Latest Post

Pesuruhjaya British di Malaya iaitu Sir Gerald Templer pernah menggelar pasukan Sarawak Ranger sebagai Pasukan Terbaik Di Dunia dan untuk mana-mana pasukan tentera yang pernah berkhidmat sewaktu zaman darurat di Persekutuan Tanah Melayu suatu waktu dahulu memanggil mereka “The Sarawak Headhunter”. Ketika Presiden Sukarno, presiden Indonesia suatu ketika dahulu pernah berkata di dalam satu ucapannya ” Tentera Iban ini datangnya tidak diundang, saat pergi semua bala tenteraku hilang nyawa. Ramai yang bercerai dari badan dan kepala. Mereka sungguh pantas hinggakan tidak terlihat oleh mata manusia”. Inilah antara kata-kata yang pernah merujuk kepada Sarawak Rangers iaitu satu pasukan separa tentera yang begitu gah dengan kepakaran mereka menjejaki musuh serta keberanian mereka yang tiada tolok bandingnya sehinggakan Sarawak Rangers dulu, kini dan selamanya tetap menjadi kebanggaan Bangsa Sarawak. Pasukan yang terkenal dengan moto “Agik Idup Agik Ngelaban” inilah yang akan menjadi artikel informasi sejarah untuk pembaca Borneo Oracle sekalian yang diberikan tajuk Sejarah Sarawak Ranger (1862-1963).

Sarawak Rangers merupakan satu pasukan separa tentera yang telah dibentuk oleh Rajah Charles Brooke iaitu Rajah kedua Negara Sarawak pada Oktober 1862. Pada awal penubuhannya pasukan separa tentera ini telah dianggotai oleh anak tempatan Sarawak berbangsa Iban seramai 32 orang. Mereka telah dipilih hasil daripada pemuafakatan Rajah Charles Brooke dengan tuai-tuai rumah etnik Iban yang menyokong kepimpinan keluarga Dinasti Brooke di Negara Sarawak pada ketika itu. Pemilihan 32 orang ini bukanlah hanya sekadar tangkap muat tetapi etnik Iban 32 orang ini merupakan antara pahlawan etnik Iban yang gagah perkasa serta terkenal dengan selok belok berperang yang mewakili kawasan masing-masing. 

Jadi apabila ada diantara pahlawan Iban yang sememangnya pandai di dalam taktik berperang ini mendapat kepakaran dan sentuhan daripada mereka yang berpengalaman di arena perang moden yang dibawakan khas daripada Negara Eropah maka mereka telah menghasilkan satu pasukan yang mantap. Pada ketika inilah, Rajah Charles Brooke telah menggunakan Sarawak Rangers di dalam perang-perang untuk meluaskan empayar jajahan Negara Sarawak pada ketika itu bagi melawan mana-mana mereka yang menentang pemerintahan Brooke di bumi Sarawak suatu ketika dahulu. Sekitar tahun 1930an iaitu ketika dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang teruk pada waktu itu, Sarawak Rangers juga mendapat tempias yang sama apabila pada 29 Februari 1932, Sarawak Ranger telah dibubarkan secara rasmi dan akibat pembubaran itu ada di kalangan Sarawak Rangers telah kembali ke kampong halaman masing-masing dan ada juga telah dengan rela hati diserapkan menjadi pasukan Polis Negara Sarawak. Pada ketika itu, Negara Sarawak telah stabil dan banyak keringat mereka dituntut untuk menjaga keamanan di bumi Sarawak pada masa itu.

Ketika Negara Sarawak di dalam persediaan untuk menghadapi Perang Dunia Kedua, sekali lagi Sarawak Rangers telah dipanggil untuk berbakti dengan Negara Sarawak. Pada ketika itu Rajah Charles Vyner Brooke telah membentuk Sarawak Rangers kembali bagi tujuan pertahanan dan mereka telah terlibat secara langsung di dalam mempertahankan Lutong, Miri dan Kuching sewaktu pencerobohan tentera Jepun pada Disember 1941. Ini terbukti apabila Sarawak Rangers adalah pertahanan terakhir sewaktu pertempuran terakhir di Kuching yang mana memaksa Sarawak Rangers untuk berundur ke kampong halaman masing-masing kerana kekuatan tentera Jepun sewaktu itu sememangnya begitu kuat sekali. 

Seperti kata pepatah lama biar putih tulang jangan putih mata, biarpun mereka telah berundur dan memberikan kemenangan kepada tentera Jepun namun begitu semangat anggota Sarawak Rangers mempertahankan bumi Sarawak tetap sentiasa ada di sanubari mereka dan akhirnya mereka bergabung dengan Major Tom Harisson iaitu seorang anggota tentera Tentera Komanwel daripada Australia yang melancarkan serangan gerila yang dikenali sebagai Pasukan “Z”. Kerana kepandaian dan kepakaran daripada Sarawak Rangers ini ramai tentera Jepun yang telah dibunuh oleh mereka. Setelah Jepun menyerah kalah akibat daripada pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, pasukan Sarawak Rangers telah sekali lagi pulang ke kampong halaman mereka untuk kembali ke penghidupan normal mereka sebagai anak Sarawak.

Di ketika Malaya menghadapi serangan pengganas komunis iaitu pada tahun 1948 yang lebih dikenali sebagai zaman darurat komunis, sekali lagi pahlawan-pahlawan iban ini dituntut kepakaran mereka untuk membantu Malaya pada ketika itu oleh Kerajaan British Borneo Sarawak. Pada masa ini 49 penjejak Iban telah dihantar ke Malaya untuk membantu anggota pasukan tentera komanwel menangani pengganas komunis pada waktu itu. Kepakaran mereka menjejaki musuh di dalam hutan sememangnya tiada tolok bandingannya. 

