Ramai rakyat Bangsa Negara Sabah dan rakyat Bangsa Negara Sarawak keliru dengan perjuangan SSKM terutama sekali bangsa malaya. Lontaran demi lontaran fitnah dan komen yang bersifat destruktif tidak pernah henti kedengaran. Disana-sini orang bn-umno memekik mengatakan bahawa SSKM itu mempunyai agenda jahat dan sebagainya sehingga air liur yang berbau meleleh keluar (rahman dahlan and the gang) tanpa disedari. Manakala orang pr pula siang dan malam mengatakan bahawa SSKM ini adalah perosak bangsa, keharmonian dan sebagainya tanpa disedari bahawa merekalah sebenarnya golongan perosak bangsa dan keharmonian bersama-sama dengan bn-umno melalui pembawaan agenda politik malaya.
Apakah itu agenda malaya?
Agenda malaya adalah satu perancangan tersembunyi yang mahu dilaksanakan keatas Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak dengan kaedah yang licik melalui penguasaan Kuasa Politik. Dengan tercengkamnya kuasa Politik ditangan pemimpin-pemimpin malaya melalui parti-parti politik malaya yang bertanding di Borneo ini. Agenda malaya dijayakan atau digerakkan oleh boneka malaya yang dikenali sebagai "Barua malaya" atau Proksi malaya atau Wakil malaya di Borneo.
Disini pihak SSKM terangkan dua contoh yang terbaik dan tepat tentang bagaimana agenda malaya itu dapat diangkat dan diperkukuhkan melaluiparti-parti politik malaya iaitu bn-umno dan pr.
Agenda Malaya yang dibawakan oleh bn-umno adalah seperti berikut;
• Mengekalkan kekuasaan mereka terhadap politik dan sumber di bumi Sabah dan terus melayan Sabah dan Sarawak sebagai salah satu daripada 13 buah negeri di Malaysia, sehingga orang-orang Malaya bebas memiliki tanah dan sumber di Sabah.
• Mengekalkan bayaran sagu hati 5% hasil minyak Sabah tahunan kepada Sabah dan terus mengabaikan keperluan pembayaran royalti kepada Sabah seperti yang di nyatakan dalam undang-undang Ordinan Tanah Sabah. Terus menguasai minyak Sabah.
• Mengekalkan dasar perkapalan yang memestikan semua kapal yang mahu berdagang di Sabah harus melalui Pelabuhan Klang sebelum ke Sabah kerana kepentingan Malaya.
• Keutamaan mereka adalah yang telah ‘diMelayukan’ melalui pemberian Kad Pengenalan melalui Projek IC Malaya untuk memastikan Ketuanan Melayu terus diperkukuh di Sabah.
• Sebarang keputusan pemimpin tempatan harus merujuk kepada kepimpinan Kuala Lumpur.
• Mahu meneruskan penguasaan dan terus menjadikan Sabah di bawah kekuasaan mereka sebagai ‘Fix Deposit’.
• Tidak komited menyelesaikan masalah Pendatang Tanpa Izin di Sabah kerana kehadiran PTI di Sabah adalah survival politik Agenda Malaya.
Agenda Malaya yang dibawakan oleh pr pula adalah seperti berikut;
• Mengambil alih kekuasaam BN/UMNO di Sabah dan terus mengekalkan kekuasaan Malaya terhadap politik dan sumber Sabah. Manakala kedudukan Sabah dan Sarawak akan terus dilayan sebagai salah satu dari 13 buah negeri di Malaysia, seperti pada Perkara 2 dalam Buku Jingga. Sama ertinya dengan mengeluarkan Sabah dari mulut buaya dan memasukkannya ke dalam mulut naga.
• Menganggap bahawa 5% yang dibayar kerajaan sekarang kepada Sabah adalah royalti dan menawarkan meningkatkan ‘royalti’ ini sehingga 20%. PKR tidak mempunyai asas dalam tawaran ini dan tidak jelas sama ada royalti atau sagu hati. Terus menguasai minyak Sabah.
• Hanya menyemak semula dasar perkapalan dan kalau ternyata tidak berpihak kepada Malaya, ia akan dikekalkan. Malaya didahulukan dan Sabah di kemudiankan.
• Meneruskan usaha UMNO yang mengukuhkan kedudukan ketuanan Melayu di Sabah.
• Sebarang keputusan pemimpin tempatan harus merujuk kepada kepimpinan Kuala Lumpur.
• Mahu mempergunakan dan menjadikan parti-parti tempatan Sabah di bawah kekuasaannya dan mengambil alih ‘Fix Deposit’ dari UMNO.
• Tidak komited menyelesaikan masalah Pendatang Tanpa Izin di Sabah kerana kehadiran PTI di Sabah adalah survival politik Agenda Malaya.
Sila buat perbandingan perbezaan Agenda Malaya yang dibawakan menerusi kedua-dua barisan parti-parti politik malaya ini. Adakah terdapat perbezaan yang jelas? Atau lebih kurang sama saja? Tambah, tolak, bahagi dan darab tetap mendapat jawapan yang sama iaitu Agenda Malaya Mesti Diperkuatkan di Bumi Borneo ini.
