Salam sejahtera dan Salam Hormat kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones yang mewakili Kumpulan Sosial didalam Facebook dengan nama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini sudah bergerak melalui satu Badan NGO yang berdaftar dibawah bidang kuasa perundangan Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) dengan nama Sabah Sarawak Union (SSU-UK) ingin membuat satu kenyataan rasmi berhubung dengan satu artikel yang mempersoalkan "status Sabah sebagai sebuah negara adalah mitos" oleh seorang anak kelahiran Sabah berstatus pendidikan "PhD".
Pihak kami terpanggil untuk memberikan jawapan balas terhadap artikel yang telah diterbitkan olehnya yang kini bekerja di Malaysian Historian & Entrepreneur dengan kelulusan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dalam artikelnya ini, ia telah mempersoalkan tentang status Sabah sebagai sebuah negara dan melalui pendapatnya setelah membuat pembacaan yang tidak terhingga (sepertimana yang diakuinya), ia telah menyimpulkan secara peribadi yang menurutnya bahawa Sabah sebagai sebuah negara itu hanyalah satu cerita "mitos" (Opinion on SSKM and Sabah Country Myth).
Terlebih dahulu, ribuan terima kasih pihak kami ucapkan atas kesudiannya yang telah melapangkan masa untuk menyangkal fakta sejarah yang telah pihak kami dedahkan kepada umum sebelum ini. Kami juga bersedia untuk terus berhadapan dengan orang-orang sepertinya dimasa akan datang yang begitu bersemangat untuk meruntuhkan semangat dan moral perjuangan bangsa negara Sabah dan bangsa negara Sarawak.
Sebelum saya memulakan hujah saya, satu persoalan yang ingin saya ajukan kepadanya iaitu "adakah England, Scotland, Wales dan Northern Ireland itu berstatus negara-negara didalam satu Persekutuan Negara yang dipanggil The Great Britain and Northern Ireland (UK)?"
Setelah membuat penelitian terhadap artikel yang diterbitkan olehnya, saya mendapati bahawa hujahnya amatlah cetek dan sungguh memalukan bagi sebuah artikel seperti ini yang telah dikeluarkan oleh seseorang yang berkelulusan PhD dan yang sewaktu dengannya.
Dalam artikel ini, dia bukan sahaja gagal untuk memberikan definisi negara kerana mungkin "tidak berkesempatan" kerana ketiadaan masa malah gagal sepenuhnya untuk memahami konteks kefahaman "negara" itu sendiri. Maka biarkan saya memberikan pengertian negara yang sangat asas terlebih dahulu kepadanya berdasarkan kepada definisi didalam kamus Oxford yang menjadi rujukan antarabangsa bagi mengelakkan kekeliruan kefahaman seperti mana yang sedang dialaminya kini.
Menurut kamus Oxford, "Negara (Country)" bermaksud satu kawasan tanah yang mempunyai atau pernah memiliki kerajaan sendiri dan undang-undang. (Penterjemahan asal: "an area of land that has or used to have its own government and laws").
Melalui definisi ini, adakah Sabah tidak mempunyai kawasan tanah yang mempunyai atau pernah memiliki kerajaan sendiri dan undang-undang?
Dalam bahasa yang paling mudah, negara dapat didefinisikan sebagai sesebuah wilayah yang mempunyai bangsa, budaya dan memiliki sebuah kerajaan yang sah yang dipilih melalui pilihanraya serta memiliki kuasa perundangan dan kedaulatan (kuasa perundangan dan kedaulatan akan diberikan penjelasan nanti). Sesebuah kawasan dikatakan "sebuah negara" apabila kawasan tersebut memiliki bangsa/rakyat, wilayah dan pemerintah. Selain itu juga, ia mendapat pengiktirafan daripada negara luar.
Saya ingin membawa anda kepada satu sumber rujukan yang berjudul "British Borneo: Sketches of Brunai, Sarawak, Labuan and North Borneo" yang telah ditulis oleh W.H.Treacher, C.M.G., M.A. Oxon., yang juga merupakan Governor Pertama British North Borneo.
Dalam buku ini, beliau menjelaskan tentang status North Borneo dibawah British North Borneo Company seperti berikut:
Queen Victoria granted a Charter of Incorporation to the British North Borneo Company, which by confirming the grants and concessions acquired from the Sultans of Brunei and Sulu, constitutes the Company the sovereign ruler over a territory of 31,000 square miles, and, as the permission to trade, included in the Charter, has not been taken advantage of, the British North Borneo Company now does actually exist "as a Territorial Power" and not "as a Trading Company.