Sepatutnya mengikut perjanjian 49 penjejak Iban ini hanya bertugas di Malaya selama 3 bulan dan selepas 3 bulan ada diantara mereka telah dengan rela hati untuk meneruskan perkhidmatan mereka di bumi Malaya pada waktu itu. Daripada 49 orang hanya 24 orang yang memilih untuk meneruskan perkhidmatan mereka dan 24 orang inilah yang diserapkan di dalam Pasukan Ferret No. 4 yang juga dianggotai oleh pasukan tentera Gurkha dan tentera Force 136. Selepas itu penjejak Iban ini telah datang silih berganti ke bumi Malaya dan dicatatkan sehingga tahun 1952 telah lebih 1,168 penjejak Iban yang berkhidmat sebagai Penjejak Iban Sarawak di bumi Malaya.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui sejarah ini iaitu penjejak Iban Sarawak yang kali pertama gugur di dalam perkhidmatan mereka di Malaya hanya berlaku pada 12 Mac 1951 iaitu Mendiang Jaweng anak Jugah yang berasal dari Kapit, Sarawak. Mendiang terkorban kerana ditembak secara tidak sengaja ketika melakukan serang hendap ke atas pengganas komunis. Pada ketika itu mendiang tersilap dikatakan sebagai salah seorang pengganas komunis. Bayangkan setelah beberapa tahun berkhidmat di bumi Malaya hanya pada tahun 1951 baru ada penjejak Iban yang terkorban di dalam perang. Inilah salah satu keisitimewaan penjejak Iban Sarawak Rangers yang sememangnya begitu pakar di taktik perang serang hendap. Selain itu tercatat satu lagi sejarah di dalam memartabatkan penglibatan penjejak Iban Sarawak Rangers di dalam perang di Malaya apabila Awang anak Rawing, anak iban dari Skrang telah dianugerahkan dengan Pingat George Cross manakala Menggong anak Panggit menerima Pingat George daripada Kerajaan Mahkota Great Britain atas keberaniannya menyelamatkan pasukan masing-masing sewaktu keganasan komunis berleluasa di bumi Malaya ketika itu. 

Biarpun penjejak Iban Sarawak ini merupakan mereka yang bertugas dengan tentera namun begitu mereka masih lagi tidak mendapat pengiktirafan sebagai anggota tentera sepenuhnya jadi bagi menjaga kebajikan mereka pada dari segi hak dan status setelah permuafakatan antara Kerajaan British Borneo Sarawak, pemimpin masyarakat Iban dan Kerajaan Koloni British maka pada tangga1 1 Januari 1953, Sarawak Rangers Unit Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi dengan pegawai pemerintahnya yang pertama adalah Leftenan Kolonel C.J Baird. Bermula dari tarikh hari itu, barulah Sarawak Rangers dengan rasminya menjadi anggota tentera sepenuhnya. Pada 1 April 1960, Sarawak Rangers Unit Sarawak, Borneo telah ditubuhkan secara rasminya di bumi Sarawak oleh Kerajaan British Borneo Sarawak dengan pegawai pemerintahnya merupakan anak tempatan yang juga salah seorang penjejak Iban Sarawak Rangers iaitu Leftenan Tomlow anak Isa. Ini merupakan satu penghormatan yang besar kepada perjuangan anak Iban di dalam Sarawak Rangers memandangkan ketika itu Sarawak masih lagi menjadi tanah jajahan Kerajaan British Borneo.

Sarawak Rangers keberanian dan kepakaran mereka dituntut di dalam banyak perang-perang di bumi asing contohnya di Malaya dan Brunei malah Sarawak sendiri walaupun ketika itu Sarawak belum lagi membentuk Gagasan Malaysia. Ada antara penjejak Iban Sarawak Rangers ini telah gugur di medan perang di bumi asing dan telah disemadikan dibumi asing suatu ketika dahulu dan hanya pada tahun 2011, 21 jenazah penjejak Iban telah dibawa pulang ke tanahair tercinta mereka iaitu Sarawak Bumi Kenyalang. Antara penglibatan perang mereka adalah seperti berikut:

1. Kempen mengamankan Sarawak era Rajah Brooke.(1862 – 1942)
2. Perang Gerila Jepun bersama ‘Reconnaissance Service Department’ (RSD) di Sarawak. (1942–1945)
3. Darurat Malaya. (1948 – 1960)
4. Darurat Sarawak (1952 – 1953)
5. Pemberontakan Brunei (1962)
6. Konfrantasi Indonesia Malaysia (1962 – 1963)

Di dalam perjanjian Penubuhan Malaysia, pihak Kerajaan British telah bersetuju untuk menubuhkan 2 buah batalian Askar Renjer Malaysia dan seterusnya melatih anggota-anggota tentera di peringkat awal dan seterusnya diikuti dengan penubuhan battalion ketiga. Penubuhan Askar Renjer Malaysia telah diumumkan di Parlimen British (House of Commons) oleh Secretary of State for Commonwealth Affairs pada 18hb Julai 1963. Hanya beberapa hari sebelum Sarawak dimerdeka secara rasminya iaitu pada 22hb Julai 1963. Ekoran daripada itu, Sarawak Rangers telah dibubarkan secara rasminya dan kemudian pada 16 September 1963, anggota Sarawak Rangers telah diserapkan menjadi Batalion Pertama Regimen Renjer Malaysia. Batalion Kedua Regimen Renjer Malaysia terdiri daripada anak tempatan North Borneo (Sabah) dan Batalion Ketiga Regimen Renjer Malaysia merupakan anak tempatan Tanah Melayu.

Inilah sejarah panjang Sarawak Rangers dari tahun 1862 – 1963 yang kemudiannya dikenali sebagai Regimen Renjer Malaysia setelah penubuhan Gagasan Malaysia pada 16 September 1963. Sarawak Rangers merupakan simbol kemegahan bangsa Sarawak dulu, kini dan selamanya dan sejarah tentang mereka seharusnya diketahui secara umum oleh rakyat Malaysia amnya dan Bangsa Sarawak khususnya. Jasa mereka bukan sahaja untuk Sarawak ibu pertiwi mereka malah jasa mereka juga turut disumbangkan di dalam memastikan kemerdekaan dan keamanan untuk bumi Malaya suatu waktu dahulu malah sehingga sekarang. Jasa mereka dilupa jangan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Selamat Hari Kemerdekaan Yang ke 57 Persekutuan Tanah Melayu (31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2014) 
Selamat Hari Kemerdekaan Yang ke 51 Sabah (31 Ogos 1963 - 31 Ogos 2014)

Agik Idup Agik Ngelaban.

Borneo Oracle Salute Sarawak Rangers (1862-1963)

Source: Borneo Oracle

“Saya bukanlah mahu mencari kedudukan tetapi hanya mahu melihat kamu bebas, aman, gembira dan maju. Masa telah sampai bagi rakyat untuk menentukan sendiri masa depan tanahair ini, supaya hasil kesemua sumbangan, kerja, persaingan dan kerjasama dinikmati bersama, tanpa mengira tempat asal dan kepercayaan masing-masing. Inilah destinasi kita. Marilah kita bergerak bersama kearah itu.”

Datuk Dr Jeffrey Kitingan
4 Mac 1991

Teman-teman dan rakyat Sabah yang dikasihi.

