Perbezaan 31 Ogos 1957, 16 September 1963 and 4 Julai 1776
Jika USA Federation disamakan dengan Malaysia, adalah sesuatu yang tidak relevan dan bercanggah sama sekali dengan garis masa sejarah atau HISTORY TIMELINE kerana:
- USA wujud terlebih dahulu dan negeri yang lain “memohon untuk menjadi ahli” USA dan pasti tarikh 4 Julai haruslah dipersetujui sebagai tarikh kumulatif kemerdekaan USA itu sendiri.
- Malaysia tidak wujud sebelum 16 September tetapi hanya MALAYA, dan Sabah, Sarawak dan Singapura TIDAK MEMOHON untuk menyertai “PERSEKUTUAN MALAYA” tetapi sebaliknya Malaya yang memohon kepada Sabah, Sarawak dan Singapura untuk bersama-sama berganding bahu dan usaha MEMBENTUK MALAYSIA.
- Jika kita menganggap 16 September sebagai Hari Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, dan kita kena akur bahawa 31 Ogos adalah tarikh KUMULATIF kemerdekaan Malaysia, maka Malaysia itu adalah MALAYA. Jadi, ia telah bertentangan dengan SARANAN COBBOLD bahawa Malaysia BUKAN UNITARI kerana USA bersistemkan FEDERATIONAL UNITARY. Dan secara automatik ia bercanggah dengan PERJANJIAN MALAYSIA bahawa NAMA PERSEKUTUAN ADALAH “MALAYSIA” dan BUKAN “MELAYU RAYA”.
Post a Comment