernah terkubur kerana British telah menjanjikan Kemerdekaan kepada Negara Sabah dan ia masih lagi dipegang oleh rakyat negara Sabah dan negara Sarawak.

Pihak kami tidak menafikan bahawa Negara Sarawak juga bersama-sama dengan Negara Sabah mencapai status Berkerajaan Sendiri pada 31 August 1963 walau bagaimanapun, Kerajaan Negara Sarawak telah menjalankan peranan dengan status sebagai sebuah Berkerajaan Sendiri pada 22 Julai 1963, sebulan lebih awal berbanding dengan Negara Sabah.

Persoalan-persoalan yang anda kemukakan ini semua sebenarnya sudah dijawab oleh pihak kami. Cuma satu persoalan yang timbul ialah adakah anda malas mencari dan malas membaca atau tidak melakukan kajian ini dengan bersungguh-sungguh?

"Sukan Olympic" dan status "Yang Dipertua Negara Sabah" merupakan satu indikator dan bukti yang menyokong kepada status Sabah sebagai sebuah negara. Adakah itu terlalu sukar untuk anda memahaminya? Ataupun anda mengalami kerosakan kepala yang kekal (Permanent head Damaged-PhD)?

Untuk pengetahuan anda juga, Persekutuan Malaysia (bukan Negara Malaysia) telah dibentuk pada 16 September 1963 yang dianggotai oleh Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya melalui satu Perjanjian Antarabangsa yang ditandatangani pada 9 Julai 1963.

Perjanjian Malaysia ini adalah hasil daripada Laporan Cobbold dan kemudian pemimpin-pemimpin Negara Sabah (North Borneo) telah mengeluarkan Memorandum 20 Perkara yang dihasilkan daripada Laporan Cobbold untuk diberikan perhatian khusus sebelum North Borneo bersetuju untuk membentuk Malaysia. Selepas itu, Laporan Intergovernmental Committee (IGC) dikeluarkan oleh Lord Landsowne tetapi menolak Perkara 7 (Hak tidak seharusnya berpisah) daripada dimasukkan kedalam Perjanjian kerana menurutnya, pembentukkan Persekutuan Malaysia ini dibentuk atas dasar sukarela, maka apabila anggota-anggota Persekutuan Malaysia ini merasakan bahawa Persekutuan ini tidak mendatangkan apa-apa manfaat, maka atas dasar sukarela juga mereka boleh menarik diri pada bila-bila masa.

Konsep Pembentukkan Malaysia ini adalah berdasarkan kepada konsep Rakan Kongsi Sama Taraf!

Pada tahun 1976, konsep Persekutuan Malaysia 1963 telah dibubarkan melalui pindaan perlembagaan Malaysia yang telah menyenaraikan Sabah dan Sarawak sebagai negeri ke-12 dan ke-13 ke dalam senarai "Persekutuan Tanah Melayu".

Harus diingat bahawa model pembentukkan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 adalah berdasarkan kepada konsep United Kingdom (UK) atau yang lebih tepat lagi sama seperti pembentukkan Australia (Federalisme) dan BUKANNYA seperti United States of America (Unitary).

Sekali lagi, ingin saya tekannya disini bahawa Malaysia BUKAN sebuah negara sebaliknya adalah sebuah "Persekutuan" yang lahir pada 16 September 1963 dan BUKAN pada 31 Ogos 1957. Maka, dengan itu, tidak ada sebab untuk "Malaysia" merayakan Hari Merdeka kerana "Malaysia" tidak pernah dijajah. Yang hanya perlu diraihkan adalah Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang memfokuskan kepada Hari Peringatan pada 31 Ogos 1957 manakala Negara Sabah memfokuskan kepada Hari Memperingati Status Berkerajaan Sendiri yang merujuk kepada tarikh 31 Ogos 1963 dan untuk Negara Sarawak pada 22 Julai 1963.

Yang hanya pernah dijajah adalah "anggota-anggota" didalam Persekutuan Tanah Melayu dan "anggota-anggota" Persekutuan Malaysia sahaja. Selepas terbentuknya Persekutuan Malaysia, tidak pernah ada negara luar yang menjajah Persekutuan Malaysia.

Menjawab persoalan anda tentang mengapa bendera British masih digunakan pada waktu dan selepas 31 Ogos 1963. Ini adalah antara sebab-sebabnya;

Pertama, Bendera Colony of North Borneo diturunkan dan digantkan dengan Bendera Sabah pada 31 Ogos 1963.

Kedua, Istana hanya dikosongkan pada 15 September 1963 dan Bendera British diturunkan semasa pemergian Governor William Goode. Ini disebabkan Sabah telah mendapat status "Full Self-Government" pada 31 Ogos 1963, Governor William diberikan mandat menjadi wakil Queen Elizabeth II sehingga Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963.

Ketiga, Kabinet Kerajaan Sabah Pertama ditubuhkan pada 31 Ogos 1963 setelah mendapat status "Full Self-Government" (Partial Independence) yang mana Kerajaan British pada waktu itu masih mempunyai kuasa untuk mengawal Urusan Luar Negara dan Pertahanan.

Keempat, Konfrontasi masih ada kaitan dengan British sebab pertahanan Persekutuan Malaysia yang melibatkan Negara Sabah dan Negara Sarawak masih lemah dan tidak cukup jumlah tentera untuk pertahanan. British telah berjanji untuk memberikan bantuan ketenteraan kerana itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk mempertahankan bekas tanah-tanah jajahan mereka.

Pendekkan cerita, untuk mengetahui tentang kebenaran status Sabah sebagai sebuah negara ataupun tidak, pertama, anda perlu memilih definisi manakah yang ingin anda gunakan sebagai rujukan dan putuskan pada sudut pandangan politik manakah yang ingin anda wakili. Dengan berbuat demikian, anda akan mampu memberikan jawapan yang munasabah dan seterusnya mempertimbangkan tentang "kebenaran" artikel anda itu.

Doris Jones

Saya Doris Jones mewakili kumpulan sosial didalam Facebook dengan nama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini sudah bergerak dengan nama Sabah Sarawak Union-United Kingdom (SSU-UK) yang telah berdaftar dibawah bidang kuasa perundangan Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) ingin memberi kenyataan rasmi ringkas berhubung dengan dakwaan liar seorang lelaki malaya yang bernama Callistus Fernandez, yang juga mempunyai reputasi buruk kerana didakwa merogol beberapa gadis-gadis Sabahan.

Merujuk kepada tuduhan liar oleh Callistus Fernandez, SSKM bercakap tentang Perpisahan tetapi ia bukan satu Pengkhianatan. Ia adalah hak bangsa negara Sabah dan bangsa negara Sarawak. Ia sendiri telah ditegaskan oleh Lord Lansdowne pada tahun 1962. 

Pengkhianatan boleh ditafsirkan jikalau terdapat perancangan untuk membunuh kedaulatan negara yang berdaulat atau menggulingkan kerajaan tanpa melalui saluran demokrasi. Mengistiharkan perang terhadap negara yang berdaulat ini dan berpihak kepada musuh yang melakukan perang keatas negara yang berdaulat.

Melalui tafsiran dalam hubungan kekeluargaan, Pengkhianatan juga boleh ditafsirkan apabila mana-mana pasangan itu mengkhianati status perkahwinan mereka dengan berzina dengan orang lain. Dalam kes ini, ia memfokuskan kepada diri Callistus Fernandez yang sudah mengkhianati status perkahwinan dengan melakukan curang terhadap isterinya yang berada di Cambodia (berdasarkan info Bobohizan Press). Walau bagaimanapun, gadis Sabahan yang telah menjadi mangsa kepada perbuatan terkutuk Callistus Fernandez ini belum lagi memberi penjelasan sama ada hubungan itu wujud ataupun tidak. Adakah kemungkinan penceritaan seks itu adalah merupakan saat dimana mangsa sebenarnya telah dirogol oleh Callistus Fernandez dan gambar-gambar itu dilakukan atas ugutan tetapi cerita itu diputar-belitkan? Ia masih menjadi tanda tanya yang hanya dia dan mangsa itu sahaja yang mengetahui jawapan sebenar.

Kami bukan pengganas dan itu adalah pasti! Tetapi mungkinkah tuduhan liar ini ditujukan kepada kami oleh Callistus Fernandez selari dengan kenyataan Zahid Hamidi kerana mungkin dia adalah salah seorang yang merancang untuk mewujudkan ketakutan di Sabah semata-mata untuk kepentingan politik bn-umno dan untuk mendapatkan sokongan kerajaan bagi membantunya dalam kes tuduhan merogol ini? Dalam erti kata lain, Callistus Fernandez sengaja melibatkan SSKM dalam perbuatan terkutuknya itu agar ia memberikan peluang kepada dirinya untuk mendapatkan sokongan kerajaan untuk membantu dalam kes dakwaan merogol ini.

Tuduhan sebagai Pengganas adalah satu tuduhan yang serius dan oleh kerana Malaysia sudah mempunyai POTA (Akta Pencegahan Keganasan), mengapa tidak membuat laporan secara rasmi mengikut akta tersebut? Kami tidak mempunyai senjata dan tidak pernah mencederakan mana-mana individu. Pihak kami juga tidak pernah merosakkan mana-mana kehidupan orang di malaya. Perjuangan kami adalah melalui sistem perundangan yang telah termaktub didalam Perlembagaan Malaysia itu sendiri. Adakah menuntut Hak Bangsa dan Negara itu satu jenayah?

Callistus Fernandez mungkin tahu perancangan Putrajaya yang sebenar kerana dia adalah seorang juruperunding politik kepada menteri-menteri malaya. SSKM telah dilabelkan sebagai pengganas sekadar untuk menutupi cerita sebenar tentang perancangan kerajaan persekutuan keatas Sabah.