Kamu mungkin telah mendengar ataupun membaca ucapan Mahathir yang tidak ditapis di dalam suratkhabar pada 21 Februari 1991. Saya baru saja mengetahuinya. Kenyataan Mahathir bahawa Sabah adalah tanah jajahannya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Dia sendiri telah membawa UMNO ke Sabah untuk memastikan penguasaan sepenuhnya ke atas rakyat Sabah. Dia tidak mahu menghormati pemimpin yang kita pilih. Dia hendak melantik pemimpinnya sendiri dan menentukan sendiri haluan untuk mereka. Dia berpendapat bahawa Sabah adalah naungannya dan dia boleh berbuat apa saja yang dia suka. Dia juga berfikir yang tiada siapa yang dapat menghalangnya mahupun pemimpin dari Kuala Lumpur – malah mereka juga mengancam dengan menggunakan tentera, polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Tujuan sebenar Kuala Lumpur akhirnya diketahui. Mahathir bertujuan manghapuskan 20 Perkara yang menjadi asas utama persetujuan Sabah untuk menjadi salah satu ahli Persekutuan Malaysia. Rancangan tersebut adalah sengaja dibuat untuk mengurangkan status rakan kongsi (partner) menjadi tanah jajahan Malaya sahaja.

Kenyataan bekas Presiden Sukarno dari Indonesia adalah tepat apabila beliau memberi amaran semasa pembentukan Malaysia, bahawa status Sabah sebagai tanah jajahan tidak akan berubah melalui penubuhan Malaysia, beliau mengatakan bahawa apa yang berubah hanyalah pertukaran pejabat penjajah dari London ke Kuala Lumpur. Kejadian-kejadian dan tindakan-tindakan Kuala Lumpur sejak 1963 telah membuktikan bahawa pendapat itu adalah benar.

Rakyat Sabah telah diajak secara tergesa-gesa dan pemimpin-pemimpin kita telah ditipu membentuk Persekutuan Malaysia. Bacalah semua buku-buku dan fakta-fakta tentang pembentukan Persekutuan Malaysia dan peristiwa-peristiwa yang terjadi selepasnya dan anda semua akan dapat memahami.

Pemimpin-pemimpin kita walaupun berat hati tapi akhirnya bersetuju menjadi sebahagian daripada ahli persekutuan yang baru, dengan jaminan beberapa syarat haruslah dipersetujui. Selepas beberapa siri rundingan, pemimpin-pemimpin Sabah termasuk Tun Mustapha, Tun Fuad Stephens, Khoo Siak Siew, pemimpin-pemimpin dari Malaya dan wakil British telah bersetuju tentang apa yang dipanggil sebagai Syarat-Syarat DUA PULUH PERKARA. Syarat-syarat ini adalah SANGAT-SANGAT PENTING kerana ianya bermakna bahawa Sabah sebenarnya telah memperolehi kemerdekaan melalui Malaysia. Ini adalah tujuannya dan dipersetujui oleh kesemua pihak yang terlibat pada waktu itu. Kita semua menyokong ini.

Walau bagaimanapun segala-galanya telah berubah. Sebaik sahaja kita menumpukan perhatian ke dalam bidang politik, social dan pembangunan ekonomi, kebanyakan daripada bekas pemimpin kita semakin mementingkan status dan kepentingan mereka sendiri dan tidak lagi mengambil berat tentang apa yang berlaku ke atas negeri secara keseluruhan.

Apabila para pemimpin ini mabuk kuasa, kekayaan dan pembangunan, para pemimpin Kuala Lumpur telah mengambil peluang ini untuk mengubah status Sabah daripada sebuah negeri merdeka yang bersekutu dengan Malaya dan Sarawak (serta Singapura) kepada apa yang kita sedang alami sekarang – kembali kepada jajahan. Lebih buruk lagi, dalam proses ini pula, pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur juga telah menyebabkan rakyat Sabah menyerahkan hak minyak mereka, tanah dan hutan – kesemua ini dibuat dengan secara halus dan teratur supaya rakyat Sabah tidak menyedari bahawa perkara itu telah berlaku.

Saya adalah salah seorang yang menyedari apa yang sedang berlaku dan sedar ke mana kita akan dibawa. Tanpa mengambilkira apakah yang akan terjadi kepada saya dan keluarga saya dan sebagai seorang yang bernasib baik, berada dalam kedudukan, berpendidikan dan berstatus, saya telah merasakan bahawa adalah menjad tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia dan rakyat Sabah tulin untuk membetulkan semua ini, dengan membangkitkan isu 20 Perkara dan membongkar sikap Kuala Lumpur yang tidak adil kepada Sabah, terutamanya sejak 1985.

Saya percaya perkara-perkara yang lain anda semua sudah tahu. Sekarang anda semua faham, mengapa Kerajaan Persekutuan tidak pernah berhenti untuk menganggu saya dan pemimpin-pemimpin PBS. Sekarang anda semua tahu apa sebenarnya yang BPR hendakkan dari saya.

Kuala Lumpur tahu dan Mahathir pun tahu bahawa saya adalah BENAR. Mereka lebih suka untuk menghapuskan pemimpin-pemimpin dan cerdik pandai seperti saya kerana mempersoalkan tindakan-tindakan mereka daripada mengakui kebenaran tentang apa yang mereka telah lakukan. Mereka, Mahathir dan sesetengah daripada mereka (bukan semua pemimpin Kuala Lumpur seperti mereka) memang boleh menghapuskan saya dan sesiapa juga yang sependapat dengan saya, kerana mereka mempunyai semua peralatan kuasa yang menyebelahi mereka – polis tentera, BPR, ISA, JHDN, OSA dan lain-lain lagi.

Beritahu saya, adakah salah bagi saya berjuang untuk negeri dan rakyat? Adakah saya salah mempersoalkan Kuala Lumpur? Patut atau tidakkah saya meminta bahagian daripada royalti minyak yang lebih munasabah bagi negeri ini? Adakah salah bagi saya berjuang untuk membebaskan Sabah daripada penjajahan? Adakah salah bagi saya mendidik masyarakat Sabah tentang fakta-fakta yang benar tentang Negara kita dan keadaan kehidupan kita?

Adakah salah bagi saya memperkenalkan idea-idea yang baru dan bercorak revolusinari dalam pembangunan, mengurangkan kemiskinan dan pengangguran dan mengembalikan nilai-nilai dan harga diri kepada rakyat? Jikalau saya salah, maka kita semua adalah salah kerana berada dalam kebenaran.

Adalah lebih mudah bagi saya untuk tidak terlibat di dalam soal-soal rakyat, negeri dan negara. Mungkin ada orang yang bertanya mengapa harus saya mengambil berat tentang semua ini? Benar, jika saya hanya mengabil berat tentang diri saya dan kepentingan keluarga saya sahaja dan jika saya kedekut – adalah lebih baik saya tidak melibatkan diri. Saya boleh mengekalkan kedudukan saya, bersenang-lenang dengan gaji besar dan ketawa tentang apa yang berlaku.