Sabah atau dahulunya dikenali sebagai British North Borneo Company telah wujud sebagai satu wilayah ataupun dalam ertikata lain sebagai negara yang berdaulat dibawah Piagam Syarikat British Borneo Utara, yang melaksanakan kuasa kedaulatan dan perundangannya secara bebas. Ini termasuk juga kuasa untuk berdagang dengan negara-negara luar melalui hubungan diplomasi setelah diberikan kuasa oleh Ratu Victoria pada tahun 1881.
Sabah yang dahulunya merupakan sebahagian wilayah Kerajaan Brunei telah diserahkan kepada Syarikat British Borneo Utara secara sah.
Sabah sebagai sebuah negara juga dapat disokong melalui satu jurnal yang bertajuk "Sabah (Malaysia) - Australia Relations: An Historical Observation" yang ditulis oleh Rizal Zamani Idris, Bilcher Bala dan Azizan H.Morshidi mengatakan didalam artikel ini seperti berikut;
These two political entities share a lot in common due to their historical past. They have both known one another since the 18th century. Notably, both countries had a British colonial background that has been founded by private explorers from England. Nonetheless, they experienced different fates from the start of the 20th century. "
Status Sabah sebagai sebuah negara boleh difahami melalui kajian sejarah diantara dua buah negara ini kerana kedua-dua negara ini mempunyai hubungan sejarah yang hampir sama.
Meskipun Sabah ataupun dahulunya dikenali sebagai North Borneo berada dibawah penjajahan British, ia tetap berstatus sebagai satu negara kerana memiliki perlembagaannya tersendiri (British North Borneo Constitution). Sabah memiliki polis dan ketenteraan yang menjaga keamanan negara. Selain itu juga, Sabah memiliki Matawang dengan nama British North Borneo Company Dollar.
Didalam sebuah buku yang bertajuk "The Prehistory of Borneo" yang telah ditulis oleh Tom Harrisson, beliau mengakui North Borneo (Sabah) adalah negara. Ia dapat dilihat dengan jelas melalui kenyataannya tentang perkongsian keadaan geografikal negara-negara ini. Ia adalah seperti berikut;
Most of Borneo is still inaccessible by modern means of communication. The island includes some of the wildest and most difficult country in Southeast Asia.
Selain itu juga, sebuah buku yang bertajuk "Stories from Sabah History" yang ditulis oleh F.G. Whelan berulang-ulang kali mengatakan Sabah adalah sebuah negara didalam penulisannya. Ia adalah seperti berikut;
All this meant that the Government of the country was in the hands of the Japanese and if they wanted anything from the local people they could take it.
Chester had been a rubber planter on the west coast of Sabah and knew the country well.
There is a memorial garden now built on this spot and every year on the anniversary of the executions there is a religious service to honour the memory of these men who died for their country.
Albert Kwok was a hero who fought bravely for his country and gave his life so that others could live in liberty and peace
Tambahan kepada sumber ini, saya ingin mengukuhkan lagi hujah melalui kenyataan Governor North Borneo yang terakhir yang dipetik didalam buku yang berjudul "Malaysia", dihasilkan oleh Professor AJ Stockwell untuk dijadikan rujukan didalam Institute of Commonwealth Studies di University of London. Ia adalah seperti berikut;
Although Goode reported at the end of 1960 that there were no political parties and the country's claim 'to have no politics' was still broadly true, he noted that this was unlikely to last much longer in the light of outside influences and growing pressure for closer association with neighbouring countries.
In Tory's opinion, this tension plus the country's poverty could only delay progress towards self-government.
After the commissioners departed, Goode elaborated his ideas: he accepted Malaysia - even advocating that it should be inaugurated while the iron was hot -but he insisted that, before sovereignty was transferred to Kuala Lumpur, there should be a prolonged transitional period during which expatriate officials would administer the country.
I suggested that we must now begin to think of the political structures that go to the building of a nation and in that phrase I included the relations of the several communities within North Borneo, each with the others, the association and identification of all the people of the country with its government, and the relations of this country and government with others external to it - particularly with its near neighbours, Brunei and Sarawak.
