Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya, Doris Jones mewakili Kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang bergerak dibawah naungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bernama Sabah Sarawak Union (SSU)-UK yang telah berdaftar dibawah bidang perundangan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan satu kenyataan daripada Wan Junaidi Tuanku Jaafar, seorang menteri kerajaan persekutuan malaysia yang memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, juga merupakan seorang ahli parlimen di Santubong, Negara Sarawak telah menyatakan bahawa "Putrajaya Akan Berusaha Untuk Mengektradisikan (membawa pulang atas kesalahan jenayah) Pemisah-pemisah Di United Kingdom".

Antara kenyataannya dalam berita online di The Malaysian Insider adalah "terlalu sedikit laporan yang telah dibuat dibalai polis untuk menentang kumpulan tersebut dan menyarankan semua orang awam untuk membuat laporan polis. Setelah itu, kertas penyiasatan akan dibuka dan tindakan akan diambil berdasarkan kepada undang-undang"[1]. Ditambahnya lagi "Dengan itu, baru proses ekstradisi (proses mengeluarkan daripada UK ke malaysia) dapat dilakukan. Untuk melakukannya juga, kita mesti mengenal pasti apakah kesalahan jenayah yang telah dia lakukan disini adalah mesti sama seperti yang dilakukannya disana (UK)"[2]. Selain itu juga, wan junaidi mengatakan bahawa "hanya segelintir orang sahaja yang menyokong cakap-cakap perpisahan ini dan tidak mustahil untuk berdepan dengan mereka ini yang telah lari ke England"[3]. Akhir sekali dalam kenyataanya mengatakan "dia berasa sangat yakin bahawa rakyat Sabah dan rakyat Sarawak akan melihat pembangunan yang pesat dalam beberapa tahun yang akan datang nanti seperti mana yang telah dialami di malaya"[4].

Pertama [1], tidakkah keadaan tersebut sudah memberi mesej yang sangat terang jelas lagi bersuluh bahawa perjuangan SSKM-SSU(UK) telah mendapat sokongan penuh dalam diam oleh rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak? Membuat laporan hanyalah apabila sesuatu keadaan itu telah mengugat keselamatan diri, keluarga dan yang berkenaan dengan keamanan. Namun, seperti yang anda sendiri akui, "terlalu sedikit" laporan polis telah dibuat ini kerana perjuangan SSKM-SSU(UK) bukanlah satu ancaman kepada diri, keluarga mahupun keamanan Negara Sabah dan Negara Sarawak. Ini kerana,  perjuangan ini adalah perjuangan untuk menyelamatkan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak secara menyeluruh untuk sekali dan selamanya daripada terus ditindas secara halus oleh kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia melalui dasar-dasar yang tidak adil dan penuh dengan niat yang sangat jahat, kotor, hina dan menjijikkan. Sebagai seorang pemimpin yang memegang jawatan sebagai timbalan menteri sahaja, tidakkah anda berasa malu untuk memaksa secara lembut kepada orang awam untuk membuat laporan polis kepada perjuangan yang mengangkat Maruah dan Martabat Bangsa Borneo, Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak? Akta hasutan 1948 merupakan akta yang telah digunapakai oleh kerajaan British semasa zaman penjajahanya di malaya. Akta tersebut seharusnya TIDAK BOLEH digunapakai kepada rakyat Bangsa Negara Sabah dan rakyat Bangsa Negara Sarawak kerana Negara Sabah dan Negara Sarawak hanya bersetuju untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 dan bukan menyertai persekutuan tanah melayu yang ditubuhlan pada 31 Ogos 1957. Dengan itu, sebarang akta sebelum tahun 1963 seharusnya tidak SAH untuk dikuatkuasakan kepada Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang baru seharusnya dibuat segera walaupun pada awalnya pemimpin-pemimpin negara Sabah dan negera Sarawak bersetuju untuk menggunakan terlebih dahulu perlembagaan persekutuan tanah melayu namun seharusnya satu perlembagaan baru yang asli untuk persekutuan malaysia dibuat berdasarkan kepada Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.