Jika saya mengambil hati para pemimpin persekutuan dan member rasuah kepada pegawai-pegawai penguatkuasa dan sebagainya, saya akan dilindungi dan tidak ada apa-apa yang akan berlaku kepada saya. Adakah ini yang kamu ingin lihat dari saya? Saya fikir tidak. Salah seorang mesti berkorban. Namun, pengorbanan ini akan menjadi sia-sia dan tidak bererti tanpa sokongan dan dorongan anda semua. Anda semua adalah satu-satunya kuasa yang boleh menghentikan Mahathir dan membebaskan kita sekali lagi dari belenggu penjajahan.

Sekiranya kebangkitan Perkara 20 dan mempersoalkan sikap Kuala Lumpur dan tindakannya ke atas Sabah diinteprestasikan oleh Mahathir sebagai hasutan kepada rakyat Sabah untuk membenci rakyat di Semenajung Malaysia, maka dia semestinya samada bodoh atau penipu. Saya mempunyai ramai teman-teman di Semenanjung Malaysia dan telah mengenali saya dan kenal siapakah saya ini. Terdapat juga saudara-mara saya yang berkahwin dengan orang Semenanjung.

Saya menyemai rasa muhibah dan bukan kebencian. Mahathir sendirilah yang memperkenalkan dan mengundang kebencian. Dia telah mencaci pemimpin-pemimpin sabah yang dipilih dan dengan sengaja membohongi dan menipu rakyat Malaysia terutama dan dari segi isu-isu agama dan bangsa. Ingatkah anda dengan kes ‘sigar’ (tanjak) yang melibatkan Tengku Razaleigh?

Sewaktu saya berjumpa dengan Dr Mahathir pada Mei 1990, saya berbincang dengan beliau tentang beberapa isu. Saya memberitahu beliau bahawa saya bukan bertujuan untuk membincangkan masalah peribadi tetapi isu-isu yang berkaitan dengan hubungan persekutuan negeri. Salah satu daripada nasihat yang beliau berikan pada saya tentang 20 Perkara ialah, beliau berkata:

“Jeffrey, orang-orang kampung tidak tahu tentang hak-hak negeri Sabah dan 20 Perkara, kenapa kita harus memberitahu mereka? Laporan dari Special Branch (Polis SB) mengatakan bahawa kamu dan IDS bertanggungjawab memberitahu rakyat…”

Buat seketika saya tidak dapat mempercayai kata-katanya sebab dia adalah Perdana Menteri Negara yang memberitahu saya untuk menipu rakyat yang mana sepatutnya menjadi tugas kita untuk mendidik mereka.
Apabila saya bertanya kepada Mahathir untuk menambah royalty negeri ini daripada pendapatan minyaknya, dia berkata:

“kamu bernasib baik Kerajaan Persekutuan member kamu lima peratus. Ingat bahawa tidak ada minyak di Sabah sehinggalah Malaysia wujud…”

Apa yang diperkatakan oleh Mahathir ialah negeri ini tidak mempunyai hak kepada minyak dan hasil buminya dan bukan Tuhan yang memberikan kita minyak tetapi Malaysia yang memberikannya.

Tentang hal-hal tanah, Dr Mahathir berkata adalah amat susah untuk pihak negeri melepaskan dan meluluskan tanah apabila Agensi Persekutuan memerlukannya. Dia berkata tanah seharusnya dikawal oleh Persekutuan.

Ini memperlihatkan objektif jangka panjang Mahathir – untuk mengawal tanah dan hutan di mana ia masih di bawah kuasa kerajaan negeri seperti mana yang termaktub di bawah 20 Perkara.
Objektif lain Mahathir ialah untuk menjadikan Sabah sebagai tanah jajahan atau sebahagian daripada Malaya. Dia berkata:

“hak-hak negeri adalah sementara. Sabah adalah sepatutnya sama seperti Kedah ataupun Perlis…”

Ini adalah jelas bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Allayaraham Tunku abdul Rahman sewaktu pembentukan Malaysia, bila mana dia berkata:

“Sabah dan Sarawak tidak akan menjadi negeri yang ke-13 atau ke-14 negeri-negeri Malaya kerana mereka akan masuk sebagai rakan yang sama taraf (dengan Malaya) dan mendapat kuasa dan status yang sama…”

Apabila Malaysia ditubuhkan pada September 1963, satu perjanjian yang dipanggil Perjanjian Malaysia telah ditandatangani, di antara Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak – terikat dengan syarat-syarat perjanjian tersebut. Syarat-syarat itu adalah seperti perikatan di antara mereka, jadi jika salah satu rakan akan “renege” atau undur diri ia akan memberi kesan kepada syarat-syarat untuk rakan-rakan yang lain dan memerlukan penilaian semula, dan perjanjian baru harus ditandatangani oleh rakan-rakan yang tinggal. Singapura keluar dari Persekutuan pada 1965 dan ini telah membatalkan Perjanjian Malaysia yang mana menjadi asas kepada Persekutuan Malaysia.

Bagi saya, kecuali Malaya, Sabah dan Sarawak berbincang bersama dan mengkaji semula untuk sahkan atau ubah Perjanjian Malaysia yang telah tidak sah, asas perundangan penubuhan Malaysia tidak lagi sah. Mengapa kita tidak melakukannya? Kenapa mereka takut untuk membincangkannya? Sebaliknya, pemimpin-pemimpin Persekutuan, terutama Mahathir, menggunakan ancaman dan tangkapan untuk menghapuskan kita. Inilah masalah yang kita hadapi sekarang.

Maka itu saya sangat-sangat tertekan dan terkejut dengan tindakan yang tidak adil, di mana Perdana Menteri negara kita membuat tuduhan-tuduhan yang liar dan tuduhan tidak benar terhadap saya, IDS dan kerajaan negeri PBS yang telah dipilih secara demokratik.

Berdasarkan dari kenyataan-kenyataan akhbar yang dibuat oleh Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain semasa lawatan mereka ke Kota Kinabalu minggu lepas, rakyat Sabah dan dunia keseluruhannya melihat bahawa “kuasa adalah benar”.

Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin kebangsaan yang lain datang ke Sabah untuk memperlihatkan kuasa dan kekuatan mereka. Mereka datang untuk menunjukkan bahawa selagi mereka mempunyai kuasa persekutuan, polis dan tentera serta orang-orang di Sabah yang sanggup mengutamakan cita-cita mereka untuk melaksanakan kehendak UMNO di negeri ini dan rakyatnya. Pemimpin-pemimpin tersebut bersedia untuk menutup mata mereka terhadap hak-hak sah kerajaan negeri PBS untuk memerintah dengan aman tanpa penindasan.

