Kita baru-baru ini telah dikejutkan dengan berita tentang bagaimana seorang lelaki yang bernama Callistus Fernandez telah hampir merogol seorang gadis Ranau dan syukur kerana beliau berjaya melepaskan diri dan juga telah membuat laporan polis walaupun diugut oleh lelaki itu dengan pelbagai cara. Gadis Ranau ini ternyata adalah seorang yang luar biasa dan sangat kuat mental dan psikologinya.
Membaca kes cerita ini, ia telah membuka semula sejarah hitam yang telah berlaku kepada diri saya (tidak mahu identiti dikenali) pada 2 tahun yang lepas yang mana lelaki ini juga yang telah menjadi punca kehancuran masa depan saya bersama dengan tunang yang sangat saya cintai selama ini.
Saya daripada keluarga yang susah yang tinggal di Pedalaman Sabah. Hanya pendidikan sahaja yang menjadi harapan bagi mendapatkan sebuah kehidupan yang diimpikan bagi setiap orang. Setelah saya menamatkan Diploma dalam jurusan Secretary pada usia 22 tahun (2014), saya begitu bertenaga untuk mencari pekerjaan di Kota Kinabalu sesuai dengan kelayakan saya (seboleh-bolehnya dalam bidang kesetiausahaan atau perkeranian). Setelah puas mencari, saya ternampak sebuah iklan yang terpapar didalam Facebook tentang kekosongan kerja yang ditawarkan. Iklan tersebut adalah tentang Research Assistance yang diiklankan oleh lelaki ini. Anda semua boleh melihat iklan tersebut seperti dibawah ini.
Saya terus menghubunginya melalui nombor yang tertera didalam iklan tersebut dan saya diminta untuk menghantar gambar dan resume. Dalam hari tersebut juga, saya telah mendapat jawapan yang sangat mengembirakan diri kerana saya telah diterima bekerja. Tetapi saya bukan bekerja sebagai Research Assitance sebaliknya sebagai Personal Assistance (P.A) lelaki ini.
Berikut adalah tarikh dan masa kejadian yang telah berlaku dalam tempoh 2 minggu.
24hb-26hb Februari 2014:
Hari pertama dan kedua adalah hari dimana saya membantu untuk interview orang yang masuk bekerja sebagai Research Assistance (R.A) kepada lelaki ini.
27hb-28hb Februari 2014
Bertolak jam 2 petang dari Kota Kinabalu dan sampai di Kinabalu Park jam 5 petang. Saya mempunyai masalah jalan jauh kerana akan mabuk jalan. Disana, dia telah menyuruh dan memaksa saya memakan dua biji ubat yang kononnya supaya hilang mabuk dan untuk menghilangkan rasa takut untuk berjumpa dengan pelanggannya untuk projek yang besar walaupun saya telah cuba menolak untuk tidak memakannya. Apa yang pelik ialah dia tidak terus berjumpa dengan pelanggannya tetapi meletakkan kereta di Kinabalu Park di tempat yang sunyi. Setelah saya dipaksa memakan ubat itu, saya tidak sedarkan diri. Apa yang saya ingat, saya telah mengiyakan saja semua cakapnya ketika saya dalam keadaan separa sedar / mamai (mabuk ubat) dan lemah. Saya telah dibawakan ke satu hotel di Kundasang dan disanalah saya dirogol sepanjang malam. Sekitar jam 8 pagi keesokannya, checkout dan dia telah membawa saya balik ke rumahnya di Beverly Hill, Apartment Phase 1, Block M 9-1. Bermula disanalah saya mulai sedar bahawa pekerjaan yang ditawarkan ini adalah satu penipuan yang besar tapi saya tidak dapat lari kerana terikat dengan kontrak yang telah saya sign ketika menerima kerja itu. Saya diugut jikalau saya langgar kontrak perjanjian kononnya saya akan terpaksa membayar RM7000. Disebabkan takut dan tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya telah meneruskannya dalam keadaan menangis. Disinilah juga saya telah dikurung (28hb Mac 2014).
28hb Februari - 4hb Mac 2014
Pada tempoh tarikh ini, saya telah dikurung namun pada 2hb-3hb Mac 2014, dia telah memberi saya kebenaran untuk pergi berjumpa dengan tunang saya sebab dia mengatakan bahawa inilah kali terakhir saya berjumpa dengannya. Kalau saya tidak balik KK, terus tinggal dengan tunang saya, dia akan menggunakan samseng untuk mencari saya sampai ke lubang cacing dan bnyak lagi ugutan yang dia berikan.
5hb-6hb Mac 2014
Dia telah membawa saya ke Keningau kerana kononnya dia mahu berjumpa dengan seorang "Datuk". Saya telah dikurung di Hotel Juta. Disana jugalah saya telah diugut untuk memutuskan tunang. Tetapi saya berkeras untuk tidak mahu memutuskannya dan saya telah dirogol sepanjang tempoh itu di hotel selama dua hari. Lelaki durjana ini juga memaksa saya untuk berkahwin dengannya. Tetapi itu tidak berlaku.