Pihak kami juga percaya bahawa Callistus Fernandez bukan sahaja racun kepada Sabah terutama sekali melibatkan anak-anak perempuan Sabah yang muda-mudi tetapi adalah senjata untuk memalukan Sabah dalam apa-apa cara yang dia boleh atau apa-apa yang diarahkannya untuk dilakukan.

Kempen kami tidak ada kena mengena dengan Callistus Fernandez kerana ia adalah orang luar atau lebih tepat lagi adalah orang asing yang telah tinggal di Sabah untuk mencari makan, tidak mempunyai hak untuk memberitahu Sabahan apa yang mesti dilakukan.

Sabahan sangat tidak mengalu-alukan orang seperti Callistus Fernandez untuk terus berada di Negara Sabah kerana ia mempunyai potensi untuk menjadi penjenayah bukan untuk seorang tetapi untuk orang ramai.

Menjadi seorang lelaki yang berbahaya ini merupakan satu perkara yang lain tetapi menjadi sebagai seorang Perunding, pihak kami percaya bahawa dia telah mempelajari semua hal tentang Sabah dan ini membolehkannya untuk memberikan semua maklumat geografi Sabah untuk menubuhkan keganasan sebenar di Sabah.

Selain itu, pihak kami tidak mempunyai hubungan dengan Bobohizan Press. Walau bagaimanapun, kami sedar bahawa terdapat beberapa aktiviti yang telah mendapat liputan berita daripada Bobohizan Press. Untuk itu, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih.

Pihak kami juga tidak mempunyai hubungan dengan UVSB secara langsung mahupun tidak langsung. Tidak pernah ada kerjasama wujud diantara UVSB dengan SSKM-SSU(UK). Segala dakwaan liar Callistus Fernandez adalah jelas membuktikan bahawa ia kehilangan idea dan cuba untuk mengaitkan seberapa banyak pihak-pihak yang mampu menjadi tiket baginya untuk mendapatkan sokongan kerajaan agar membantunya dalam kes dakwaan merogol gadis-gadis Sabah yang kini hangat menjadi perbualan orang awam. Dan mungkinkah isu-isu yang mengaitkan SSKM ini semua ditimbulkan untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada terus memfokuskan kepada perbuatan rogolnya itu? 

Sila fikirkan kemungkinan jawapan untuk persoalan ini.


Doris Jones

Pihak kami telah dimaklumkan bahawa Datuk James Ligunjang telah menghubungi anggota T4 dan meminta mereka menyampaikan mesej kepada Pejuang Kebangsaan Borneo, Doris Jones agar membuat permohonan maaf atas fitnah yang dilemparkan keatasnya.

Ini jawapan pihak kami kepadanya:

Jikalau anda, Datuk James Ligunjang yakin bahawa kenyataan RASMI pihak kami merupakan fitnah semata-mata sehingga menjejaskan imej dan kredibiliti anda sebagai seorang yang mempunyai pengaruh, anda boleh terus berhubung secara langsung kepada Doris Jones tanpa perlu melalui orang tengah.

Anda juga mempunyai hak untuk membuat penafian secara terbuka didalam akhbar mahupun didalam berita portal online tentang dakwaan pihak kami terhadap anda. Tidak perlulah melakukan secara tersembunyi kerana ia hanya akan menguatkan spekulasi yang kini sedang menjadi perbualan umum rakyat negara Sabah.

Bukan niat kami untuk memalukan atau menjatuhkan imej mana-mana pihak namun perkara ini adalah serius dan mesti didedahkan agar semua pihak peka dan sedar tentang keadaan yang sebenar sedang berlaku dalam perjuangan membongkarkan penipuan malaya dalam pembentukan malaysia ini.

Pihak kami menghargai usaha Datuk Anifah Aman kerana membantu pihak kami namun tindakan bantuan tersebut adalah tidak bersesuaian dengan keperluannya. Ia menimbulkan pelbagai tanda tanya yang menguatkan dakwaan pihak kami terhadap permainan pihak-pihak tertentu untuk mendiamkan perkara ini.

Bukan duit dan pangkat yang menjadi perhitungan dalam perjuangan ini tetapi mencari Kebenaran adalah Tunjang dan Teras kepada misi pihak kami.

Sebarkan...

Salam Sejahtera, Salam Tahun Baru 2016 dan Salam Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak yang Berjiwa Merdeka dan Berdaulat. Saya Doris Jones mewakili Kumpulan Sosial didalam Facebook dengan nama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini sudah berdaftar secara SAH dengan nama NGO Sabah Sarawak Union - United Kingdom (SSU-UK) melalui bidang kuasa Perundangan Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan Campurtangan Datuk James Ligunjang dan Datuk Anifah Aman Dalam Kes Makhamah T4.

Pertama [1], ingin saya memaklumkan kepada anda semua bahawa pihak kami telah dimaklumkan sebelum oleh Peguam T4 ini bahawa kes makhamah yang membabitkan 4 orang pejuang (Tuaran 4 - T4) Kebangsaan Negara Sabah akan ditundakan (dari tahun lepas) kepada 25 Januari sehingga 27 Januari 2016. Namun, apa yang menjadi tanda tanya ialah ketika waktu pagi mereka tiba di makhamah untuk menghadiri pendakwaan keatas mereka, pihak makhamah telah memaklumkan kepada mereka bahawa tiada sebarang sesi makhamah akan berlangsung pada hari ini sehingga 27 Januari 2016. Perkara ini adalah sesuatu yang mengejutkan semua pihak kerana mereka tidak dimaklumkan awal mahupun melalui surat rasmi tentang perkara ini.

Kedua [2], pada hari ahad (24 Januari 2016), empat orang yang didakwa dibawah akta hasutan ini yang juga merupakan Pejuang Kebangsaan Negara Sabah telah dihubungi oleh Datuk James Ligunjang. Melalui mesej yang telah diterima, beliau memaklumkan kepada mereka berempat untuk tidak payah menghadiri perbicaraan pada 25 Januari 2016 iaitu keesokannya. Mereka hanya perlu hadir pada 27 Januari 2016 bersama dengan penjamin masing-masing berserta dengan duit jaminan untuk duduk semeja dengan Datuk Anifah Aman bagi mengucapkan penghargaan terima kasih. Menurut Datuk James Ligunjang, Datuk Anifah Aman telah membantu untuk menggugurkan kes tersebut. Persoalan yang menjadi tanda tanya ialah mengapa Datuk James Ligunjang dapat mengetahui perkara ini lebih awal daripada peguam T4 ini? Apakah sebenarnya peranan dan kuasa Datuk James Ligunjang dalam memberikan mesej seperti ini sedangkan hakim John Wayne Daly dan peguam T4 belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi? Ia menampakkan seolah-olah Datuk James Ligunjang mencampuri bidang kuasa dan peranan Peguam dan Makhamah? Mengapa Datuk Anifah Aman mencampuri kes ini dan meminta ia digugurkan menurut Datuk James Ligunjang? Adakah tindakan dan perbuatan yang dilakukan oleh Datuk James Ligunjang dan Datuk Anifah Aman ini akan menyebabkan Pejuang-Pejuang Kebangsaan Negara Sabah terhutang budi? Apakah justifikasi yang rasional untuk mereka berasa terhutan budi?

Ketiga [3], Datuk James Ligunjang tidak menyatakan secara jelas tentang berapakah jumlah wang yang perlu disediakan dan untuk apakah duit tersebut? Tiada arahan mahupun keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak makhamah tentang penyediaan penjamin dan duit jaminan tersebut keatas mereka. Pihak kami merasakan bahawa terdapat satu permainan dalam yang telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkan pihak makhamah mengosongkan sesi makhamah pada hari ini, 25 Januari sehingga 27 Januari 2016.

Keempat [4], untuk setakat ini, pihak kami ingin menyatakan bahawa tuduhan keatas empat orang Pejuang Kebangsaan Negara Sabah dibawah Akta Hasutan 1948 adalah tidak sah kerana tiada sebarang keputusan rasmi yang dijatuhkan keatas mereka. Melalui perkara ini, adakah anda semua sudah mampu melihat dengan jelas tentang kebenaran perjuangan yang dibawakan oleh pihak kami melalui gerakan NGO Sabah Sarawak Union-United Kingdom (SSU-UK)? Jikalau pihak kami berada ditempat yang salah, bukankah ini akan memudahkan pendakwaan keatas T4? Sebaliknya perkara seperti itu tidak berlaku kerana apa yang diperjuangkan adalah benar dan sahih.

Pihak intelek antarabangsa sedang mengikuti perkembangan kes T4 ini dan apabila mereka mengetahui akan keadaan kes ini yang digugurkan, apakah ia akan memberikan imej yang positif keatas status kedudukan "Malaysia"? Bagi pihak kami, ia menjadi sumber kekuatan yang sudah dijangka dan ini akan menguatkan lagi momentum perjuangan untuk bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak berpisah daripada kuasa cengkaman penjajahan malaya yang bertopengkan "Malaysia". 

Cahaya Kebenaran sudah jelas menerangi kegelapan yang selama ini menyelubungi bangsa Borneo. Cahaya ini juga akan terus menelanjangkan penipuan-penipuan dan pengkhianatan yang selama ini dilakukan oleh kerajaan Malaya keatas bangsa dan negara Borneo dari Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Doris Jones

Saya Doris Jones selaku Pengerusi Sabah Sarawak Union-United Kingdom (SSU-UK) ingin memberikan kenyataan rasmi berhubung dengan kerjasama diantara SSU-UK dengan SSPR.

Pertama, saya telah melakukan sehabis baik untuk berusaha untuk menyelesaikan konflik yang timbul diantara SSU-UK dan SSPR melalui beberapa cara namun usaha tersebut menemui jalan buntu apabila niat saya untuk menyelesaikan konflik ini telah disalahtafsirkan.

