Kenyataan RASMI ringkas SSKM-SSU(UK).

Sebuah artikel dalam surat khabar Utusan telah memuatkan kenyataan masidi manjun, Adun umno DUN N.30 Keranaan, Ranau. Dalam tajuk artikel tersebut, dia mengatakan bahawa "Sabah berdepan ancaman jika keluar malaysia".

Beberapa persoalan boleh dibangkitkan bagi menafikan kenyataan tersebut. Namun, mungkin elok kita meneliti apakah ancaman-ancaman yang dimaksudkannya jikalau bangsa Negara Sabah ingin menamatkan persekutuan dengan malaya dalam malaysia.

Antara ancaman yang kononnya akan timbul adalah seperti berikut:
  1. Sabah akan berdepan ancaman dari aspek keselamatan serta pembangunan jika memilih untuk keluar daripada persekutuan malaysia.
  2. Memberi ruang kepada Filipina untuk mengemukakan tuntutan.
  3. Mungkin menjadi mangsa keadaan akibat pertembungan kuasa-kuasa besar di Laut China Selatan.
  4. Keadaan politik yang berlaku dengan pembangunan pulau-pulau buatan manusia oleh China serta kehadiran kapal perang Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan amat membimbangkan.
  5. Jika kita mengambil keputusan itu (keluar malaysia) atas rasa tidak puas hati dan mengikut emosi, kita berdepan 'ancaman' lebih besar iaitu dikuasai oleh China atau AS.
  6. Isu Pendatang Tanpa Izin.
Apabila meniliti ancaman-ancaman yang dimaksudkannya itu, satu persoalan yang perlu dijawab olehnya iaitu adakah dengan terus berada didalam persekutuan palsu ini yang bernama malaysia, semua ancaman ini akan dapat dielakkan ataupun selesai?

Mari kita bersama-sama menjawab dengan jujur akan ancaman yang dibangkitkan yang bertujuan untuk menakutkan rakyat bangsa negara Sabah melalui persoalan demi persoalan.

Pertama [1], apakah selama 52 tahun negara Sabah berada didalam persekutuan palsu ini yang sebenarnya merupakan jelmaan malaya kepada malaysia telah memberi jaminan keselamatan dan pembangunan yang sewajarnya? Jikalau ya, mengapa kadar jenayah yang mengancam keselamatan rakyat tidak pernah menemui titik noktah? Mengapa berlaku kes penculikan di Sandakan (sehingga kini belum diselamatkan), Semporna, pencerobohan di Tanduo Lahad Datu? Mengapa pedalaman masih lagi ketinggalan dalam aspek pembangunan? Ranau masih berstatus pekan (termasuk dengan kawasan pedalaman ditempat lain diseluruh negara Sabah)? Masih terlalu banyak rakyat negara Sabah yang masih belum dapat menerima kemudahan asas seperti jalan raya yang berturap, bekalan air bersih, elektrik serta perkhidmatan kesihatan yang mencukupi? 

Kedua [2], mengapa anda masih menggunakan isu bodoh seperti ini? Bukankah isu ini sudah dibawa ke Makhamah Tinggi Antarabangsa dan kes ini telah dimenangi oleh kerajaan malaysia bahawa tuntutan Filipina tidak berasas serta tidak mempunyai locus standi? Apakah anda kurang membaca, tidak mendapat info tepat atau sememangnya berbuat bodoh seperti mana pemimpin-pemimpin umno yang lain lakukan selama ini?

Ketiga, Keempat dan Kelima [3,4,5], adakah dengan terus berada didalam persekutuan palsu ini yang bernama malaysia, negara Sabah dapat mengelak ancaman kuasa-kuasa besar seperti China dan AS? Anda khuatiri negara Sabah 'mungkin' akan dikuasai oleh China ataupun AS tetapi tidakkah anda sedari bahawa negara Sabah kini telah dan sedang dikuasai oleh malaya ataupun dalam erti kata lain yang lebih tepat, negara Sabah sedang dijajah oleh malaya melalui Resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Resolution) 1541?