7hb Mac 2014
Pulang ke Beverly Hill lagi, Apartment Phase 1, Block M 9-1. Pada tarikh ini, 7hb Mac 2014, saya dipaksa dan diugut sekeras-kerasnya untuk memutuskan hubungan pertunangan kami kerana jikalau saya tidak melakukannya, tunang saya akan diancam keselamatannya dan cincin pertunangan kami yang dipakai dijari saya telah dirampasnya. Akhirnya, saya telah lakukan dalam keadaan menangis kerana ugutan bunuh adalah antara ancamannya melalui samseng-samseng yang dihantar olehnya. Lelaki ini juga mengugut untuk menghancurkan keluarga saya dan keluarga lelaki itu. Disebabkan dalam keadaan yang tertekan, takut dan sayang akan tunang yang dicintai, saya terpaksa berbuat demikian tanpa memberikan sebarang alasan yang munasabah kepadanya dalam keadaan yang menangis dan terpaksa disebabkan oleh lelaki durjana ini.
Di Apartment ini juga saya telah dipaksa untuk memakan satu biji ubat yang lain lagi. Saya dipaksa dan diugut untuk mengikut segala arahannya termasuk berbogel dan melakukan posisi yang mampu menghairahkannya dalam keadaan menangis sambil dia mengambil gambar untuk dijadikan simpanan koleksi, bahan ugutan dan selepas itu saya dirogol sepanjang hari.
8hb Mac 2014
Lelaki ini telah mengatur pertemuannya dengan ibubapa saya. Saya telah memilih lokasi yang berdekatan dengan Terminal bas. Setelah pertemuan itu berlaku, ibubapa saya telah meminta dia menunjukkan kad pengenalannya. Lantas itu, dia terus menelefon seorang Datuk dan melaporkan kepada Datuk tersebut yang kononnya bapa saya menuduhnya sebagai seorang PTI sedangkan waktu itu bapa saya langsung tidak menuduhnya apa-apa. Hanya mahu melihat kad pengenalannya sahaja. Lantas itu, Ibubapa saya terus membawa pulang ke kampung.
Ibubapa saya sebelum itu terkejut dengan tindakan saya untuk memutuskan pertunangan yang selama ini terjalin. Mereka tahu betapa saya mencintainya tetapi setelah saya menceritakan keadaan yang sebenar, mereka faham dan menumpang simpati. Saya diminta untuk mendiamkan perkara ini kerana jikalau ia didedahkan, ia akan mampu memalukan keluarga dan diri saya. Saya teringin sangat untuk membuat aduan polis tetapi apabila memikirkan bahawa saya tidak mempunyai bukti-bukti yang nyata dan memerlukan kewangan untuk mendapatkan peguam, saya terpaksa batalkan niat itu. Sepanjang tempoh 2 minggu itu, saya telah dirogol lebih daripada 10 kali. Berat badan saya daripada 45kg telah menyusut kepada 37kg dalam tempoh itu. Boleh dikatakan seperti tinggal tulang disebabkan saya tidak ada selera makan. Apabila makan sikit, terus muntah.
Saya teringin memberitahu perkara yang sebenar kepada bekas tunang saya tetapi saya tidak mampu melakukannya setelah dia mengambil pendirian untuk tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan lagi kerana dia berfikir bahawa saya ingin mengawini lelaki itu kerana kekayaannya. Keluarga tunang saya juga membenci diri saya kerana tindakan yang telah diambil oleh saya telah membawa kepada salahfaham. Saya sangat menyayangi bekas tunang saya dan keluarganya. Saya hanya mampu menangis untuk satu tempoh yang panjang. Kesedihan itu masih lagi terasa sehingga sekarang tapi hidup ini mesti diteruskan.
Saya yang dahulu seorang perempuan yang ceria dan bersosial secara baik kini telah menjadi seorang yang tidak lagi ceria dan takut untuk bergaul. Saya masih lagi trauma dengan kejadian yang telah berlaku 2 tahun yang lepas. Ia masih menghantui diri ini sehingga kini. Apa yang saya mampu lakukan sekarang adalah menguatkan iman saya dan meminta kekuatan daripada Tuhan Yesus untuk terus menjalani kehidupan baru ini.
Saya mendoakan gadis Ranau agar kuat secara mental dan psikologi kerana lelaki ini adalah seorang yang pandai manipulatif minda, pemikiran kita melalui ugutan, ancaman dan perbuatannya. Dia adalah seorang yang lelaki yang kejam, durjana, jahat dan tidak berperikemanusian. Walaupun dia seorang yang intelektual dari segi IQ tetapi itu bukan alasan untuk memperlakukan wanita yang lemah. Saya berharap agar mana-mana ahli pemimpin politik mahupun pihak kerajaan yang mempunyai kepentingan dan kerjasama dengan lelaki ini untuk tidak melindunginya. Saya sedar bahawa dia mempunyai hak untuk mempertahankan diri tetapi siasatlah kes ini dengan seadilnya.