It is a subject on which I have pondered for years and there remains no question in my mind that it is to the long term advantage of the peoples of all three countries that they should join together to become as nearly as possible one country as their many differences may permit"
I shall go, regretfully, perhaps long before this dramatic adventure is embarked on; it is you who will live in the federated country if it is brought about and it is your opinion that, at any rate as far as North Borneo is concerned, must be decisive.
I have many times expressed the hope that North Borneo, which I am quite sure will ultimately emerge as a strong country, would evolve in accordance with its own genius
Ini adalah antara kenyataan-kenyataan yang tercatat didalam rekod kajian yang menyatakan dengan jelas bahawa Sabah ataupun dahulu dikenali sebagai North Borneo merupakan sebuah negara. Terdapat banyak lagi kenyataan-kenyataan yang sama namun cukuplah untuk setakat ini untuk dikongsikan daripada buku tersebut.
Saya tertanya-tanya sama ada benarkah anda telah melakukan kajian dengan terperinci atau sekadar kajian bawah pokok yang tidak mempunyai kualiti seperti mana artikel anda dihasilkan ini?
Untuk memanjangkan lagi hujah ini, mari kita bersama-sama memahami perkara ini melalui sudut yang berbeza.
Terdapat permasalahan yang timbul kerana tidak semua orang yang bersetuju dengan definisi "negara" atas faktor politik. Ini kerana sesetengah negara selesa untuk mengiktiraf sesebuah wilayah itu sebagai sebuah negara dan ada juga negara lain yang tidak mahu mengiktirafnya.
Sebagai contoh, Taiwan mendakwa bahawa wilayah mereka adalah sebuah negara tetapi China pula mengatakan bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada China. Kesannya adalah disebabkan Amerika tidak mahu mengecewakan China, Amerika tidak mengiktiraf Taiwan sebagai sebuah negara. Untuk contoh yang lain pula, selepas Perang Dunia Kedua, Kesatuan Soviet (Soviet Union) telah memasukkan negara Estonia, Latvia dan Lithuania kedalam Kesatuannya namun Amerika terus mengiktiraf ketiga-tiga wilayah ini sebagai "Negara Merdeka" yang telah dijajah disebabkan negara-negara ini tidak sehaluan dengan Kesatuan Soviet.
Contoh yang lain pula adalah seperti Bavaria (kini sebahagian daripada Jerman) dan Piedmont (kini sebahagian daripada Italia) tidak dirujuk sebagai "negara" dalam keadaan normal walaupun mereka pernah menjadi sebuah negara yang berdiri sendiri pada masa yang lalu.
Jadi, persoalannya ialah bagaimana kerajaan mendefinisikan "sebuah negara"?
Terdapat Tiga (3) terma rujukan yang boleh mendefinisikan bagaimana sesebuah negara itu wujud. Ia adalah melalui;
- The Montevideo Convention
- Constitutive Theory of statehood
- Declarative theory of statehood
Konvensyen ini telah menggariskan definisi, hak dan tanggungjawab kenegaraan (statehood). Artikel 1 adalah artikel yang terkenal kerana telah menggariskan empat kriteria kenegaraan seperti dibawah Negara sebagai seorang individu mengikut undang-undang antarabangsa perlu memiliki kelayakan-kelayakan:
(a) Penduduk tetap;
(b) Wilayah tetap;
(c) Kerajaan; dan
(d) kapasiti untuk mewujudkan hubungan dengan negara luar.
Artikel 3 didalam konvensyen ini juga mengistiharkan bahawa kenegaraan adalah satu pengiktirafan bebas daripada negara luar. Makanya sesebuah negara itu boleh wujud meskipun negara lain tidak mengitirafnya.
2. The Declarative theory of statehood adalah berdasarkan kepada 4 kriteria yang dinyatakan dalam Konvensyen Montevideo.
3. The constitutive theory of statehood mendefinisikan negeri ataupun negara sebagai orang undang-undang antarabangsa (as a person of international law) jika dan hanya jika ia diiktiraf sebagai sebuah negara yang berdaulat oleh negara-negara lain. Ini bermaksud, selagi cukup negara-negara luar mengiktiraf anda sebagai sebuah negara, maka anda adalah sebuah negara meskipun anda tidak mempunyai kawalan terhadap wilayah atau penduduk tetap anda.
Jadi, melalui dua definisi ini, ia telah membenarkan sebilangan negara-negara itu wujud.
Pada hari ini, cara kebiasaan untuk mengiktiraf sesebuah negara itu adalah dengan mengelak dua definisi ini dan mengatakan terus bahawa jika ia adalah anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation-UN), maka ia adalah sebuah negara. Jikalau tidak, maka ia bukan sebuah negara.