Kedua [2], saya tidak melihat sebarang kesalahan yang telah saya lakukan di Negara Sabah, Negara Sarawak mahupun di England. Adakah dengan memberitahu kebenaran sejarah yang berfakta dan berbukti itu satu kesalahan dan jenayah berat yang sehinggakan boleh ditangkap seperti seorang pembunuh kejam? Tidak hairanlah mengapa kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia ini telah mengalami keadaan yang amat menyedihkan yang mana semakin hari keadaan bertambah merunsingkan dengan adanya kepimpinan seperti wan junaidi yang tidak mampu menyelesaikan keadaan ini dengan baik. Pihak SSKM-SSU(UK) sudah berulang-kali menerangkan, mengkongsikan keadaan yang sebenar tentang kedudukan Negara Sabah dan Negara Sarawak yang sebenar bahawanya kita (bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak) adalah rakan kongsi yang sama status dalam persekutuan malaysia ini telah ditipu oleh pemimpin-pemimpin malaya dengan menurunkan status daripada "Negara" kepada "Negeri". Malah, kini kita sebenarnya telah dijajah secara tidak sedar dalam bentuk penjajahan zaman moden. Adakah dengan kenyataan seperti ini tidak benar? Mungkin tidak, kerana anda berpihak kepada malaya untuk terus bersengkongkol untuk menjahanamkan bangsa sendiri. Setelah mengetahui keadaan ini, tindakan anda ialah mahu menutup mulut saya serta berusaha untuk melabelkan diri saya sebagai seorang yang "sangat berbahaya" agar anda dan kerajaan "malaysia" akan menangkap saya kononnya atas dasar kepentingan negara. Realitinya bukan disebabkan oleh negara tetapi adalah untuk menyelamatkan dan mengelakkan kebenaran tentang salah-laku pemimpin-pemimpin bn-umno selama ini daripada terdedah kepada rakyat umum, khususnya kepada bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak.

Ketiga [3], sekali lagi saya serahkan perkara ini ditangan bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak untuk memutuskannya. Sama ada mereka yang menyokong perjuangan SSKM-SSU(UK) ini terdiri daripada sejumlah bilangan kecil ataupun besar, mereka sahaja yang lebih tahu. Dan satu perkara yang menghairankan saya ialah mengapa sejumlah kecil "mereka" yang menyokong perjuangan ini seperti mana yang anda katakan dengan penuh "yakin" boleh mampu mengugat serta mengancam keamanan? Dimanakah logiknya? Atau adakah sebenarnya perjuangan ini telah "mengugat keamanan bn-umno" untuk terus merampas harta kekayaan Negara Sabah dan Negara Sarawak melalui penjajahan halus ini?

Keempat [4], kenyataan ini tidak jauh beza dengan khairy jamaluddin. Seperti yang saya perkatakan sebelum ini pada kenyataan rasmi kepada khairy bahawa kata-kata ini hanya berupa kenyataan biasa yang tidak pernah disusuli oleh tindakan yang serius. Kini, 51 tahun sudah berlalu namun pembangunan ekonomi khususnya di Negara Sabah dan Negara Sarawak jauh ketinggalan berbanding dengan di malaya. Ini dapat dibuktikan lagi dengan migrasi anak-anak muda bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak yang ramai ke malaya hanya mampu bekerja sebagai kelas bawahan sahaja (majoriti) di kilang-kilang perindustrian, pelabuhan, hotel, kelab dan sebagainya. Manakala bangsa malaya yang datang ke Negara Sabah dan Negara Sarawak tidak ada seorang pun yang bekerja sebagai kelas bawahan seperti pertukangan di sektor industri perkilangan yang ada di kedua-dua negara ini di Borneo. Mereka majoritinya bekerja sebagai kelas "kolar putih". Kenyataan seperti ini bukan berniat untuk menimbulkan perbezaan namun inilah sebenarnya realiti yang dilihat secara menyeluruh. Anda boleh menafikannya sekeras-kerasnya dakwaan ini namun ini semua sebenarnya pengakuan daripada rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak yang tertindas selama 51 tahun.

Akhir kata, saya memohon maaf atas kenyataan ini yang berbunyi kasar untuk dibaca apatah lagi untuk didengari namun ia perlu dan mesti dikatakan dengan jelas. Sudah cukup 51 tahun rakyat Bangsa Negara Sabah dan rakyat Bangsa Negara Sarawak berbudi bahasa, berlembut serta bersopan-santun dengan pemimpin-pemimpin malaya. Namun, keadaan tersebut tidak akan pernah berlaku lagi pada zaman ini. Kerana masanya telah pun tiba untuk berhenti berdiam. Tiada masa untuk berputus asa dalam perjuangan ini kerana ia sebenarnya baru bermula.

Pergo Et Perago - Dum Spiro Spero

Harap Maklum.

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.