Kedua, pucuk kepimpinan SSPR telah memutuskan untuk memberhentikan hubungan untuk terus berada dibawah naungan SSU-UK atas sebab-sebab tertentu dan keputusan tersebut dihormati sepenuhnya dengan niat yang baik.

Ketiga, walaupun hubungan ini telah berakhir pada 18 Januari 2016 sejak bermulanya naungan pada 16 Januari 2015, pihak SSU-UK tidak melihat perkara ini sebagai satu halangan untuk terus menjalinkan kerjasama dengan SSPR dimasa hadapan jikalau terdapat keperluan. Pihak kami juga sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat pandangan, nasihat atau apa-apa yang diperlukan jikalau diperlukan oleh pihak SSPR.

Keempat, pihak SSU-UK ingin memanjatkan permohonan maaf secara ikhlas atas segala permasalahan yang timbul sepanjang SSPR berada dibawah naungan SSU-UK. 

Kelima, isu T9 yang melibatkan ahli SSPR akan menjadi tanggungjawab SSU-UK dan pihak kami akan memastikan bahawa anggota SSPR yang terlibat akan mendapat perlindungan yang sewajarnya dalam aspek perundangan.

Keenam, pihak kami juga ingin memohon agar pihak SSPR menyerahkan semua kertas petisyen sama ada dalam bentuk softcopy atau hardcopy kepada wakil SSU-UK atau mana-mana individu yang akan diberikan kepercayaan untuk mengambilnya bagi menghormati keputusan SSPR.

Ketujuh, segala sumbangan dan aktiviti yang dilakukan oleh SSPR bersama-sama dengan SSU-UK akan diabadikan dalam rekod perjuangan pihak kami bagi tujuan dokumentasi agar generasi masa hadapan dapat merujuk segala bentuk aktiviti dan kerjasama yang terjalin sepanjang tempoh hubungan ini berlangsung. 

Kelapan dan terakhir, ingin pihak SSU-UK panjatkan doa dan harapan agar semoga SSPR terus aktif dan bertenaga dalam berjuang untuk rakyat negara Sabah khususnya yang berada di daerah Ranau. 

Salam Hormat dan Salam Berjuang saya ucapkan kepada semua ahli-ahli SSPR.

Doris Jones.
18 Januari 2016

Kepada mana-mana NGO yang berada dibawah naungan SSU-UK, ingin pihak kami sampaikan mesej ini bahawa jikalau terdapat sebarang perselisihan faham yang berlaku, sila atasi masalah tersebut secara baik dan damai. 

Jikalau perkara-perkara yang timbul tidak mampu diselesaikan dengan baik sehingga membawa kepada persengketaan, dan menyebabkan perjuangan asal mana-mana NGO yang bernaung dibawah SSU-UK sudah tidak konsisten dan hilang arah tujuan, maka adalah dibawah tanggungjawab pihak SSU-UK, mempunyai hak dan kuasa untuk membatalkan kuasa naungan tersebut kepada mana-mana NGO dibawah SSU-UK. 

Untuk mengelak daripada perkara yang tidak diingini berlaku, sila hubungi pucuk kepimpinan SSU-UK untuk menjelaskan perkara yang sebenar agar penyelesaian yang bijaksana dapat diambil demi kepentingan bersama.

Kenyataan RASMI ringkas SSKM-SSU(UK).

Sebuah artikel dalam surat khabar Utusan telah memuatkan kenyataan masidi manjun, Adun umno DUN N.30 Keranaan, Ranau. Dalam tajuk artikel tersebut, dia mengatakan bahawa "Sabah berdepan ancaman jika keluar malaysia".

Beberapa persoalan boleh dibangkitkan bagi menafikan kenyataan tersebut. Namun, mungkin elok kita meneliti apakah ancaman-ancaman yang dimaksudkannya jikalau bangsa Negara Sabah ingin menamatkan persekutuan dengan malaya dalam malaysia.

Antara ancaman yang kononnya akan timbul adalah seperti berikut:
  1. Sabah akan berdepan ancaman dari aspek keselamatan serta pembangunan jika memilih untuk keluar daripada persekutuan malaysia.
  2. Memberi ruang kepada Filipina untuk mengemukakan tuntutan.
  3. Mungkin menjadi mangsa keadaan akibat pertembungan kuasa-kuasa besar di Laut China Selatan.
  4. Keadaan politik yang berlaku dengan pembangunan pulau-pulau buatan manusia oleh China serta kehadiran kapal perang Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan amat membimbangkan.
  5. Jika kita mengambil keputusan itu (keluar malaysia) atas rasa tidak puas hati dan mengikut emosi, kita berdepan 'ancaman' lebih besar iaitu dikuasai oleh China atau AS.
  6. Isu Pendatang Tanpa Izin.
Apabila meniliti ancaman-ancaman yang dimaksudkannya itu, satu persoalan yang perlu dijawab olehnya iaitu adakah dengan terus berada didalam persekutuan palsu ini yang bernama malaysia, semua ancaman ini akan dapat dielakkan ataupun selesai?

Mari kita bersama-sama menjawab dengan jujur akan ancaman yang dibangkitkan yang bertujuan untuk menakutkan rakyat bangsa negara Sabah melalui persoalan demi persoalan.

Pertama [1], apakah selama 52 tahun negara Sabah berada didalam persekutuan palsu ini yang sebenarnya merupakan jelmaan malaya kepada malaysia telah memberi jaminan keselamatan dan pembangunan yang sewajarnya? Jikalau ya, mengapa kadar jenayah yang mengancam keselamatan rakyat tidak pernah menemui titik noktah? Mengapa berlaku kes penculikan di Sandakan (sehingga kini belum diselamatkan), Semporna, pencerobohan di Tanduo Lahad Datu? Mengapa pedalaman masih lagi ketinggalan dalam aspek pembangunan? Ranau masih berstatus pekan (termasuk dengan kawasan pedalaman ditempat lain diseluruh negara Sabah)? Masih terlalu banyak rakyat negara Sabah yang masih belum dapat menerima kemudahan asas seperti jalan raya yang berturap, bekalan air bersih, elektrik serta perkhidmatan kesihatan yang mencukupi? 

Kedua [2], mengapa anda masih menggunakan isu bodoh seperti ini? Bukankah isu ini sudah dibawa ke Makhamah Tinggi Antarabangsa dan kes ini telah dimenangi oleh kerajaan malaysia bahawa tuntutan Filipina tidak berasas serta tidak mempunyai locus standi? Apakah anda kurang membaca, tidak mendapat info tepat atau sememangnya berbuat bodoh seperti mana pemimpin-pemimpin umno yang lain lakukan selama ini?

Ketiga, Keempat dan Kelima [3,4,5], adakah dengan terus berada didalam persekutuan palsu ini yang bernama malaysia, negara Sabah dapat mengelak ancaman kuasa-kuasa besar seperti China dan AS? Anda khuatiri negara Sabah 'mungkin' akan dikuasai oleh China ataupun AS tetapi tidakkah anda sedari bahawa negara Sabah kini telah dan sedang dikuasai oleh malaya ataupun dalam erti kata lain yang lebih tepat, negara Sabah sedang dijajah oleh malaya melalui Resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Resolution) 1541?

Keenam [6], ia merupakan isu yang telah dicipta sendiri oleh pemimpin malaya dan telah dijayakan oleh pemimpin-pemimpin negara Sabah (didalangi oleh USNO kemudian diteruskan oleh BERJAYA dan dirancakkan lagi oleh UMNO-BN sehingga kini) yang mementingkan diri, kuasa politik dan sanggup mengorbankan masa depan generasi negara ini. Tidakkah anda rasa tertampar pada muka dan malu apabila pihak kami mengatakan bahawa ia didalangi dan dirancakkan oleh parti yang dinaungi oleh anda kini? Ataupun anda sudah terlalu babal sehingga tidak mampu mengenal erti malu kerana sudah tegal dengan perbuatan parti anda ini? Sila jawab dalam hati.

Seperti yang tertera pada tajuk artikel ini, "Sabah akan terus berdepan dengan ketidakstabilan politik, keselamatan, ekonomi dan sosial jikalau terus berada dalam malaysia" adalah satu realiti dan bukan satu mimpi yang ngeri kerana isu ini sedang dialami oleh kita semua di negara Sabah. Untuk memberi noktah kepada isu ini, hanya melalui Kemerdekaan sebenar sahaja yang mampu menyelesaikannya yang mana bangsa Negara Sabah mempunyai kuasa mutlak dalam menangani isu ini. Apa yang berlaku kini ialah segala penyelesaian yang telah diberikan dan dikemukakan untuk menyelesaikan isu ini tidak diambil berat oleh pihak kerajaan kerana tidak mendapat persetujuan oleh tuan mereka di malaya. Mengapa? Dengan selesainya isu ini, maka malaya akan kehilangan asas untuk terus menguasai bangsa dan Kerajaan Negara Sabah. 

Keadaan kini tidak seperti tahun 1960an yang mana rakyat dan pemimpin bergantung sepenuhnya kepada kepimpinan malaya. Kini, dimata rakyat Bangsa Negara Sabah, kepimpinan malaya adalah satu bentuk Parasitisme dan itu adalah realiti. malaya mendapat faedah daripada penipuan persekutuan ini manakala negara Sabah dan negara Sarawak mendapat kerugian kerana hasil kekayaan bumi tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Segala aspek pembangunan dan kemajuan dikawal ketat oleh malaya. Tidakkah perkara seperti ini sangat muda dilihat dengan jelas bagi mereka yang berfikiran waras, matang dan bertanggungjawab?

