Bendera dan jata Negara Sabah dan Negara Sarawak diletak bersilang untuk menunjukkan bahawa kedua-dua negara Borneo ini sentiasa saling memerlukan antara satu sama lain.
Dua ekor Singa melambangkan Negara Sabah (Singa merupakan lambang Negara Sabah daripada dahulu lagi) dan singa berada didalam bulatan kedaulatan kedua-dua buah negara adalah untuk melambangkan kekuatannya untuk menghakis ancaman daripada "Dalaman" .
*Rakyat negara Sabah memahami erti "Ancaman Dalaman" kerana inilah situasi yang sedang dihadapi oleh mereka kini.*
Burung Kenyalang pula melambangkan "Kekuatannya" untuk melindungi ancaman kuasa dari "Luar" seperti media massa, politik, imigresen, propaganda jahat kerana negara Sarawak masih kuat dari segi aspek tersebut.
Dua jata di "bawah" bendera negara-negara Borneo ini melambangkan bahawa "Kedaulatan negara" masing-masing tidak akan terancam meskipun kedua-dua bangsa berjuang diatas panji yang berbeza kerana ia berjuang adalah demi untuk menuntut kemerdekaan bersama-sama yang nilainya sangat tinggi tidak terkata.
Moto negara Sabah "Pergo Et Perago" (I undertake and I achieve) berada di "tanah" (bawah) jata menunjukkan bahawa jika berjuang demi nusa, nescaya kejayaan pasti mendatang.
Moto negara Sarawak "Dum Spiro Spero" (While I breathe, I hope) berada di "langit" (atas) jata merupakan nafas pengharapan perjuangan kemerdekaan yang mutlak.
Akhir sekali, Moto SSU-UK merupakan satu Moto yang telah diilhamkan oleh seseorang daripada luar negara. Ini kerana beliau memahami perjuangan SSU-UK sepenuhnya. Terciptalah Moto ini yang membawa maksud "Dalam Kedaulatan Kami Bernafas, Dalam Perpaduan Kami Percaya".
"In Sovereignty We Breathe, In Unity We Believe"
Post a Comment