Ini merupakan hari yang sedih untuk rakyat Sabah, Malaysia dan generasi akan datang. Sekarang saya dapat memahami sepenuhnya dan bersimpati dengan mereka yang berada di dalam perhimpunan USNO yang mana secara terbuka tanpa malu-malu mengeluarkan airmata. Mereka ini bersetuju dengan kami yang cintakan negeri ini dan ingin mengekalkan hak-hak asasi kita, mereka betul-betul kecewa melihat pemimpin-pemimpin kita di Sabah yang bersedia untuk menyerahkan kuasa politik dan negeri kepada Mahathir.

Mahathir telah membuat tuduhan yang serius terhadap saya. Dia berkata bahawa saya terlibat dengan komplot mengeluarkan Sabah dari Malaysia dan kononnya saya bercita-cita menjadi Presiden kepada negeri Sabah yang merdeka. Tuduhan-tuduhan ini dibuat dengan tujuan untuk mendapatkan sorakan yang kuat dari wakil-wakil USNO dan para pemerhati. Apakah yang terjadi dengan hak-hak saya sebagai warganegara Malaysia? Siapa yang memberikan hak-hak kepada Perdana Menteri untuk menganiaya seseorang rakyat Malaysia di hadapan orang ramai dan TV serta melalui media massa ke seluruh dunia? Adakah Perdana Menteri kita berdiri di atas undang-undang? Adakah undang-undang Malayisa hanya untuk keluarga Kitingan sahaja? Pemimpin-pemimpin PBS dan para pegawai negeri dan kepada sesiapa sahaja yang tidak menurut perintah Barisan Nasional?

Bagi saya, kelelakuan seperti ini adalah yang paling keji dan tidak mempunyai tempat di Negara ini yang kononnya Negara yang berprinsipkan demokrasi. Saya telahpun berbincang dengan peguam saya, apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Perdana Menteri dan yang lain-lain yang telah menghina dan menuduh saya.

Sekiranya, saya terlibat dengan semua yang dikatakan tersebut, Perdana Menteri sepatutnya menggunakan kuasa-kuasanya untuk menahan saya dan membawa saya ke muka pengadilan di mahkamah. Kenapa dia membuat banyak kenyataan-kenyataan yang dramatic semasa berpolitik? Sekiranya ia adalah berkaitan dengan keselamatan Negara, maka ia seharusnya diselesaikan menurut apa yang sepatutnya.

Kenapa dibangkitkan hanya sewaktu kongres USNO berlangsung? Dan ia masih mengatakan bahawa semua tindakan ini tidak ada kena mengena dengan campur tangan politik. Ini adalah hipokrit. Kenapa Jeffrey Kitingan dihukum oleh Mahathir setiap kali adanya perhimpunan USNO? Bagi saya, ianya adalah satu penganiayaan politik yang teruk dan kejam sekali.

Kita di Malaysia tidaklah buta. Mereka dapat melihat sekarang bahawa kerajaan negeri PBS adalah di bawah kuasa pusat melalui politik (UMNO), ancaman secara fizikal (penambahan tentera), penahanan ISA, BPR dan tindakan-tindakan JHDN sehinggalah adanya orang-orang yang dapat menerima kehendak mereka tanpa mempertikaikan mereka.

Adakah ini yang kita telah runding semasa kita bersetuju membentuk Malaysia pada tahun 1963? Tidak. Semestinya tidak. Kita tidak setuju untuk diperkecilkan seperti ini dan tidak bersetuju untuk dijajah oleh KL atau sesiapa pun.

Saya menyeru kepada kerajaan negeri PBS yang bertanggungjawab untuk mempertahankan hak-hak rakyat Sabah secara serius, untuk mempersoalkan tentang kedudukan Sabah di Malaysia bersama-sama dengan kerajaan persekutuan melalui saluran perundangan yang sah.

Apa gunanya menjadi kerajaan negeri apabila Ketua Menterinya dan pemimpin-pemimpinnya diketepikan dan tidak dipelawa untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri yang dating ke tanah Sabah? Siapakah sebenarnya yang memperkenalkan sentiment anti-Malaysia dan terlibat dengan tindakan-tindakan anti-Malaysia? Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO lah yang terlibat.

Saya tidak akan tunduk kepada komplot ancaman persekutuan terhadap saya dan kepentingan negeri Sabah. Saya akan berdiri dengan apa yang saya telah katakan di dalam 20 Perkara, hak-hak negeri, keperluan keadilan dan kesaksamaan layanan oleh kuasa persekutuan kepada Sabah sepertimana yang terkandung di dalam kenyataan-kenyataan saya dahulu.

UNTUK SEMUA RAKYAT SABAH: JANGAN PUTUS ASA, JANGANLAH SEKALI-KALI PUTUS HARAPAN, KERANA TUHAN AKAN MENOLONG KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERJUANG UNTUK KEBEBASAN DAN KEADILAN.

Kepada kakitangan kerajaan, kepada kakitangan saya di YS, IDS dan ICSB – teruskan dan buatlah kerja anda semua dengan tenang, cekap dan dedikasi. Buatlah kerja kamu dengan sepenuh hati dan bertanggungjawab. Misi saya adalah untuk melihat supaya kita hidup di dalam keamanan dan bebas dari penindasan, tekanan dan ketidakadilan. Misi anda adalah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman kemiskinan dan kesakitan. Marilah bersama-sama membina satu negara yang progresif dari segi ekonomi, supaya kita semua boleh menjadi alat-alat TUHAN yang berkesan untuk melayani dan mencintai yang lain.

Kepada pelajar-pelajar, saya berseru kepada kamu untuk memberikan sepenuh perhatian kepada pelajaran kamu kerana kamulah pemimpin generasi akan dating. Gunakanlah masa dan fikiran kamu untuk memahami dan mencari kebenaran sejarah dan pembangunan kita. Janganlah bataskan diri kamu dengan apa yang diajar di sekolah atau di kolej, kerana mereka hanya memberikan satu pandangan sahaja kepada cerita tersebut. Teruskan dan carilah kebenaran. Fahami tentang apa dia kehidupan, dan apa dia kebebasan dan keadilan.

Baca 20 Perkara dan buku “Sabah Commemorative Book – Sabah 25 Years Later” dan lain-lain. Janganlah kamu mengambil keputusan selagi kamu belum tahu kebenarannya. Apabila kamu mengetahui kebenaran, kamu akan tahu apa yang hendak dibuat.

Kepada semua ibubapa, kamu adalah juru kemudi di lautan yang bergelora. Bimbinglah anak-anak kamu menuju kebenaran dan kedestinasi hidup yang betul. Beri tahu mereka apa yang berlaku kepada negara kita supaya mereka boleh mencorakkan satu masa depan yang cerah. Displin adalah perlu dipupuk tetapi selain daripada itu, kita juga perlu menanamkan sikap yang betul kepada anak-anak kita yang sentiasa belajar daripada ibubapa.