Walau bagaimanapun, keadaan kini kian berubah dan gelombang kesedaran kian bertiup kencang untuk menghalau dakyah kotor, jijik, hina malaya daripada bumi Borneo ini. Rakyat negara Sabah khususnya sudah mampu menilai perkara ini dengan baik sekali. PRU14 bakal mengubah landskap politik di Borneo ini kerana pihak kami akan memainkan peranan dalam membuka mata rakyat agar mampu melihat dengan jelas keadaan ini. Namun, jikalau rakyat masih memilih untuk membutakan mata mereka, memekakkan telinga serta membisukan mulut, itu hak mereka tetapi ingatlah bahawa perbuatan tersebut bakal memberi kesan yang buruk kepada cucu-cicit anda dimasa hadapan. Kesenangan yang dinikmati kini oleh anda tidak bermaksud dapat diwariskan selamanya kerana ini amat bergantung kepada bentuk kerajaan dan politik yang diamalkan. 

Kerajaan negara Sabah dan negara Sarawak mesti diserahkan dibawah tangan kepimpinan golongan Nasionalisme, Patriotisme yang bertanggungjawab dalam menjaga maruah, membawa pembangunan yang nyata dan menjaga kepentingan sosial, ekonomi dan politik dengan penuh intergriti dan saksama. Ianya mampu dilakukan dibawah Parti-parti Tempatan. 

Mari kita bersama-sama berikan sokongan kepada Parti-Parti Tempatan yang berjuang untuk bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak. Acuan politik Borneo bagai langit dan bumi jikalau dibandingkan dengan acuan politik malaya. Oleh itu, jangan biarkan acuan itu diubah atau diganggu. Perbetulkan acuan itu melalui perpaduan dan kesepakatan sebagai Bangsa Borneo, Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak yang berjiwa Merdeka dan Berdaulat!

Bersama-sama kita selamatkan masa depan Bangsa Kita!

Salam sejahtera, Salam Hormat dan Salam Perjuangan Kemerdekaan Negara Sabah dan Negara Sarawak. Saya Doris Jones mewakili sebuah kumpulan sosial didalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini sudah berdaftar secara SAH dibawah bidang Kuasa Perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) dengan nama kumpulan NGO Sabah Sarawak Union-United Kingdom (SSU-UK) ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan "Kengganan Pegawai Imigresen Malaysia di UK Untuk Menyambung Tempoh Passport Antarabangsa Saya".

Pada 30 September 2015, saya bersama dengan seorang rakan yang bernama Zurainee Tehek yang merupakan rakyat Negara Sarawak dan juga salah seorang pengasas SSU-UK, telah menemani untuk pergi ke Pejabat Imigresen Malaysia di London bagi menyambung Tempoh Passport Antarabangsa. Seperti biasa, pendaftaran dilakukan, pembayaran dibuat dan reset diberikan sebagai bukti pembayaran. Selepas itu, kami telah diminta untuk datang pada waktu petang untuk mengambil passport tersebut.  

Kemudian, pada waktu petang, kami telah datang semula dan menunggu untuk mendapatkan passport. Kerani yang bertugas menampakkan keresahan dan jelas kelihatan pada raut wajahnya. Berkali-kali masuk keluar bilik dan berulang kali bertanya kepada saya untuk memastikan bahawa saya adalah "Doris" dan pengesahan itu saya lakukan. Akhirnya, saya telah diminta untuk masuk kedalam sebuah bilik khas tetapi saya telah meminta kebenaran untuk membawa rakan seperjuangan saya untuk masuk sekali bagi menemani saya.

Seorang Pegawai Kerajaan Malaysia yang bernama Azhar Bin Abd Hamid adalah orang yang berada didalam bilik tersebut.

Penjelasan yang diberikan oleh Pegawai tersebut ialah mereka tidak boleh menyambung tempoh passport antarabangsa saya sambil memegangnya dengan beberapa alasan. Antaranya ialah;
  1. Pihak Kerajaan Malaysia di Putrajaya telah meminta pegawai tersebut untuk menangguh menyambung tempoh passport antarabangsa saya.
  2. Terdapat kes waran yang telah dikeluarkan keatas saya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). 
  3. Saya telah didakwa atas sebab menentang Kerajaan Malaysia melalui Perjuangan untuk membawa Sabah dan Sarawak berpisah daripada Malaysia.
Saya telah meminta Pegawai tersebut untuk memberikan saya surat penyataan (notification letter) yang jelas menyatakan dakwaan tersebut keatas diri saya namun pegawai tersebut enggan melakukannya.

Maka, saya telah meminta sekeping kertas putih A4 dan sebatang pen lalu menulis maklumat-maklumat yang telah diberikan oleh pegawai tersebut tentang dakwaan Kerajaan Malaysia keatas saya dan meminta pegawai tersebut untuk menurunkan tandatangan bagi mengesahkannya. Namun, pegawai tersebut itu juga tidak mahu mengesahkannya.

Saya berasa pelik dengan sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia. Dakwaan telah dibuat, namun tidak ada surat dikeluarkan. Jadi, bagaimana sesuatu dakwaan tersebut dapat disahkan oleh saya?

Apabila saya bertanya, adakah ini bermaksud Kerajaan Malaysia tidak mahu menyambung tempoh passport antarabangsa saya? Pegawai tersebut memberikan jawapan seperti ini; "bukan Kerajaan tidak mahu menyambung passport antarabangsa anda tetapi mereka menolak untuk menyambungnya". Jawapan yang diberikan ini membuatkan saya teringat beberapa menteri yang ada di Malaysia seperti Ahmad Maslan dan Salleh Said Keruak. Mengapa jawapan sebodoh seperti ini diberikan oleh pegawai Kerajaan? 

Selain itu, tujuan saya untuk menyambung passport antarabangsa saya adalah kerana saya ingin kembali ke Tanah Air saya di Negara Sabah untuk menghadap tuduhan dan dakwaan liar Kerajaan Malaysia bagi membuktikan diri saya ini tidak bersalah. Tetapi bagaimana ini semua dapat dilakukan jikalau Kerajaan Malaysia sendiri yang menghalang saya berbuat demikian?

Dimanakah ketulusan terhadap dakwaan tersebut? Membuang batu ketempat saya tetapi menyembunyikan tangan?

Setelah saya dengan rakan seperjuangan berdebat dengan pegawai tersebut dalam satu tempoh masa, akhirnya kami memutuskan untuk beredar. Sebelum beredar, saya meminta passport antarabangsa saya dikembalikan tetapi pegawai tersebut enggan untuk memberikannya kepada saya.

Alasan yang diberikan ialah passport tersebut adalah hak milik Kerajaan Malaysia. Lalu saya menjawab, menurut undang-undang, Kerajaan tidak berhak memegang passport antarabangsa seseorang selagi empunya passport tersebut belum tamat tempoh atau belum dibuktikan bersalah oleh Makhamah. Saya telah membuat pendaftaran, pembayaran dan reset telah diberikan kepada saya sebagai bukti bahawa saya telah mengikut proses bagi menyambung tempoh passport antarabangsa saya. Jadi, saya berhak untuk mendapatkan semula passport saya dengan serta-merta kerana tempoh masanya belum lagi tamat.

Apa yang dilakukan oleh pegawai tersebut ialah dia telah meminta kerani untuk memulangkan duit pendaftaran tersebut dan meminta reset pembayaran itu diberikan kepadanya semula dan menyerahkan passport antarabangsa itu kepada saya. Rakan saya, Zurainee Tehek telah bertanya kepada pegawai tersebut. Jikalau reset pembayaran dipulangkan kepadanya, bagaimana kami ingin membuktikan bahawa kami telah datang ke Pejabat Imigresen Malaysia di UK ini dan pendaftaran telah ditolak? Setelah berdebat lagi, akhirnya pegawai tersebut bersetuju untuk memberikan kadnya (Business Card) dan membenarkan kami mengambil beberapa gambar sebagai bukti yang kami berada disini.

Selepas kami keluar daripada bangunan Imigresen Malaysia, kami telah dihubungi oleh Pn.Clare RewCastle Brown untuk beliau membuat liputan berita di website Sarawak Report. En.Graham Williamson yang merupakan Presiden National Liberal Party (NLP) UK dan Pengerusi Nations without States (NwS) telah memberikan kecaman terhadap perbuatan Kerajaan Malaysia yang jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia tidak mampu untuk menerima kritikan. Hanya orang yang tunduk kepada penganiayaan sahaja yang diberikan keistimewaan untuk terus menjadi rakyat Malaysia.

Saya telah didatangi oleh Pegawai Kerajaan UK dan mereka telah mengambil segala keterangan saya untuk simpanan rekod dan tindakan susulan bagi membantu saya berhadapan dengan keadaan ini.

Disini, ingin saya sampaikan mesej kepada rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak. Saya tidak takut untuk berhadapan dengan apa sahaja demi perjuangan bagi Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Perjuangan ini adalah berada dilandasan yang betul. Bukti jelas memihak kepada Perjuangan ini. Kita mempunyai hak untuk berdiri diatas kaki sendiri. Kita mempunyai Hak untuk mencapai Kemerdekaan sendiri seperti mana yang telah dikecapi oleh Negara Singapura. Negara Sabah dan Negara Sarawak adalah berbeza daripada Malaya. Kita berbeza daripada aspek budaya, bangsa, bahasa, sosioekonomi, geopolitik dan macam-macam lagi. Kita ditipu hidup-hidup selama ini yang kononnya kita membentuk sebuah negara baru, persekutuan baru tetapi rupa-rupanya itu semua tidak benar. Malaysia yang wujud pada hari ini sebenarnya adalah "Persekutuan Tanah Melayu" dengan versi nama baru sebagai "Malaysia". Ini jelas dapat dibuktikan melalui pendaftaran keahlian mereka di United Nations (UN).