Namun dengan kenyataan seperti ini, bagaimana pula status Vatican City yang sememangnya adalah sebuah negara namun bukan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN)?
United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) merupakan ahli didalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tetapi negara-negara didalam UK seperti England, Scotland dan Northern Ireland bukan ahli UN, jadi dengan berdasarkan kepada undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), mereka bukan berstatus negara pula.
Dengan kenyataan ini, ia sudah tentu bercanggah dengan kenyataan Kerajaan UK yang mengatakan bahawa "United Kingdom dibentuk oleh empat buah negara iaitu England, Scotland, Wales dan Northern Ireland".
Hujah saya juga dapat disokong bahawa Sabah adalah sebuah negara melalui sumber dokumen daripada United Nation (UN) yang bertajuk Classification of Countries by major Area and Region of the World yang telah diterbitkan oleh Population Division, Department of Economic and Social Affairs.
Didalam klasifikasi negara-negara di Asia Tenggara UN, "Malaysia" dan "termasuk Sabah dan Sarawak" telah disenaraikan didalam klasifikasi ini dengan jelas sekali.
Setelah memberikan sokongan hujah dan contoh-contoh yang berkaitan, kini saya akan beralih kepada menjawab persoalan-persoalan yang anda timbulkan didalam artikel anda ini.
Kenyataan anda yang mengatakan bahawa anda tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyenaraikan kajian lebih adalah satu alasan yang tidak seharusnya diberikan oleh seseorang yang berstatus PhD seperti anda.
Apabila pihak kami memberikan perkongsian dan membuat pendedahan sejarah, ini tidak bermaksud bahawa kami lebih hebat daripada ahli-ahli sejarawan dunia seperti K.G. Tregonning. Ini kerana apa yang pihak kami lakukan adalah berkongsikan dengan fakta-fakta yang sahih bagi mematahkan fakta sejarah songsang dan palsu yang telah diajar oleh kerajaan malaya.
Sumber rujukan kami adalah rahsia yang hanya akan digunakan bagi mematahkan serangan kerajaan malaya. Walau bagaimanapun, pihak kami sebenarnya sudah mendedahkan secara tidak langsung tentang sumber-sumber rujukan kami kepada umum.
Melalui sumber pada masa lalu yang terhad, pihak kami pada mulanya yakin bahawa North Borneo ataupun Sabah mencapai Kemerdekaan pada 31 August 1963. Namun setelah sumber demi sumber terbaru ditemui, pihak kami menyedari bahawa pada 31 August 1963 adalah sebenarnya merupakan tarikh Hari Negara Sabah Berkerajaan Sendiri yang telah diberikan oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, perjuangan dan jiwa untuk menuntut Merdeka itu tidak pernah terkubur kerana British telah menjanjikan Kemerdekaan kepada Negara Sabah dan ia masih lagi dipegang oleh rakyat negara Sabah dan negara Sarawak.
Pihak kami tidak menafikan bahawa Negara Sarawak juga bersama-sama dengan Negara Sabah mencapai status Berkerajaan Sendiri pada 31 August 1963 walau bagaimanapun, Kerajaan Negara Sarawak telah menjalankan peranan dengan status sebagai sebuah Berkerajaan Sendiri pada 22 Julai 1963, sebulan lebih awal berbanding dengan Negara Sabah.
Persoalan-persoalan yang anda kemukakan ini semua sebenarnya sudah dijawab oleh pihak kami. Cuma satu persoalan yang timbul ialah adakah anda malas mencari dan malas membaca atau tidak melakukan kajian ini dengan bersungguh-sungguh?
"Sukan Olympic" dan status "Yang Dipertua Negara Sabah" merupakan satu indikator dan bukti yang menyokong kepada status Sabah sebagai sebuah negara. Adakah itu terlalu sukar untuk anda memahaminya? Ataupun anda mengalami kerosakan kepala yang kekal (Permanent head Damaged-PhD)?
Untuk pengetahuan anda juga, Persekutuan Malaysia (bukan Negara Malaysia) telah dibentuk pada 16 September 1963 yang dianggotai oleh Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya melalui satu Perjanjian Antarabangsa yang ditandatangani pada 9 Julai 1963.