Keenam [6], ia merupakan isu yang telah dicipta sendiri oleh pemimpin malaya dan telah dijayakan oleh pemimpin-pemimpin negara Sabah (didalangi oleh USNO kemudian diteruskan oleh BERJAYA dan dirancakkan lagi oleh UMNO-BN sehingga kini) yang mementingkan diri, kuasa politik dan sanggup mengorbankan masa depan generasi negara ini. Tidakkah anda rasa tertampar pada muka dan malu apabila pihak kami mengatakan bahawa ia didalangi dan dirancakkan oleh parti yang dinaungi oleh anda kini? Ataupun anda sudah terlalu babal sehingga tidak mampu mengenal erti malu kerana sudah tegal dengan perbuatan parti anda ini? Sila jawab dalam hati.

Seperti yang tertera pada tajuk artikel ini, "Sabah akan terus berdepan dengan ketidakstabilan politik, keselamatan, ekonomi dan sosial jikalau terus berada dalam malaysia" adalah satu realiti dan bukan satu mimpi yang ngeri kerana isu ini sedang dialami oleh kita semua di negara Sabah. Untuk memberi noktah kepada isu ini, hanya melalui Kemerdekaan sebenar sahaja yang mampu menyelesaikannya yang mana bangsa Negara Sabah mempunyai kuasa mutlak dalam menangani isu ini. Apa yang berlaku kini ialah segala penyelesaian yang telah diberikan dan dikemukakan untuk menyelesaikan isu ini tidak diambil berat oleh pihak kerajaan kerana tidak mendapat persetujuan oleh tuan mereka di malaya. Mengapa? Dengan selesainya isu ini, maka malaya akan kehilangan asas untuk terus menguasai bangsa dan Kerajaan Negara Sabah. 

Keadaan kini tidak seperti tahun 1960an yang mana rakyat dan pemimpin bergantung sepenuhnya kepada kepimpinan malaya. Kini, dimata rakyat Bangsa Negara Sabah, kepimpinan malaya adalah satu bentuk Parasitisme dan itu adalah realiti. malaya mendapat faedah daripada penipuan persekutuan ini manakala negara Sabah dan negara Sarawak mendapat kerugian kerana hasil kekayaan bumi tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Segala aspek pembangunan dan kemajuan dikawal ketat oleh malaya. Tidakkah perkara seperti ini sangat muda dilihat dengan jelas bagi mereka yang berfikiran waras, matang dan bertanggungjawab?

Walau bagaimanapun, keadaan kini kian berubah dan gelombang kesedaran kian bertiup kencang untuk menghalau dakyah kotor, jijik, hina malaya daripada bumi Borneo ini. Rakyat negara Sabah khususnya sudah mampu menilai perkara ini dengan baik sekali. PRU14 bakal mengubah landskap politik di Borneo ini kerana pihak kami akan memainkan peranan dalam membuka mata rakyat agar mampu melihat dengan jelas keadaan ini. Namun, jikalau rakyat masih memilih untuk membutakan mata mereka, memekakkan telinga serta membisukan mulut, itu hak mereka tetapi ingatlah bahawa perbuatan tersebut bakal memberi kesan yang buruk kepada cucu-cicit anda dimasa hadapan. Kesenangan yang dinikmati kini oleh anda tidak bermaksud dapat diwariskan selamanya kerana ini amat bergantung kepada bentuk kerajaan dan politik yang diamalkan. 

Kerajaan negara Sabah dan negara Sarawak mesti diserahkan dibawah tangan kepimpinan golongan Nasionalisme, Patriotisme yang bertanggungjawab dalam menjaga maruah, membawa pembangunan yang nyata dan menjaga kepentingan sosial, ekonomi dan politik dengan penuh intergriti dan saksama. Ianya mampu dilakukan dibawah Parti-parti Tempatan. 

Mari kita bersama-sama berikan sokongan kepada Parti-Parti Tempatan yang berjuang untuk bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak. Acuan politik Borneo bagai langit dan bumi jikalau dibandingkan dengan acuan politik malaya. Oleh itu, jangan biarkan acuan itu diubah atau diganggu. Perbetulkan acuan itu melalui perpaduan dan kesepakatan sebagai Bangsa Borneo, Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak yang berjiwa Merdeka dan Berdaulat!

Bersama-sama kita selamatkan masa depan Bangsa Kita!

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.