Bukan saya yang takut untuk berhadapan dengan pihak Kerajaan Malaysia tetapi saya dihalang untuk menghadap dakwaan tersebut. Bukan saya takut untuk kembali ke Tanah Air tetapi saya mempunyai peranan untuk menyebarkan kebenaran dan mendapatkan sokongan di peringkat antarabangsa bagi menyelamatkan masa depan bangsa negara Sabah dan bangsa negara Sarawak. 

Pihak antarabangsa berasa hairan tentang hal ini. Mereka bertanya, mengapa selama ini perkara ini tidak didedahkan kepada United Nations (UN)? Maka saya menjawab, kerana selama ini wakil UN Malaysia dipegang oleh orang malaya. Maka hal ini disembunyikan daripada masyarakat antarabangsa.

Oleh itu, perjuangan ini akan dirancakkan lagi demi Kepentingan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Dari segi perjuangan politik, sila berikan sokongan penuh kepada Parti-Parti Tempatan di Negara Sabah dan Negara Sarawak yang Pro Sabahan dan Pro Sarawakian kerana ideologi politik yang dibawakan oleh mereka adalah mewakili ideologi politik Borneo yang berbeza daripada ideologi politik malaya. Itu juga adalah mewakili ciri-ciri individualiti Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak. 

Jikalau anda membiarkan parti-parti malaya memegang kerajaan Negara Sabah dan Negara Sarawak, anda secara langsung membenarkan ciri-ciri individualiti Negara Sabah dan Negara Sarawak dihapuskan dan diselaraskan, disamakan dengan ciri-ciri individualiti malaya yang memfokuskan kepada ketuanan malaya. Maka dengan itu, katakan TIDAK KEPADA PARTI-PARTI MALAYA! HALAU PARTI-PARTI MALAYA DARIPADA NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK! BIAR PARTI-PARTI TEMPATAN YANG PRO SABAHAN DAN PRO SARAWAKIAN MEMERINTAH NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK!

Jangan benarkan lagi Bangsa Borneo daripada Negara Sabah dan Negara Sarawak bertuankan kepada kepimpinan malaya yang rasis, tamak dan pengkhianat kepada kepercayaan yang telah diberikan selama ini.

Sedarlah akan perkara ini. Kebangkitan Nasionalisme ini mesti disokong demi masa depan yang cerah dan sejahtera untuk Negara Sabah dan Negara Sarawak selamanya.

Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones daripada Kumpulan Sosial didalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini sudah berdaftar secara SAH dibawah Bidang Kuasa Perundangan Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) dengan nama Kumpulan NGO Sabah Sarawak Union-United Kingdom (UK) ingin membuat kenyataan RASMI berhubung dengan Perjanjian Malaysia untuk Bahagian Pertama.

Satu persoalan yang nampaknya sangat mudah untuk dijawab namun sebenarnya ia merupakan satu persoalan yang penuh dengan lebih daripada 1001 jawapan. Disini, pihak kami, SSKM-SSU(UK) akan mematikan semua jawapan yang tidak tepat kepada satu sahaja jawapan agar satu kefahaman yang tepat dapat diperolehi hasil daripada kajian yang telah dilakukan yang berdasarkan kepada bukti yang kukuh dan sahih.

Sebelum pembongkaran kebenaran ini dilakukan, adalah lebih baik untuk kita fahami dahulu luaran perjanjian ini mengikut kefahaman pemimpin-pemimpin tempatan kita yang terdahulu. Pemimpin-pemimpin Borneo daripada Negara North Borneo (kini dikenali sebagai Sabah) dan Negara Sarawak telah "difahamkan" dan "diyakinkan" bahawa mereka akan membentuk satu "Persekutuan Baru" yang dikenali sebagai "Malaysia". Persekutuan Baru ini akan dianggotai oleh "Negara Sabah, Negara Sarawak, Negara Singapura dan Negara Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)" dengan status "Rakan Kongsi yang sama taraf". Ini adalah satu "jaminan yang telah diberikan oleh pemimpin malaya pada ketika itu yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, yang merupakan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu".

Tunku Abdul Rahman juga menjamin bahawa North Borneo dan Sarawak akan mencapai "Kemerdekaan" yang "lebih cepat" melalui pembentukan Persekutuan Baru ini. Selain itu juga, jaminan telah diberikan olehnya bahawa pembentukan "Persekutuan Baru" ini yang bakal dikenali sebagai Malaysia bukanlah satu bentuk "Penjajahan Baru ataupun Neo-Colonialisme". Tunku juga telah memberi keyakinan dan jaminan yang kuat dan penuh lagi bahawa pembentukan "Malaysia" ini juga bukanlah satu bentuk "Pemindahan Kuasa Kedaulatan (Sovereignty), Perundangan (Legislation), Kehakiman (Juridicial) dan Pentadbiran (Executive)" dari London ke Kuala Lumpur. Pemimpin Malaya ini telah menafikan dakwaan bahawa Malaya ingin mengambil alih kuasa Pentadbiran Tanah Jajahan British di Borneo ini dengan sekeras-kerasnya. Atas jaminan dan janji itu, Donald Stephens dan Stephens Kalong Ningkan bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain, yang pada mulanya menentang keras pembentukan Malaysia ini akhirnya telah termakan kata lalu berhempas pulas untuk berkempen bagi mendapatkan sokongan rakyat dinegara masing-masing agar memberikan sokongan padu kepada "Gagasan Malaysia" ini. Inilah sebenarnya yang telah difahamkan kepada mereka oleh pemimpin-pemimpin Malaya pada ketika itu.

Didalam penerangan Perjanjian Malaysia ini, pihak kami telah memasukkan grafik-grafik ataupun gambar-gambar yang sesuai dengan maksud artikel tersebut untuk memudahkan proses kefahaman yang jelas agar anda dapat melihat dengan lebih terang lagi bersuluh tentang wajah sebenar keseluruhan Perjanjian Malaysia ini.

Didalam Perjanjian Malaysia ini juga, ia mengandungi 11 Artikel. Setiap Artikel didalam Perjanjian Malaysia ini mempunyai kefahaman, niat dan maksud yang sangat berbeza. Diakhir kepada penerangan ini sebelum pendedahan yang sebenar dilakukan pada artikel yang lain, tanyakan soalan ini kepada diri anda sendiri nanti. Adakah Perjanjian Malaysia ini sebenarnya untuk memberikan keuntungan, kelebihan dan keutamaan kepada Negara Sabah dan Negara Sarawak? Ataupun sebenarnya hanya memfokuskan keuntangan, kelebihan dan keutamaan sepenuhnya kepada Negara Singapura dan Malaya?

Penerangan dan huraian yang kami berikan bukanlah dalam bentuk penulisan akademik kerana ia memerlukan penggunaan gaya linguistik (bahasa) yang tinggi dan mendalam. Pihak kami melakukan penerangan ini adalah dalam bentuk bahasa yang termudah untuk difahami oleh semua orang-orang kebanyakan. Mari kita lihat bersama-sama tentang apakah sebenarnya maksud kepada intipati (kandungan) yang terdapat didalam Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 di London.

Melalui gambar diatas ini, anda dapat melihat dengan sendiri bahawa terdapat lima (5) buah Negara melalui Jata Negara masing-masing yang telah menandatangani Perjanjian Malaysia pada 9 Julai 1963 di London.

Didalam Perjanjian Malaysia, ia adalah Perjanjian berkaitan dengan Perlembagaan Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura. Selain itu juga, ia adalah berkaitan dengan Imigresen Malaysia, Perjanjian diantara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura tentang Pasaran Bersama (Common Market) dan Persetujuan Kewangan (Financial Arrangement).

Hari Pembentukan Malaysia yang dijadualkan pada 31 Ogos 1963 telah dipindahkan kepada 16 September 1963. Pindaan tersebut ditandatangani pada 28 Ogos 1963 di Negara Singapura.

Sudah tentu Perjanjian ini juga adalah berkaitan dengan kepentingan Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).

Gambar ini memperlihatkan dengan jelas negara-negara yang terlibat didalam upacara menandatangani Perjanjian Malaysia.

Lima (5) buah negara ini telah bersetuju untuk menyimpulkan Perjanjian yang berkaitan dengan Malaysia. Ia kesemuanya mengandungi sebelas (11) Artikel.

Pihak kami juga telah menyediakan penterjemahan bahasa Melayu mengikut penterjemahan bahasa yang telah ditulis didalam sebuah buku yang bertajuk "Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia" bagi kesemua sebelas (11) Artikel tanpa sebarang tokok tambah mahupun edit.

Diharapkan melalui usaha ini, orang ramai akan bertambah faham tentang apakah sebenarnya isi kandungan didalam Perjanjian Malaysia ini.

Mari lihat Artikel I (Pertama) dibawah ini.

Didalam Artikel I (Pertama), ia memfokuskan kepada Kerajaan Borneo Utara (North Borneo), Sarawak, Singapura dan Malaya. Artikel ini menyatakan dalam bahasa Melayu bahawa;

"Tanah Jajahan Borneo Utara dan Sarawak dan Negeri Singapura akan disekutukan dengan Negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu sedia ada sebagai Negeri Sabah, Sarawak dan Singapura mengikut surat cara Perlembagaan yang dilampirkan kepada Perjanjian ini dan Persekutuan ini hendaklah selepas ini dinamakan "Malaysia""

Didalam kefahaman pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu melalui Artikel I (Pertama) ini, ia menampakkan maksud bahawa ia seolah-olah adalah satu Persekutuan yang "Sama Taraf" dan sebagai "Rakan Kongsi". Kefahaman mereka dapat diterjemahkan seperti gambar dibawah ini. Dan kita juga selama ini menyangkakan seperti ini, sepertimana yang difahami oleh pemimpin-pemimpin Borneo yang terdahulu.