Kepada suami-suami, hormati dan jagalah isteri-isteri anda semua. Isteri adalah sebahagian daripada diri kamu. Dia adalah rakan dan pasangan. Dia mengetahui banyak perkara dan dia boleh membantu kamu untuk mengetahui perbezaan apa yang benar dan palsu – antara keputusan yang baik dan tidak baik. Jangan abaikan isteri kamu.

Kepada isteri-isteri, cintailah suami-suami kamu dan jagalah mereka dengan baik. Dia adalah pasangan kamu, rakan dan penasihat. Dia juga adalah penegur bilamana kamu membuat kesilapan. Tetapi suami-suami kamu juga memerlukan bimbingan kamu untuk mencari kebenaran dan memahami situasi kita di Sabah.

Kepada rakyat di Semenanjung Malaysia, kamu adalah saudara-saudara kami. Kami memerlukan kamu untuk memahami keadaan kami di Sabah. Kami tidak membenci kamu sepertimana yang diberitahu oleh pemimpin-pemimpin kamu. Pemimpin-pemimpin kamu hanya menanamkan bibit-bibit kebencian di antara kita semata-mata untuk kepentingan politik peribadi mereka. Kami ini adalah ditindas, diganggu, dan dilayan dengan tidak adil. Kami ini dijajah dan dikawal, sehinggakan kami kehilangan kebebasan demokrasi dan juga maruah.

Kami telah diberitahu bahawa kami telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 tetapi kami kini tidak lagi mengundi masa depan politik kami sendiri. Pemimpin-pemimpin dari Semenanjung Malaysia lah yang melakukannya. Tidak perlu bersimpati kepada perjuangan kami tetapi cubalah untuk memahami diri kami dan situasi yang kami hadapi. Hanya melalui ini, kamu dapat member sumbangan kepada kami. Dan hanya dngan begini sahajalah maka kamu akan mengetahui bagaimana pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur membohongi rakyat di Semananjung Malaysia.

Kepada peniaga-peniaga, pelabur-pelabur kamu yang sentiasa menggerakkan ekonomi, yang mana seterusnya membantu member nafkah kepada keluarga kami semua. Jangan hentikan pelaburan kamu. Bantulah supaya ekonomi berkembang, supaya tanah air ini menjadi makmur dan sesuai kepada perkembangan pelaburan-pelaburan. Bantulah supaya perjuangan rakyat Sabah Berjaya supaya kamu pun akan turut Berjaya.

Kepada pemimpin-pemimpin politik di Sabah, kamulah pemimpin-pemimpin jati. Pimpinlah rakyat menuju destinasi mereka. Berjuanglah untuk kebebasan dan keadilan mereka. Bebaskan tanahair ini dari ketidakadilan. Berpegang teguhlah kepada prinsip-prinsipmu. Jangan mudah tergoda untuk meninggalkan perjuangan mu semata-mata untuk beberapa ringgit sahaja. Jangan menganiayai rakyat kerana kepentingan peribadi, kekayaan dan kedudukan supaya tidak diganggu oleh musuh-musuh. Bezakanlah antara kepentingan-kepentingan peribadi dan kepentingan-kepentingan rakyat.

Kita semua akan mati pada suatu hari nanti dan semua tindakan kita akan tercacat dalam sejarah. Berapa banyakkah kekayaan dan pangkat yang kamu boleh bawa mati? Adakah anak-anak kamu nanti akan bangga dengan kamu? Tanyalah diri sendiri – “Apa misi saya? Apakah yang saya perjuangkan? Adakah untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan-kedudukan lain, ataupun adakah untuk membebaskan tanahair ini dari penindasan penjajah dan ketidakadilan supaya kita semua boleh hidup dengan aman dan dapat menentukan masa depan sendiri? Adakah saya berjuang untuk diri sendiri ataupun rakyat saya?”

Kamu dalah pemimpin. Jangan gadaikan tanahair dan rakyat kamu. Jika kamu keliru, cubalah bertenang, berfikir dan buat renungan. Tuhan akan membimbing kamu ke jalan yang benar. Jangan malu untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan. Mas belum terlewat. Ingatlah bahawa kita semua adalah manusia biasa sahaja.

Sebagai pemimpin, pengikut-pengikut mahukan panduan, maklumat dan nasihat. Mereka menaruh harapan kepada kamu, dan mereka menjangkakan kamu kuat. Apabila saja kamu tahu apa yang hendak dibuat, jangan menoleh ke belakang lagi. Kerana jika kamu begitu, kamu bukan lagi pemimpin. Jika Kuala Lumpur sudah mengawal kehidupan, dasar-dasar, sumber-sumber kita, kehidupan kita di Sabah bukan lagi seperti sediakala. Jadi, pesanan saya kepada kamu ialah BERSATUPADULAH , berganding bahu dan MEMIMPINLAH sebagaimana kamu diundi. Inilah tanahair mu dan politik adalah darah daging mu.

Kepada pemimpin-pemimpin lain di Kuala Lumpur, ada di antara kamu yang memahami kami. Kamu tahu bahawa beberapa rakan politik kamu bertindak keterlaluan, tidak adil dan bersikap kepenjajahan dalam tindakan dan semasa membuat keputusan-keputusan. Kenapa kamu hanya berdiam diri dan membiarkan ketidakadilan dilakukan? Kamu mempunyai fikiran yang waras, kenapa kamu tidak berusaha menyedarkan yang lain?

Apa yang dibuat oleh Mahathir, Ghafar Baba, Mohammad Rahmat, Najib Razak dan Megat Junid tidak lagi boleh diterima. Mereka mengancam, memenjara, menipu dan membohongi semua rakyat Malaysia. Adakah mereka sudah mabuk kuasa? Adakah mereka sudah gila? Kamu adalah berada pada kedudukan yang baik untuk mempengaruhi mereka untuk mengembalikan mereka kepada cara pemikiran yang betul. Bagi kami di Sabah, kami terpaksa bertindak dan membalas. Kami telah terpaksa. Kami berharap kamu semua akan faham.

Kepada pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan agensi-agensi penguatkuasa undang-undang, polis, askar, SPR dan sebagainya, kamu adalah penjaga rakyat. Saya menyeru supaya kamu melindungi rakyat yang tidak berdosa dan mereka yang memperjuangkan kebebasan. Jangan mematuhi arahan-arahan secara membabi buta.

Saya bukan satu ancaman kepada rakyat tetapi saya mungkin merupakan ancaman kepada Mahathir. Saya adalah suara rakyat. Dan saya juga adalah suara kamu. Jadikanlah diri kamu alat untuk mencapai keamanan dan menjadi pelindung rakyat, bukannya penindas. Pergi dan ambil tindakan ke atas penindas-penindas yang sebenar dan serahkan mereka kepada pengadilan rakyat.