Jikalau anda wahai pemimpin-pemimpin Sabah, pemimpin Kerajaan Sabah yang ada sekarang mahu melindunginya (Callistus Fernandez), mungkin wajar untuk kamu mengalami keadaan yang sama sepertimana yang dialami oleh diri dan keluarga saya. Wajar anak-anak kamu diperlakukan olehnya kerana kamu sebenarnya sedang melindungi seorang "Penjenayah". Biar diri kamu rasa apakah ertinya kesengsaraan yang dialami oleh anak perempuan kamu.
Keadilan kini dilihat hanya mampu membantu orang yang berduit dan yang mempunyai peguam yang hebat. Sejauh mana kebenaran yang diperjuangkan tetapi jikalau tidak mempunyai kewangan, bukti dan peguam yang hebat dan jujur, kemenangan akan sentiasa memihak kepada penjenayah.
Sehingga sekarang, lelaki ini masih lagi menyimpan gambar-gambar yang telah menjadi mangsa (termasuk diri saya) kepada lelaki ini sebagai bahan koleksi dirinya dan juga untuk dijadikan sebagai bahan ugutannya.
Gadis Ranau telah menjadi sumber inspirasi diri saya untuk bersuara walaupun tidak mahu identiti diri ini didedahkan. Namun saya melakukan sesuatu yang lebih baik melalui perkongsian cerita sebenar ini. Saya tidak mahu lagi hidup dalam ketakutan kerana ugutan, gambar-gambar yang diambilnya itu tidak akan memberi saya jaminan untuk tidak diapa-apakan olehnya dimasa depan. Ini kerana jikalau saya terus berdiam dan takut kepada lelaki durjana ini, suatu hari apabila saya mempunyai kehidupan baru dan berumahtangga, tidak mustahil lelaki durjana ini akan muncul dan menggunakan ugutan lalu bagi memaksa saya untuk tunduk lagi kepada tuntutan nafsu haiwannya itu. Tidak! Atas sebab itu saya memberanikan diri ini dan meminta kekuatan dalam nama Yesus Kristus kerana sedar yang ketakutan ini tidak akan membawa kebaikan yang berpanjangan kerana ia hanya bersifat sementara sahaja.
Saya mahu memulakan hidup yang baru dengan tenang dan ceria sekali lagi tanpa perlu lagi merisaukan akan lelaki durjana ini untuk selamanya.
Saya sedar bahawa dia mampu mengenali diri saya ini melalui jalan penceritaan yang telah dikongsikan ini kerana dia mempunyai alamat rumah saya dan ini akan memudahkan dia mencari saya namun saya tidak takut. Saya tidak takut lagi kerana jikalau ada apa-apa yang terjadi kepada diri saya, maka segala apa yang berlaku dahulu akan lebih cepat terbongkar. Orang tua saya tidak akan berdiam kerana mereka adalah saksi dan telah mendengar malah melihat sendiri bagaimana lelaki ini telah mengugut mereka. Kesalahannya ini akan menjadi lebih berat walaupun sememangnya kes ini sudah sangat serius dan berat. Kes ini jikalau disabit kesalahan akan dipenjara tidak kurang daripada 5 tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dengan sebatan tidak kurang daripada 5 kali.
imagesJikalau anda merasakan perkongsian ini sebagai satu cerita rekaan sahaja yang tidak mempunyai makna, dan hanya untuk mengisi ruang masa yang kosong, dan jikalau segala apa yang dikongsikan ini anda beranggapan hanya satu penipuan dan fitnah, itu adalah hak anda untuk memutuskannya. Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana saya sedar betapa sukarnya untuk saya membuktikan jenayah yang telah dilakukannya terhadap saya. Tetapi jikalau hal seperti ini berlaku kepada ahli keluarga ataupun tunang ataupun teman wanita anda atau mana-mana saudara-mara anda, maka jangan salahkan orang lain untuk tidak mempercayainya juga.
Melalui perkongsian ini, saya berharap ia akan sampai kepada bekas tunang saya dan keluarganya. Saya tidak mengharapkannya untuk kembali tetapi cukuplah untuk dia memahami keadaan yang sebenarnya dilalui oleh saya seorangan diri. Saya mendoakannya untuk bahagia bersama dengan pasanganya yang baru.
Jikalau kes ini tidak dapat diadili dimakhamah dengan seadilnya, saya khuatiri sejarah ini akan berulang lagi kepada gadis-gadis yang lain dan lelaki ini akan terus melihat perempuan-perempuan Sabah sebagai alat-alat untuk dirinya. Saya mengkongsikan cerita sebenar ini dalam keadaan menangis agar berikanlah keadilan kepada gadis-gadis yang teraniaya oleh lelaki ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
Daripada saya, gadis Sabah yang menjadi mangsa Callistus Fernandez pada tahun 2014.
Untuk rujukan artikel tentang kesinambungan perkongsian cerita ini adalah seperti dibawah:
- Gadis Ranau Hampir Menjadi Mangsa Rogol oleh Bekas Majikan
- Pendedahan Berani Gadis Ranau yang hampir menjadi mangsa rogol
- Jikalau anda pernah menghadiri temuduga Callistus Fernandez
- Siapakah Callistus Fernandez yang hampir merogol gadis Ranau?
- Alamat rumah Callistus Fernandez
Post a Comment