Perlu difahamkan bahawa didalam bahasa Englisah "State" membawa maksud "Negara" manakala "state" pula membawa maksud "negeri". Perbezaannya adalah pada huruf besar "S" dan huruf kecil "s".

Namun realitinya, status kita sebenarnya adalah tidak sama dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ketika menandatangani Perjanjian Malaysia. Mengapa? Sila rujuk kepada gambar dibawah ini untuk melihat dengan jelas semasa upacara menandatangani Perjanjian tersebut pada 9 Julai 1963.

Petak Biru adalah mewakili British Commonwealth. Negara North Borneo, Sarawak, Brunei, Singapore dan Malaya adalah berada didalam British Commonwealth. Petak Hijau mewakili kategori Status Tanah Jajahan (Crown Colony Status) dan warna Jingga/Oren pula mewakili kategori Status Naungan (Protectorate Status). Manakala garisan merah putus-putus menunjukkan bahawa Negara-negara didalamnya adalah masih dibawah kuasa jajahan British yang belum mencapai status "Merdeka" daripada British kecuali Malaya (Fasa III - Terakhir). Pada tarikh 9 Julai 1963 ketika Upacara Tandatangan Perjanjian Malaysia dilakukan di London, sebenarnya Negara North Borneo (Sabah) dan Negara Sarawak belum mencapai status "Self-Government ataupun Berkerajaan Sendiri" (Fasa II - Kedua). Status ini dipanggil "Non-Self-Governing ataupun Belum Berkerajaan Sendiri" (Fasa I - Pertama) berbanding dengan Negara Singapura, mereka sudah mencapai status "Full Internal Self-Government" pada tahun 1959 (Fasa II - Kedua). Penjelasan lanjut tentang perkara ini akan diberikan pada artikel yang lain.

Seterusnya kita beralih kepada Artikel II (Kedua).

Didalam Artikel II (Kedua), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan Malaya. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil apa-apa langkah sesuai dan yang boleh diambilnya bagi mendapatkan penggubalan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu suatu Akta dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran A Perjanjian ini dan ia akan mula berkuat kuasa pada 31 Ogos 1963 (dan tarikh Akta itu mula berkuat kuasa dirujuk selepas ini sebagai "Hari Malaysia")".

Dalam Artikel ini, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan berusaha untuk membuat pindaan dan menggubal undang-undang mereka selari dengan isi kandungan dokumen didalam Lampiran A (Annex A) dan akan berkuatkuasa pada 31 Ogos 1963 (pindahan tarikh telah dilakukan dan ditetapkan pada 16 September 1963 dan ia akan dikenali sebagai Hari Malaysia).

Apakah yang terdapat pada Lampiran A (Annex A)? Sila rujuk kepada dokumen Perjanjian Malaysia yang telah disertakan didalam artikel ini dengan mengklik >>>Download Perjanjian Malaysia<<< ini.

Jikalau anda semua ada mengikuti dan membaca artikel tentang Pendedahan >>>Malaya adalah Malaysia dan Malaysia adalah Malaya<<<, anda akan tahu bahawa Penentangan Kerajaan Kelantan terhadap Penubuhan Malaysia adalah disebabkan oleh Pindaan Perlembagaan pada Artikel II (Kedua) ini. Hasil daripada penentangan Kerajaan Kelantan, Peguam Negara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada waktu itu telah membuktikan bahawa Artikel II (Kedua) tidak mengubah Struktur Doktrin Asas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu malah tidak terusik langsung, tidak diubah dan masih lagi mengekalkan identiti Asal sebagai Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dibawah Perjanjian 1957. Dalam erti kata lain, mesej yang ingin disampaikan kepada Kerajaan Kelantan pada waktu itu ialah "Tiada Persekutuan Baru" yang dibentuk. Hanya pertukaran nama daripada "Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)" kepada "Malaysia", Pindaan dan kemasukan beberapa Akta sahaja yang telah dilakukan. Namun, perkara ini tidak diketahui oleh pemimpin-pemimpin Borneo dan Singapura.

Didalam Artikel III (Ketiga), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan British. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Kerajaan United Kingdom akan menyerahkan Perintah dalam Majlis Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain sebelum Hari Malaysia bagi maksud memberi kuat kuasa undang-undang kepada Perlembagaan Sabah, Sarawak dan Singapura sebagai Negeri-negeri Malaysia yang dinyatakan dalam Lampiran B, C dan D Perjanjian ini".

Artikel III (Ketiga) ini menerangkan bahawa Perlembagaan Negara Sabah, Perlembagaan Negara Sarawak dan Perlembagaan Negara Singapura telah dibuat oleh Kerajaan British dan diberikan Kuasa Undang-Undang untuk menggerakkan Kerajaan mengikut Perlembagaan yang telah disediakan untuk digunapakai didalam Malaysia. 

Sila lihat gambar dibawah ini.

Ini bermaksud, Kuasa Perlembagaan yang menggerakkan Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak sekarang adalah berasal daripada Kuasa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain.

Sekarang mari beralih kepada Artike IV (Keempat) pula.

Didalam Artikel IV (Keempat), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan British. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Kerajaan United Kingdom akan mengambil apa-apa langkah sesuai dan yang boleh diambilnya bagi mendapatkan penggubalan oleh Parlimen United Kingdom suatu Akta yang memperuntukkan, dari Hari Malaysia, pelepasan kedaulatan dan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain berkaitan dengan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura supaya kedaulatan dan bidang kuasa tersebut apabila dilepaskan sedemikian akan terletak hak menurut Perjanjian ini dan surat cara Perlembagaan yang dilampirkan kepada Perjanjian ini".

Untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya terdapat penentangan dikalangan Pegawai-pegawai British terhadap pembentukan Malaysia ini kerana mereka mengetahui bahawa ia akan memberikan kesan yang negatif terhadap Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak namun mereka telah dilarang dan ditegah untuk menentang kerana ia melibatkan kepentingan bersama diantara Kerajaan British dan Kerajaan Malaya. Artikel penuh tentang perkara ini akan dikongsikan kepada anda semua nanti.

Gambar diatas menerangkan maksud Artike IV (Keempat). Didalam Artikel IV (Keempat) inilah Akta Malaysia 1963 (Malaysia Act 1963) diwujudkan di Parlimen British untuk membolehkan North Borneo, Sarawak dan Singapura yang masih berstatus Tanah Jajahan Makhota (Crown Colony) disekutukan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada untuk membentuk Malaysia.

Gambar diatas ini adalah Akta Malaysia 1963 yang telah diwujudkan di Parlimen British seperti yang dinyatakan didalam Artikel IV (Keempat).

Didalam Artikel V (Kelima), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan Malaya. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil apa-apa langkah sesuai dan yang boleh diambilnya sebelum Hari Malaysia bagi mendapatkan penggubalan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu suatu Akta dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran E Perjanjian ini bagi maksud memperluas dan menyesuaikan Ordinan Imigresen 1959, Persekutuan Tanah Melayu untuk Malaysia dan bagi membuat peruntukan tambahan berkaitan dengan kemasukan ke dalam Negeri Sabah dan Negara Sarawak; dan peruntukan lain Perjanjian ini hendaklah menjadi syarat dalam penggubalan Akta tersebut".

Artikel V (Kelima) ini adalah kesinambungan dengan Artikel II (Kedua) yang memfokuskan kepada hal Perundangan dan Perlembagaan. Dalam Artikel V (Kelima) ini juga, ia memfokuskan kepada Perundangan Imigresen yang merangkumi Hak Keistimewaan Negara Sabah dan Negara Sarawak. Disinilah kuasa terhadap Imigresen Negara Sabah dan Negara Sarawak diberikan seperti mana yang dipersetujui didalam Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Inter-Governmental Committee. Keistimewaan ini yang memberikan kuasa kepada Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak untuk mengawal kemasukan orang luar yang bukan rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak. Dalam konteks ini, ia memfokuskan untuk mengawal kemasukan bangsa Malaya ke Borneo.

Ini kerana, pemimpin-pemimpin Borneo tidak mahu bangsa Malaya membanjiri Negara Sabah dan Negara Sarawak. Ia juga jelas tercatat didalam Memorandum 20 dan 18 Perkara, pada Perkara 6.

Didalam Artikel VI (Keenam), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan British dan Malaya. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Perjanjian Pertahanan Luar dan Bantuan Bersama antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Unitead Kingdom pada 12 hari bulan Oktober 1957, dan lampirannya hendaklah terpakai kepada semua wilayah Malaysia, dan dalam Perjanjian itu apa-apa rujukan tentang Persekutuan Tanah Melayu hendaklah disifatkan sebagai terpakai kepada Malaysia, tertakluk kepada proviso bahawa Kerajaan Malaysia akan memberi Kerajaan United Kingdom hak bagi terus mengekalkan pangkalan dan kemudahan lain yang pada masa ini diduduki oleh pihak berkuasa Perkhidmatan (tentera) mereka di Negeri Singapura dan akan membenarkan Kerajaan United Kingdom menggunakan pangkalan dan kemudahan itu sebagaimana yang difikirkan oleh Kerajaan itu perlu bagi maksud membantu dalam pertahanan Malaysia, dan bagi pertahanan Komanwel dan bagi memelihara keamanan di Asia Tenggara. Pemakaian Perjanjian tersebut hendaklah tertakluk kepada peruntukan Lampiran F Perjanjian (terutamanya yang berhubung dengan tanah Perkhidmatan {tentera} di Singapura)".