Perjanjian Malaysia ini adalah hasil daripada Laporan Cobbold dan kemudian pemimpin-pemimpin Negara Sabah (North Borneo) telah mengeluarkan Memorandum 20 Perkara yang dihasilkan daripada Laporan Cobbold untuk diberikan perhatian khusus sebelum North Borneo bersetuju untuk membentuk Malaysia. Selepas itu, Laporan Intergovernmental Committee (IGC) dikeluarkan oleh Lord Landsowne tetapi menolak Perkara 7 (Hak tidak seharusnya berpisah) daripada dimasukkan kedalam Perjanjian kerana menurutnya, pembentukkan Persekutuan Malaysia ini dibentuk atas dasar sukarela, maka apabila anggota-anggota Persekutuan Malaysia ini merasakan bahawa Persekutuan ini tidak mendatangkan apa-apa manfaat, maka atas dasar sukarela juga mereka boleh menarik diri pada bila-bila masa.
Konsep Pembentukkan Malaysia ini adalah berdasarkan kepada konsep Rakan Kongsi Sama Taraf!
Pada tahun 1976, konsep Persekutuan Malaysia 1963 telah dibubarkan melalui pindaan perlembagaan Malaysia yang telah menyenaraikan Sabah dan Sarawak sebagai negeri ke-12 dan ke-13 ke dalam senarai "Persekutuan Tanah Melayu".
Harus diingat bahawa model pembentukkan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 adalah berdasarkan kepada konsep United Kingdom (UK) atau yang lebih tepat lagi sama seperti pembentukkan Australia (Federalisme) dan BUKANNYA seperti United States of America (Unitary).
Sekali lagi, ingin saya tekannya disini bahawa Malaysia BUKAN sebuah negara sebaliknya adalah sebuah "Persekutuan" yang lahir pada 16 September 1963 dan BUKAN pada 31 Ogos 1957. Maka, dengan itu, tidak ada sebab untuk "Malaysia" merayakan Hari Merdeka kerana "Malaysia" tidak pernah dijajah. Yang hanya perlu diraihkan adalah Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang memfokuskan kepada Hari Peringatan pada 31 Ogos 1957 manakala Negara Sabah memfokuskan kepada Hari Memperingati Status Berkerajaan Sendiri yang merujuk kepada tarikh 31 Ogos 1963 dan untuk Negara Sarawak pada 22 Julai 1963.
Yang hanya pernah dijajah adalah "anggota-anggota" didalam Persekutuan Tanah Melayu dan "anggota-anggota" Persekutuan Malaysia sahaja. Selepas terbentuknya Persekutuan Malaysia, tidak pernah ada negara luar yang menjajah Persekutuan Malaysia.
Menjawab persoalan anda tentang mengapa bendera British masih digunakan pada waktu dan selepas 31 Ogos 1963. Ini adalah antara sebab-sebabnya;
Pertama, Bendera Colony of North Borneo diturunkan dan digantkan dengan Bendera Sabah pada 31 Ogos 1963.
Kedua, Istana hanya dikosongkan pada 15 September 1963 dan Bendera British diturunkan semasa pemergian Governor William Goode. Ini disebabkan Sabah telah mendapat status "Full Self-Government" pada 31 Ogos 1963, Governor William diberikan mandat menjadi wakil Queen Elizabeth II sehingga Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963.
Ketiga, Kabinet Kerajaan Sabah Pertama ditubuhkan pada 31 Ogos 1963 setelah mendapat status "Full Self-Government" (Partial Independence) yang mana Kerajaan British pada waktu itu masih mempunyai kuasa untuk mengawal Urusan Luar Negara dan Pertahanan.
Keempat, Konfrontasi masih ada kaitan dengan British sebab pertahanan Persekutuan Malaysia yang melibatkan Negara Sabah dan Negara Sarawak masih lemah dan tidak cukup jumlah tentera untuk pertahanan. British telah berjanji untuk memberikan bantuan ketenteraan kerana itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk mempertahankan bekas tanah-tanah jajahan mereka.
Pendekkan cerita, untuk mengetahui tentang kebenaran status Sabah sebagai sebuah negara ataupun tidak, pertama, anda perlu memilih definisi manakah yang ingin anda gunakan sebagai rujukan dan putuskan pada sudut pandangan politik manakah yang ingin anda wakili. Dengan berbuat demikian, anda akan mampu memberikan jawapan yang munasabah dan seterusnya mempertimbangkan tentang "kebenaran" artikel anda itu.
Doris Jones
Post a Comment