Kesimpulannya adalah kedua BN/UMNO dan PR/PKR mempunyai agenda yang sama iaitu mengekalkan dan mengukuhkan penguasaan Malaya terhadap Sabah. Kedua mereka tidak menghormati semua dokumen yang membawa kepada Perjanjian Malaysia. Mereka mahu mengurus Sabah mengikut acuan Malaya. Orang Sabah yang menyokong agenda mereka ini diistilahkan sebagai ‘Barua Malaya’. Perubahan kepada Kerajaan Persekutuan tidak akan membebaskan Sabah dari jajahan Malaya selagi parti-parti politik Sabah berada di bawah kekuasaan Parti Malaya. Apa pun tawaran dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat atau Manifesto Barisan Nasional, ia tidak akan membawa perubahan kedudukan Sabah dalam kekuasaan Malaya.
Perbandingan BN dengan PR dalam penerangan ini memfokuskan kepada Negara Sabah.
Mengapa tidak melibatkan BN Sarawak?
Ini kerana BN Sarawak ditadbir oleh parti-parti tempatan Sarawak yang memerintah tanpa tunduk kepada telunjuk jari malaya. Atas sebab itu mengapa malaya amat menggeruni kepimpinan BN Sarawak kerana pengaruh malaya dapat dihalang daripada merebak di Bumi Kenyalang.
Bagaimana pula dengan PR Sarawak?
Adakah pr Sarawak amat berpengaruh di Negara Sarawak? Sudah tentu tidak. Atas sebab itulah mengapa BN Sarawak bertambah kukuh kerana rakyat Negara Sarawak mempunyai kefahaman yang lebih tinggi berbanding dengan Bangsa Negara Sabah kerana Bangsa Negara Sabah telah memimpin rakyat Negara Sabah untuk tunduk kepada malaya. Namun, kini keadaan sudah berubah yang mana rakyat Bangsa Negara Sabah kini akan menyingkirkan mana-mana pemimpin yang membawa agenda malaya setelah kesedaran demi kesedaran telah disampaikan oleh pihak SSKM dan juga para pejuang-pejuang Kebangsaan Negara Sabah.
Adakah kesedaran ini mampu memberi impak/kesan kepada PRU14?
Kita bersama-sama melihat hasilnya nanti.
Adakah pihak SSKM menyokong BN Sarawak?
Setakat ini, adakah anda ada terjumpa mana-mana kenyataan rasmi SSKM yang menyatakan SSKM menyokong BN Sarawak? Pemerintahan Kerajaan Negara Sarawak MESTI ditentukan oleh Rakyat Bangsa Negara Sarawak itu sendiri. Jikalau mahu menukar kerajaan yang sedia ada sekarang, seharusnya dan semestinya ditentang atau disaingi oleh parti-parti tempatan Pembangkang sahaja dan BUKAN PR!
Perjuangan SSKM bukan berjuang berlandaskan kepada parti-parti politik seperti yang dilemparkan oleh semua pemimpin-pemimpin tempatan mahupun luar (malaya). SSKM berjuang bukan berlandaskan kepada kefahaman dan kepentingan parti politik tetapi adalah berlandaskan kepada Perjuangan Bangsa sebenar Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak yang mahukan Negara Sabah dan Negara Sarawak ditadbir sepenuhnya oleh rakyat Asal TANPA mengikut telunjuk orang luar. SSKM mahu Negara Sabah dan Negara Sarawak yang dahulunya sebuah Negara yang Merdeka dan Berdaulat untuk KEMBALI SEMULA kepada status ASAL agar dapat membangunkan Bangsanya dengan semaksima yang mungkin dengan Kuasa Kemerdekaan dan Kuasa Kedaulatan yang dimiliki nanti.
SSKM mahu menyerahkan tugas pemerintahan Negara Sabah dan Negara Sarawak ini kepada parti-parti politik tempatan yang TULEN agar berlaku satu persaingan sihat tanpa campur tangan daripada pihak luar ataupun pengaruh luar agar dapat melahirkan kepimpinan ASLI dan TULEN yang akan BERJUANG dan MEMPERTAHANKAN KUASA KEMERDEKAAN DAN KUASA KEDAULATAN NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK TANPA GENTAR SEKALIPUN BERDEPAN DENGAN KUASA LUAR. Contohnya seperti Negara Singapura, Negara Korea Selatan, Negara Jepun, Negara Australia dan sudah tentunya UK.
SSKM mengimpikan kepesatan ekonomi yang maksima justeru itu menghapuskan kemiskinan di Negara Sabah dan Negara Sarawak dengan kelimpahan rezeki yang bakal dikecapi melalui perkongsian kekayaan daripada pentadbiran Kerajaan yang Adil dan Saksama.
SSKM juga mengimpikan hubungan sosial yang baik dan konstruktif secara berterusan diantara etnik-etnik yang wujud pada kedua-dua Bangsa, iaitu Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak yang selama ini telah lama wujud.
Sememangnya perjuangan SSKM ini didokong oleh majoriti pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong bn-umno dan pr tetapi mereka menyokong atas kapasiti individu tanpa mewakili parti politik mereka. Dan demikian juga bahawa SSKM juga mendapat sokongan daripada parti-parti tempatan pembangkang seperti parti STAR, SAPP, USNO dan seterusnya. Tapi sekali lagi, mereka menyokong bukan mewakili parti politik mereka tetapi atas kapasiti individu sebagai Rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.
Adakah anda faham sekarang? Jikalau ya mohon sebarkan.
Jikalau tidak, sila perdebatkan...
Post a Comment