Artikel VI (Keenam) pula adalah berkaitan dengan Kerjasama Ketenteraan diantara Kerajaan British dan Kerajaan Malaya. Jikalau terdapat sebarang konflik antarabangsa yang berpotensi untuk mencetuskan Peperangan, Kerajaan British mempunyai hak untuk menggunakan pangkalan ketenteraan yang ada diseluruh Malaysia pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan. Disamping itu juga, kerjasama ketenteraan akan dihulurkan kepada anggota-anggota Komanwel jikalau keadaan memerlukan. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada Malaysia.

Oleh itu, adalah satu dakwaan yang tidak benar apabila ada pihak yang mengatakan bahawa tidak akan ada bantuan ketenteraan yang akan diberikan jikalau Negara Sabah dan Negara Sarawak berpisah daripada Malaysia nanti. Ini kerana, setelah perpisahan Negara Sabah dan Negara Sarawak menjadi realiti, bantuan ketenteraan Komenwel akan diberikan kepada Negara-negara anggota iaitu Negara Sabah dan Negara Sarawak bagi menguatkan ketenteraan yang mungkin belum mencukupi untuk menjaga keselamatan Negara. Pada waktu itu, Negara Sabah dan Negara Sarawak sudah menjadi ahli anggota British Commonwealth of Nations.

Mulai hari ini, persoalan dan ugutan tentang perkara ini sudah dimatikan dan dihapuskan melalui jawapan pihak kami ini.

Gambar diatas menujukkan Perjanjian Keselamatan yang merujuk kepada Lampiran F (Annex F).

Didalam Artikel VII (Ketujuh), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan British dan Malaya. Artikel ini menyatakan bahawa;

"(1) Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain boleh membuat, sebelum Hari Malaysia, Perintah dalam Majlis dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran G Perjanjian ini bagi Maksud membuat peruntukan pembayaran pampasan dan faedah persaraan kepada sesetengah pegawai seberang laut yang berkhidmat, sebaik-baik sahaja sebelum Hari Malaysia, dalam perkhidmatan awam Tanah Jajahan Borneo Utara atau Tanah Jajahan Sarawak

(2) Pada, atau secepat yang boleh dilakukan selepas Hari Malaysia, Perjanjian Pegawai Awam dalam bentuk yang dinyatakan dalam Lampiran H dan I Perjanjian ini hendaklah ditandatangani bagi pihak Kerajaan United Kingdom dan Kerajaan Malaysia; dan Kerajaan Malaysia hendaklah memperoleh persetujuan Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak atau Singapura, mengikut mana-mana yang perlu, setakat mana yang termanya mungkin menjejaskan tanggungjawab atau kepentingan Kerajaan Negeri itu, dalam penandatangan Perjanjian itu oleh Kerajaan Malaysia".

Artike VII (Ketujuh) ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian Pertama (1) adalah berkaitan dengan Kerajaan British mahu membuat pembayaran pampasan kepada pegawai-pegawainya yang akan bersara setelah berkhidmat di Tanah Jajahan Borneo Utara dan Sarawak sebelum Hari Malaysia (16 September 1963). Sila lihat gambar dibawah.

Manakala bahagian Kedua (2) pula adalah berkaitan dengan Perjanjian Pegawai Awam seperti yang dinyatakan didalam Lampiran H dan I (Annexes H and I). Kerajaan Malaysia perlu terlebih dahulu mendapatkan persetujuan dan kebenaran daripada Kerajaan Negara Sabah, Kerajaan Negara Sarawak dan Kerajaan Negara Singapura untuk menjadi wakil bagi pihak mereka untuk menandatangani dokumen Perjanjian Pegawai awam dengan Kerajaan British. Sila lihat gambar dibawah.

Mari beralih pula ke Artikel VIII (Kelapan).

Didalam Artikel VIII (Kelapan), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan Malaya, Borneo Utara dan Sarawak. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak akan mengambil apa-apa tindakan perundangan, eksekutif atau tindakan lain sebagaimana yang diperlukan bagi melaksanakan jaminan, atau janji dan syor yang terkandung dalam Bab 3, dan Lampiran A dan B Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang ditandatangani pada 27 hari bulan Februari 1963, selagi ia tidak dilaksanakan melalui peruntukan nyata Perlembagaan Malaysia".

Persoalan yang perlu dibangkitkan didalam Artikel ini ialah "Dimanakah sudah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu?" Seperti yang anda semua sudah sedar, ia sebenarnya tidak hilang tetapi hanya bertukar nama sahaja. Kini, dunia mengenali Malaya dengan nama "Malaysia". 

Kerajaan Malaysia telah gagal dalam melaksanakan rekomendasi yang ada didalam Inter-Governmental Committee. Perkara ini akan didedahkan pada artikel lain.

Didalam Artikel IX (Kesembilan), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan Malaya dan Singapura. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Peruntukan Lampiran J Perjanjian ini berhubung Pasaran Bersama dan perkiraan kewangan hendaklah membentuk Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Singapura".

Artikel ini tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak. Namun, sehingga ke hari ini ia masih tertera didalam Perjanjian Malaysia. Bagi pendapat anda, adakah perlu bagi Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak untuk mengkaji Perjanjian Malaysia ini? Ya. Itu sudah pasti!

Walau bagaimanapun, mari kita cuba fahamkan mengapa Perjanjian tentang "Pasaran Bersama (Common Market)" in dibuat. Apabila sesuatu Perjanjian dibuat, ia bermaksud bahawa perkara tersebut adalah sangat penting.

Untuk pengetahuan anda semua, salah satu punca kepada berlaku Perpisahan Negara Singapura daripada Malaysia adalah disebabkan Kerajaan Persekutuan telah mengganggu dan melanggari Perjanjian ini. Segala lesen Perniagan yang pada mulanya dibawah kuasa Kerajaan Negara Singapura telah dimansuhkan dan dipindahkan ke Kerajaan Persekutuan. Ini bermaksud lesen perniagaan perlu mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan dan ini telah membangkitkan kemarahan Kerajaan Singapura kerana perbuatan Kerajaan Persekutuan ini telah "Menjahanamkan Ekonomi Negara Singapura" sehingga menimbulkan konflik yang serius yang menjurus kepada perpisahan pada 9 Ogos 1965.

Sila jadikan perkara ini sebagai isu yang serius didalam Kerajaan Negara kita. Ini kerana "Dasar Kabotaj" yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan sebenarnya telah "Menjahanamkan" ekonomi Negara Sabah dan Negara Sarawak. Pertumbuhan ekonomi yang lembab dan taraf hidup yang tinggi adalah disebabkan harga barang yang terlalu mahal kesan daripada dasar ini. Kerajaan Persekutuan lebih mengutamakan kepentingan "Perkapalan" mereka berbanding dengan hidup rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak yang berjumlah sekitar 6 juta.

Jikalau Kerajaan Persekutuan tidak mahu menghapuskan Dasar Kabotaj ini dan kononnya telah memberikan subsidi bagi menampung barangan-barangan yang dihantar ke Borneo, itu hanyalah alasan semata-mata. Maka ia akan menjadi salah satu faktor utama yang bakal dicatatkan didalam sejarah kerana ia telah menjadi punca kepada Perpisahan Negara Sabah dan Negara Sarawak daripada Malaysia.

Didalam Artikel X (Kesepuluh), ia memfokuskan kepada usaha Kerajaan Malaya dan Singapura. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura akan mengambil apa-apa tindakan perundangan, eksekutif atau tindakan lain sebagaimana yang diperlukan bagi melaksanakan perkiraan berkaitan dengan penyiaran dan televisyen yang dinyatakan dalam Lampiran K Perjanjian ini selagi ia tidak dilaksanakan melalui peruntukan nyata Perlembagaan Malaysia".

Artikel ini juga tidak ada kaitan dengan Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak dan sehingga ke hari ini ia masih lagi wujud didalam Perjanjian Malaysia. Namun ia adalah sangat berbaloi untuk dikaji dan difahami.

Kerajaan Negara Singapura sangat pintar didalam perkara ini. Ini kerana mereka faham bahawa Penyiaran Televisyen sangat penting didalam memberikan informasi yang tepat kepada rakyat mereka tanpa tapisan daripada Kerajaan Malaysia.

Seperti yang anda semua sedar, sebelum dunia ini berubah menjadi zaman teknologi yang mempunyai aplikasi internet, rakyat bergantung sepenuhnya daripada televisyen kerajaan yang menyiarkan rancangan TV1, TV2, TV3 dan NTV7 dalam mendapatkan maklumat. Namun, Kerajaan Persekutuan telah menyalahgunakan tujuan ini saluran rancangan tersebut daripada siang dan malam untuk menghasut rakyat agar membenci mana-mana pemimpin yang berjuang demi kebenaran. Tidak juga ketinggalan bahawa doktrin umno-bn diterapkan didalam minda rakyat melalui fakta-fakta yang bodoh. Ucapan rasis yang tidak pernah kesudahan menjadi tajuk utama bagi setiap program rancangan.

Atas sebab itulah Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak perlu mendapatkan hak ini seperti mana yang telah diperjuangkan oleh Kerajaan Negara Singapura dahulu. Ini adalah hak kita.

Didalam Artikel XI (Kesebelas), ia memfokuskan kepada penggunaan bahasa. Artikel ini menyatakan bahawa;

"Perjanjian ini hendaklah ditandatangani dalam bahasa Inggeris dan Melayu kecuali Lampirannya hendaklah dalam bahasa Inggeris sahaja. Jika timbul apa-apa keraguan teks Inggeris Perjanjian ini hendaklah mengatasi yang lain".

Akhir sekali, Artikel ini adalah satu bentuk peringatan bahawa jikalau terdapat sebarang keraguan teks ketika membuat interpretasi, rujukan didalam bahasa English perlu dijadikan rujukan utama.

