Mungkin ada yang takut untuk membuka mulut dan untuk sebab itu, biar pihak kami yang berbicara. Sila lihat gambar ini. Keempat-empat mereka merupakan sahabat baik dan dikatakan sebagai abang dan adik. Mereka juga pejuang Kebangsaan Negara Sabah. malaya tidak mampu mengganggu bangsa Negara Sabah secara langsung. Apatah lagi minyak dan gas. Walaupun mereka digunakan untuk menumbangkan Tun Mustapha kerana keengganannya untuk menyerahkan minyak, apabila mereka memegang kerajaan, mereka juga sedar sebab-sebab apa Tun Mustapha tidak mahu menyerahkan minyak tersebut.
Komplot untuk menghapuskan Pejuang-pejuang ini telah dilakukan atas kesepakatan malaya dan barua (pengkhianat) bangsa negara Sabah iaitu harris salleh.
Selepas misi konspirasi pembunuhan berjaya dilakukan dengan cara "semula jadi (konon)" tetapi yang sebenarnya, bom telah dipasang dan meletup diudara sebelum mendarat (BUKAN terhempas), harris salleh telah menjadi Ketua Menteri, dia telah menyerahkan hak minyak & gas 2 minggu selepas kejadian tersebut tanpa membawa hal ini kepada perbincangan kabinet menteri Sabah. Selepas itu, dia juga telah bersetuju menurunkan status "Negara" kepada "negeri". Dia juga dalang perlaksanaan Dasar Kabotaj yang menyebabkan peningkatan harga kos hidup di Negara Sabah sehingga membantutkan pertumbuhan ekonomi yang jelas hanya menguntungkan pelabuhan malaya. Dan orang ini juga dalang disebalik projek IC.
"Harris later admitted that he found himself being pushed around by the federal government and he was too young to stand up against the its demands. However, if Tun Fuad was still alive, he may be able to stand up against it because he was more senior and had the respect of the federal government."
"Harris later admitted that he found himself being pushed around by the federal government and he was too young to stand up against the its demands. However, if Tun Fuad was still alive, he may be able to stand up against it because he was more senior and had the respect of the federal government."
Mengapa orang ini masih hidup sehingga sekarang? Sebab ada sesuatu yang bakal disaksikannya nanti iaitu penghukuman terhadapnya. Keadilan akan dilakukan terhadap mangsa tragedi Double Six.
Sebarkan info ini.
Post a Comment