Kepada kawan-kawan saya dan semua orang yang waras, kamu adalah harapan rakyat dan generasi kita. Ini bukanlah perjuangan saya seorang. Ini adalah perjuangan semua manusia yang berperikemanusiaan. Perjuangan untuk kebebasan daripada penindasan, ketidakstabilan dan penjajahan adalah perjuangan hak asasi. Adalah menjadi tugas saya untuk memikul beban ini kea rah destinasi bersama. Jika saya gagal, kamu mesti bersedia untuk meneruskan perjuangan ini. Apabila kita berjaya sampai ke destinasi kita, semua faedah adalah milik kamu.

"Saya bukanlah mahu mencari kedudukan tetapi hanya mahu melihat kamu bebas, aman, gembira dan maju. Masa telah sampai bagi rakyat untuk menentukan sendiri masa depan tanahair ini, supaya hasil kesemua sumbangan, kerja, persaingan dan kerjasama dinikmati bersama, tanpa mengira tempat asal dan kepercayaan masing-masing. Inilah destinasi kita. Marilah kita bergerak bersama kearah itu."

SAYA yang sudah tua pada umur menjangkau 74 tahun ini semakin merasa sangat rimas dengan tingkah-laku pemimpin-pemimpin Persekutuan Malaysia yang melayan amat buruk sekali rakyat Sabah.

Terlalu banyak perbuatan buruk mereka terhadap kita sehingga kertas pun mungkin tidak cukup untuk menyenaraikan kejahatan mereka.

Apa tidak jahat lihatlah hasil Sabah telah dihisap habis oleh Malaya sampai kita yang kaya ini telah menjadi yang termiskin di antara 13 negeri dalam Malaysia, walhal Sabah adalah sebuah negara asalnya.

Laporan RCI yang dikeluarkan kepada umum di Kota Kinabalu semalam adalah salah satu bukti kerajaan Persekutuan memperbodohkan Sabah.

Semua kita tahu kebanjiran pendatang haram dari Indonesia dan Selatan Filipina di Sabah adalah angkara jahanam Persekutuan.

Pihak keselamatan seperti askar, polis dan imigresen gagal sama sekali menampan kemasukan pendatang haram. Bukan setakat gagal beberapa kali, tetapi gagal setiap saat selama berpuluh tahun!

Bukankah ini telah memperbodohkan rakyat Sabah?

Apabila pendatang ini yang majoritinya orang Islam sudah berada di bumi Sabah, maka sekali lagi pihak-pihak berwajib yang sepatutnya menjaga keselamatan Orang Asal, gagal pula menangkap para pendatang ini.

Mereka bebas berkeliaran di sana sini, berniaga malah mengancam keselamatan penduduk tempatan dan pengunjung ke Sabah.

Jabatan Imigresen tidak dapat berbuat apa-apa, manakala Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia pula sibuk mendaftarkan penadatang sebagai warganegara sehinggalah hari ini.

Didaftarkan lagi sebagai pengundi. Kalau dulu mereka ini dibiarkan mendirikan rumah-rumah setinggan di pesisir pantai, pulau-pulau dan tepi bandar, sekarang sudah ada kalangan mereka ini membeli rumah pangsa murah yang dibina kerajaan pusat di Sabah.

Mereka ini sudah beranak-pinak, beratus ribu mereka di sini, penduduk tempatan Kadazandusun, Murut, Rungus, Bajau, Sungai, Cina dan lain-lain pula hanya berdiam diri malah ada yang mengambil kesempatan menyewakan rumah mereka kepada pendatang, syukur saja dapat duit sewa.

Inilah kerja kerajaan persekutuan Malaysia, menambahkan penduduk Islam di Sabah tak kiralah kalau Sabah ini dan Malaysia ini akhirnya di"Indonesiakan".

Maka tidak hairanlah menteri-menteri persekutuan pun dari Indonesia dan begitulah para pegawai kerajaannya.

Orang tempatan seperti saya sebut tadi pula terus dipinggirkan. Anak-anak mereka sukar mendapat pekerjaan, akibatnya banyak keluarga Orang Asal merosot pendapatannya dan tidak stabil kehidupan mereka. Senanglah lagi diperbodohkan.

Inilah yang saya katakan kerajaan pusat memperbodohkan rakyat asal Sabah, Anak Negeri Sabah. Hanya Tuhanlah yang tahu membalas kejahatan dan kezaliman mereka yang semakin bertimbun dan semakin meningkat sekarang.

Dalam pandangan saya sebagai seorang yang berumur 74 tahun, mereka ini telah merosakkan negara Malaysia. Mereka telah menghancurkan Malaysia yang sebenarnya. Tiada keadilan di sini.

Mereka pasti menerima balasan dari Tuhan tak lama lagi. Bau kejahatan mereka sudah sampai ke syurga, menunggu masa bala menimpa mereka yang lebih berperangai seperti Setan "walaupun salah, mereka tak mengaku kesalahan, terus menafikan, malahan seakan-akan mereka ini langsung tidak takut lagi kepada Tuhan yang Maha Kuasa". Nanti mereka menerima tulah mereka. 


Bendera dan jata Negara Sabah dan Negara Sarawak diletak bersilang untuk menunjukkan bahawa kedua-dua negara Borneo ini sentiasa saling memerlukan antara satu sama lain. 

Dua ekor Singa melambangkan Negara Sabah (Singa merupakan lambang Negara Sabah daripada dahulu lagi) dan singa berada didalam bulatan kedaulatan kedua-dua buah negara adalah untuk melambangkan kekuatannya untuk menghakis ancaman daripada "Dalaman"

*Rakyat negara Sabah memahami erti "Ancaman Dalaman" kerana inilah situasi yang sedang dihadapi oleh mereka kini.*

Burung Kenyalang pula melambangkan "Kekuatannya" untuk melindungi ancaman kuasa dari "Luar" seperti media massa, politik, imigresen, propaganda jahat kerana negara Sarawak masih kuat dari segi aspek tersebut.

Dua jata di "bawah" bendera negara-negara Borneo ini melambangkan bahawa "Kedaulatan negara" masing-masing tidak akan terancam meskipun kedua-dua bangsa berjuang diatas panji yang berbeza kerana ia berjuang adalah demi untuk menuntut kemerdekaan bersama-sama yang nilainya sangat tinggi tidak terkata. 

Moto negara Sabah "Pergo Et Perago" (I undertake and I achieve) berada di "tanah" (bawah) jata menunjukkan bahawa jika berjuang demi nusa, nescaya kejayaan pasti mendatang.