Atas sebab itulah Bahasa English sangat penting untuk dipelajari dan dikuasai oleh semua rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak.

Setakat ini terdapat sebarang persoalan yang timbul? 

Sudah tentu ada!
  1. Adakah Perjanjian Malaysia masih Sah?
    Jawapan: Menurut Peguam Robert Pei, Perjanjian Malaysia ini adalah TIDAK SAH. Ini kerana Perjanjian ini telah ditandatangani oleh pihak yang tidak mempunyai status kelayakan yang setaraf dengan Kerajaan Malaya. Beliau merujuk kepada Kerajaan Negara North Borneo (Sabah), Kerajaan Negara Sarawak dan Kerajaan Negara Singapura kerana pada waktu tersebut, Negara-negara ini masih lagi berstatus sebagai "Tanah Jajahan Makhota" dan belum mencapai Kemerdekaan. Perjanjian Antarabangsa mewajibkan bahawa "Penandatangan" mesti memiliki status yang sama dengan pihak lain yang bersama-sama menandatangani Perjanjian Antarabangsa untuk mana-mana dokumen rasmi. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada Dokumen Perjanjian Malaysia. Bagi pihak SSU-UK, satu artikel khas akan dibuat untuk perkara ini untuk menerangkan hal yang sebenar dan juga pihak SSU-UK bersetuju dengan Peguam Robert Pei. Sila rujuk >>>Artikel ini<<< untuk membaca dan memahami hujah beliau.
  2. Ada apa dengan Perjanjian Malaysia?
    Jawapan: Ada Penipuan dan Ketidakadilan yang Jelas. Jikalau difikirkan betul-betul setelah memahami status "keahlian Malaysia" di United Natios (UN), Perjanjian Malaysia sebenarnya membawa maksud "Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)" diantara Negara North Borneo (kini dikenali sebagai Sabah), Negara Sarawak, Negara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu itu sendiri sebelum menjelma menjadi Malaysia! Hal ini baru sahaja diketahui dan didalam kajian antarabangsa, Pengkaji-pengkaji akademik mengenali Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) melalui "Pertukaran Nama" mereka daripada "Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)" kepada "Malaysia" pada 16 September 1963 setelah "Tiga Negara-negara Baru" iaitu Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura kononnya "menyertai atau masuk" ke Persekutuan Tanah Melayu. Hal ini sangat bertentangan dengan kefahaman dan jaminan yang telah diberikan kepada pemimpin-pemimpin Borneo dan Singapura pada ketika itu yang mana mereka diberitahu bahawa mereka akan membentuk "Persekutuan Baru" tetapi rupa-rupanya ia adalah satu PENIPUAN yang jelas, terang lagi bersuluh!
Sebelum anda  bertanyakan soalan lebih banyak, mari lihat dahulu analisis pihak SSU-UK tentang Perjanjian Malaysia ini.

Berdasarkan kepada penelitian, daripada 11 Artikel ini, Empat (4) daripada Artikel ini menunjukkan bahawa Perjanjian TIDAK DIPATUHI, TIDAK DIHORMATI, TELAH DILANGGARI dan SUDAH TIDAK BERKAITAN.

Artikel I (Satu): Ia sudah tidak berkaitan kerana Negara Singapura sudah tidak berada didalam Malaysia. Dan lagi, menurut Peguam Robert Pei, ia adalah satu Perjanjian yang tidak sah kerana Perjanjian ini telah dilakukan pada keadaan yang tidak sah yang mana Negara North Borneo, Negara Sarawak dan Negara Singapura masih lagi berstatus Tanah Jajahan Makhota British dan bukan sebagai sebuah negara-negara yang merdeka seperti Malaya. Sila lihat gambar yang telah disertakan dibawah Artikel I tersebut dan anda akan pasti memahaminya. Ini kerana daripada aspek kedudukan, ia jelas sangat berbeza dan tidak setaraf.

Artikel VIII (Kelapan): Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sudah menukar namanya menjadi Kerajaan Malaysia dan TIDAK MEMATUHI, TIDAK MENGHORMATI DAN TELAH MELANGGARI Perjanjian Malaysia dengan menurunkan status Negara Sabah dan Negara Sarawak menjadi "negeri-negeri didalam Persekutuan Tanah Melayu atas nama Malaysia dengan kedudukan negeri yang ke-12 dan ke-13" setelah Negara Singapura berpisah daripada Malaysia secara rasmi pada 9 Julai 1965. Selain itu juga, Kerajaan Malaya yang telah bertukar menjadi Kerajaan Malaysia tidak melaksanakan sepenuhnya rekomendasi dalam Laporan IGC.

Artikel IX dan X (Kesembilan dan Kesepuluh): Artikel sudah tidak berkaitan dengan Malaysia mahupun dengan Negara Sabah dan Negara Sarawak kerana Negara Singapura sudah tidak lagi berada didalam Malaysia. Namun sehingga kini, ia masih lagi tertera didalam Perjanjian Malaysia tanpa sebarang perubahan.

Kesimpulan: Empat daripada Sebelas Artikel sebenarnya telah TIDAK DIPATUHI, TIDAK DIHORMATI, TELAH DILANGGARI dan SUDAH TIDAK BERKAITAN. Selain itu juga, Kerajaan Malaya yang telah bertukar menjadi Kerajaan Malaysia tidak melaksanakan sepenuhnya rekomendasi dalam Laporan IGC. Kerajaan Malaya yang telah menukar identitinya sebagai Kerajaan Malaysia juga telah menurunkan status Negara Sabah dan Negara Sarawak menjadi "negeri-negeri didalam Persekutuan Tanah Melayu atas nama Malaysia dengan kedudukan negeri yang ke-12 dan ke-13" setelah Negara Singapura berpisah daripada Malaysia secara rasmi pada 9 Julai 1965 yang mana penurunan status tersebut dilakukan pada 27 Ogos 1976. 

Maka, dapat disimpulkan secara menyeluruh bahawa Satu Perjanjian Baru mesti dilakukan semula dengan syarat Kemerdekaan Penuh MESTI diberikan kepada Negara Sabah dan Negara Sarawak dan SATU "Persekutuan" yang benar-benar "Baru" diwujudkan untuk mempersekutukan Kerajaan Malaya, Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak dengan nama "Malaysia". Ini hanya jikalau Kerajaan Malaya yang bertopengkan Kerajaan Malaysia benar-benar ingin menyelamatkan "Persekutuan" ini. Jikalau tidak, Perpisahan Negara Sabah dan Negara Sarawak sudah PASTI menjadi NYATA yang mana ia akan dilakukan oleh Generasi-Generasi Muda dengan sokongan vateran-vateran yang berjiwa Nasionalisme dan Patriotik di Negara Sabah dan Negara Sarawak. Itu adalah Muktamad!

ANALISIS TAMBAHAN

Analisis Tamabahan telah dilakukan untuk melihat dengan lebih jelas tentang sejauh manakah Perjanjian Malaysia ini berpihak kepada Negara Sabah dan Negara Sarawak. Hasil penemuan daripada pihak SSU-UK mendapati bahawa sebenarnya ia lebih berpihak kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura. Sila lihat gambar dibawah ini.

Artikel XI (Kesebelas) dikecualikan daripada pengiraan ini kerana ia tidak memberikan sebarang kesan kepada Perjanjian Malaysia secara langsung. Maka, jumlah kesemua Artikel ini dihitungkan sebanyak Sepuluh (10) Artikel. Daripada Sepuluh Artikel ini, hanya terdapat Tiga Artikel sahaja yang mempunyai kaitan secara langsung dengan Borneo, Negara Sabah dan Negara Sarawak iaitu pada Artikel I, III dan VIII (Pertama, Ketiga dan Kelapan). Apabila diterjemahkan didalam bentuk peratusan, sebanyak 30% (3/10) sahaja kepentingan telah diberikan kepada Borneo. Manakala Negara Singapura pula mencatatkan sebanyak 40% (4/10) dan peratusan yang dicatatkan bagi Kerajaan Malaya adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 90% (9/10). Dalam erti kata lain, Perjanjian Malaysia ini telah memberikan kelebihan yang lebih banyak kepada Kerajaan Malaya dan Singapura berbanding dengan Negara Sabah dan Negara Sarawak. Sekarang, anda faham? 

Untuk melihat dengan lebih jelas lagi, sila lihat pada gambar Graf Carta Pai dibawah.

Apabila dimasukkan ke dalam Graf Carta Pai, ia jelas menunjukkan bahawa sebanyak 56% kelebihan keutamaan hasil daripada Perjanjian Malaysia ini berpihak kepada Kerajaan Malaya manakala Kerajaan Negara Singapura mendapat kelebihan keutamaan sebanyak 25% yang lebih tinggi berbanding dengan Negara-negara di Borneo iaitu Negara Sabah dan Negara Sarawak yang hanya mampu mendapat kelebihan dalam keutamaan sebanyak 19% sahaja.

Satu persoalan yang perlu anda jawab dengan jujur setelah mengetahui perkara ini. Perlukah anda, rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak mempertahankan Perjanjian Malaysia ini? Dengan mempertahankan Perjanjian Malaysia, anda sebenarnya sedang berusaha untuk mempertahankan kelebihan Kerajaan Malaya.

Buka Mata dan Minda anda untuk memahami keadaan ini!

Mohon anda semua untuk sebarkan artikel pendedahan ini demi membangkitkan kesedaran semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Mari lakukan perubahan secara mutlak demi Masa Depan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak yang lebih terjamin dan cerah!

Artikel lebih terperinci tentang disebalik Perjanjian Malaysia ini akan didedahkan tidak lama lagi. Sila ikuti perjalanan perjuangan SSKM-SSU(UK) dengan semangat Pejuang Bangsa yang SEJATI!

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.