1. Mahdzir Khalid sekali lagi menimbulkan kenyataan kontroversi apabila berkata bahawa hanya bangsa Melayu dari Malaya yang layak memegang teraju pemerintahan negara ini dan mendominasi kuasa politik negara.
2. Menteri Pendidikan ini pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi yang dikecam hebat apabila mengaitkan laporan Sarawak Report ke atas Najib Tun Razak sebagai usaha yang dirancang oleh agama Yahudi dan Kristian.
3. Kenyataan tidak bertanggungjawab menteri yang baru dilantik tersebut dilihat sangat berbahaya kerana melaga-lagakan bangsa dan penganut agama di negara ini yang boleh mencetuskan perbalahan kaum. Kenyataan ini adalah fitnah dan hasil karya Mahdzir sendiri yang tidak disokong oleh mana-mana bukti; namun sehingga sekarang tidak ada tindakan yang diambil ke atasnya.
4. Ini menyebabkan Mahdzir lebih berani bersuara lantang membelakangkan sumbangan kaum-kaum lain dalam proses pembentukan Malaysia. Mahdzir berkata: “UMNO lah yang membina negara ini dengan bantuan MCA dan MIC”
5. UMNO tidak membina negara Malaysia.
6. UMNO mungkin memberi sumbangan besar ketika Tanah Melayu menuju kepada proses kemerdekaan dari British tetapi bukan instrumental dalam pembentukan Malaysia. Malaysia terbentuk dengan penyertaan Sabah dan Sarawak sebagai negara-negara kongsi yang mempunyai taraf yang sama dengan Tanah Melayu pada ketika itu.
7. Kegagalan Madhzir memahami fakta sejarah ini bukan sahaja menunjukkan bahawa beliau tidak layak menjadi menteri tetapi tidak berhak bersuara membelakangkan sumbangan kaum-kaum lain. Apabila pelampau seperti ini dijadikan Menteri Pendidikan Malaysia, maka masa depan negara ini kelam dan ketegangan kaum bakal tercetus.
8. Keluasan tanah Sabah dan Sarawak adalah lebih besar daripada Malaya. Walaupun hanya 5.7 juta rakyat Malaysia tinggal di Sabah dan Sarawak berbanding 22.5 juta di Malaya, namun Malaysia tidak akan wujud di muka bumi ini tanpa Sabah dan Sarawak. Kekuatan maritim Malaysia tidak akan ke mana tanpa Malaysia timur, dan Malaysia tidak akan semaju hari ini tanpa Sabah & Sarawak.
9. Penduduk berbilang bangsa dan agama dari Sabah & Sarawak berjumlah 5.7 juta orang. Sementara orang Melayu dari Malaya berjumlah 9 juta orang. Bumiputera Sabah & Sarawak mempunyai hak yang sama dengan Melayu.
10. Persoalannya mengapa rakyat bumiputera Sabah & Sarawak harus bertuankan Melayu?
Post a Comment