RANAU, 23 Ogos 2014 - Sekumpulan Nasionalis Negara Sabah yang terdiri daripada 38 peserta termasuk seorang kanak daripada sebuah Kumpulan NGO yang bernama Sabah for Sabahan Punya Ranau (SSPR) dari Daerah Ranau telah menjalankan satu Program Kesedaran Sabah Merdeka Day di Pekan Ranau.
Kumpulan Nasionalis ini yang diketuai olehEn.Jalibin Paidi, merupakan seorang bekas Pengetua sekolah di SMK Entilibon, Tongod. Beliau mengatakan bahawa program seumpama ini harus dan mesti dilakukan berterusan setiap tahun agar rakyat Negara Sabah khususnya di daerah Ranau mendapat fakta sejarah yang tepat dan sahih tentang apa yang sebenarnya telah berlaku di Negara Sabah dan Persekutuan Malaysia selama 51 tahun dahulu sehingga sekarang.

Beliau menambah lagi, berlainan pula dengan keadaan yang berlaku di Kerajaan Negara Sarawak yang mana pemimpin tertingginya iaitu Datuk Tan Sri Adenan Satem selaku Ketua Menteri Sarawak dengan tegas dan yakin mengatakan secara rasmi bahawa Sarawak merupakan satu Wilayah (Negara) yang telah membentuk Persekutuan Malaysia. Tiada istilah "masuk Malaysia" kerana tidak ada apa yang mahu masuk. Ini kerana menurut beliau (Adenan) lagi, sejarah jelas mencatatkan bahawa Persekutuan Malaysia ini telah dibentuk oleh Negara Sarawak, Negara North Borneo (kini Sabah), Negara Singapura dan Malaya (Persekutuan Tanah Melayu).
Sepanjang Program Kesedaran ini dijalankan melalui pengedaran risalah dan penerangan ringkas kepada orang awam, beliau mengatakan bahawa NGO mereka telah mendapat maklumbalas yang positif daripada orang awam dan mereka menunjukkan minat untuk membacanya serta ia telah menjadi topik perbualan yang hangat dikalangan masyarakat Pekan Ranau.

Beliau juga menasihati Datuk Masidi Manjun untuk pertahankan hak Orang Asal dengan memperjuangkannya didalam parti naungan khususnya di Ranau dan bukan meracuni pemikiran etnik Dusun semata-mata untuk memperluaskan penerimaan agenda politik malaya melalui UMNO agar mudah diterima. Ini kerana ia suatu perkara yang tidak seharusnya berlaku.
Laporan berita ini disampaikan oleh Pihak Media EksMerd.
Source: http://eksmerd.blogspot.com/2014/08/program-kesedaran-sabah-merdeka-day.html
Post a Comment