Moto negara Sarawak "Dum Spiro Spero" (While I breathe, I hope) berada di "langit" (atas) jata merupakan nafas pengharapan perjuangan kemerdekaan yang mutlak.

Akhir sekali, Moto SSU-UK merupakan satu Moto yang telah diilhamkan oleh seseorang daripada luar negara. Ini kerana beliau memahami perjuangan SSU-UK sepenuhnya. Terciptalah Moto ini yang membawa maksud "Dalam Kedaulatan Kami Bernafas, Dalam Perpaduan Kami Percaya".

"In Sovereignty We Breathe, In Unity We Believe"

Jikalau anda semua mahu tahu tentang bagaimana kerajaan persekutuan tanah melayu yang telah menyamar menjadi kerajaan malaysia mengugut dan mengancam pemimpin-pemimpin Nasionalis Kebangsaan di Negara Sabah dan Negara Sarawak dahulu ialah dengan cara yang mereka lakukan kepada pihak SSKM-SSU(UK) sekarang ini.

Liputan media siang dan malam daripada pemimpin-pemimpin malaya yang disokong oleh barua malaya di negara Sabah dan negara Sarawak untuk menghasut rakyat membenci golongan-golongan yang bercakap benar dan yang berjuang untuk menuntut hak.

Apa yang berlaku dahulu kini sedang berulang lagi pada zaman ini. Tetapi pihak kami akan memastikan teknik tersebut akan terkubur selamanya. Selagi Negara Sabah dan Negara Sarawak berada dalam persekutuan ini, selagi itulah mereka tidak akan berdiam untuk mengancam dan mengugut bangsa Borneo untuk tunduk kepada mereka... Inilah yang sebenarnya berlaku dahulu dan sekarang.

Bezanya sekarang ialah sistem komunikasi kini sudah maju dan segala informasi tidak lagi bergantung kepada satu sumber. Kita mampu membuat pembacaan lebih, membuat perbandingan serta kajian sendiri untuk menilai sejauh manakah kebenaran yang disampaikan oleh pihak SSKM ini dan sejauh manakah kebenaran tentang dakwaan pemimpin-pemimpin malaya dan barua malaya terhadap perjuangan SSKM ini. Maklumat sudah tersebar dan tinggal anda sahaja yang perlu memutuskannya. Mahu terhasut untuk membenci perjuangan ini atau mahu bersama-sama dalam perjuangan menuntut hak kita sebagai Bangsa yang Merdeka dan Berdaulat.

Anda akan mampu melihatnya... Perjuangan ini akan melahirkan Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak yang Berani dan Jujur dalam Perjuangan menuntut dan melindungi hak Bangsa Borneo.

Jangan sesekali memandang tinggi kepada kepimpinan malaya sebab mereka hanyalah golongan yang bergantung kepada sumber kekayaan Negara Sabah dan Negara Sarawak. 

Bukan kita yang perlu takut kepada mereka sebaliknya mereka yang perlu takut kepada kita...

Jikalau mereka masih mendakwa bahawa pihak SSKM-SSU(UK) ini terdiri daripada golongan minoriti, maka adalah menjadi satu cabaran untuk pihak kami menjadikannya kumpulan yang majoriti.

Demi Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak, perjuangan ini MESTI BERJAYA!

Sebarkan...

Introduction

The Cobbold Commission, was a Commission of Enquiry set up to determine whether the people of North Borneo (now Sabah) and Sarawak supported the proposal to create the Malaysia consisting of Malaya, Brunei, Singapore, North Borneo, and Sarawak. It was also responsible for the subsequent drafting of the Constitution of Malaysia prior to the formation of Malaysia on 16 September 1963. The Commission was headed by former Bank of England governor, Lord Cobbold.

Members

Members of the Commission were:
  1. Lord Cobbold, former Governor of the Bank of England, chairman of the Commission
  2. Wong Pow Nee, Chief Minister of Penang,
  3. Ghazali Shafie, Permanent Secretary to the Ministry of Foreign Affairs
  4. Anthony Abell, former Governor of Sarawak
  5. David Watherston, former Chief Secretary of Malaya.

Report

The Commission released its findings, report and recommendations on 1 August 1962. It concluded that the formation of Malaysia should be implemented. However, Lord Cobbold also stressed that all parties enter the federation as equal partners. The findings were summarised by Lord Cobbold as follows:

"About one-third of the population of each territory strongly favours early realisation of Malaysia without too much concern about terms and conditions. Another third, many of them favourable to the Malaysia project, ask, with varying degrees of emphasis, for conditions and safeguards varying in nature and extent: the warmth of support among this category would be markedly influenced by a firm expression of opinion by Governments that the detailed arrangements eventually agreed upon are in the best interests of the territories. The remaining third is divided between those who insist on independence before Malaysia is considered and those who would strongly prefer to see British rule continue for some years to come. If the conditions and reservations which they have put forward could be substantially met, the second category referred to above would generally support the proposals. Moreover once a firm decision was taken quite a number of the third category would be likely to abandon their opposition and decide to make the best of a doubtful job. There will remain a hard core, vocal and politically active, which will oppose Malaysia on any terms unless it is preceded by independence and self-government: this hard core might amount to near 20 per cent of the population of Sarawak and somewhat less in North Borneo."
Lord Cobbold, Cobbold Commission

Table of Content

COMPOSITION OF THE COMMISSION
TERM OF REFERENCE
INTRODUCTION
  1. 1. ENQUIRY IN SARAWAK
  2. ENQUIRY IN NORTH BORNEO
  3. ASSESSMENT OF EVIDENCE
  4. RECOMMENDATIONS
    A-Recommendations on certain general matters
    B-Recommendations by Sir Anthony Abell and Sir David Watherston
    C-Recommendations by Dato Wong Pow Nee and Enche Mohammed Ghazali bin Shafie
    D-Summary of Recommendations in Sections B and C, and Comments, by the Chairman
  5. OTHER MATTERS
  6. THANKS AND ACKNOWLEDGEMENTS
Appendices
   A. Itinerary
   B. Census Abstract
   C. Cardinal Principles of the rule of the English Rajah
   D. Legal Meaning of the Term "Native"
   E. North Borneo and Sarawak Governments Papers on Malaysia
   F. "Memorandum on Malaysia" Submitted by the Malaysia Solidarity Consultative Committee
   Map of the Borneo Territories


Download Document:

***Addtional information: The total 1/3 agree, 1/3 agree with term and condition and 1/3 against the Federation of Malaysia was based on the 4000 people out of more than 1.3 Million people of Borneo from States of North Borneo and Sarawak. This judgment did not represent the real intention of the Borneo people because history has recorded that majority of the Bornean people were against this formation.***

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.