LONDON: Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman, lagi sekali menolak anjoran pemungutan suara mengenai Malaysia dengan alasan soal itu tidak dikemukakan waktu gagasan itu mula2 diumumkan dahulu. 

"Malaysia bukan sesuatu perkara yang dipaksakan kaatas sasiapa juga. Raayat sendiri bebas memileh. Gagasan itu dihuraikan kepada mereka melalui Parlemen2 melalui pemimpn2 mereka dan melalui ketua2 puak."

"Ketika mengundang raayat wilayah2 Borneo datang ka Malaya, Mereka menyoal dan bertanya. Setahun lamanya mereka tidak putus2 datang"

"Akhirnya mereka puas hati dan memberitahu kita bahawa mereka ingin masok Persekutuan Malaysia".

"Saya sunggoh2 tidak mengerti mengapa sekarang baharu ada tuntutan supaya dilakukan pungutan suara sedangkan perkara itu tidak ditimbulkan ketika gagasan dibentangkan kapada Parlemen".

Tengku membuat uchapan demikian dalam satu majlis kera'jan yang diberikan kerananya oleh masharakat pelajar2 Malaya di-Britain malam semalam.

Tengku berucap dengan naskah uchapan yang sudah disediakan, tetapi kadang2 menyimpang dari naskah itu untuk berjenaka kepada pelajar2 itu, yang menyambutnya dengan gelak ketawa.

Kata Tengku: "Kita tidak harus selalu serious sangat. Kadang2 kita mesti masokkan asam garam supaya makanan menjadi lazat".

Sepanjang2 uchapannya, Tengku kelihatan gembira. Tetapi beliau juga berbichara dengan penoh serious.

Tengku serious bila mengumumkan bahawa wilayah2 yang masok Malaysia adalah bebas untok keluar dari persekutuan itu kiranya negara baharu itu tidak mendatangkan apa2 keuntongan kapada mereka.

Katanya: "Saya selalu berpendirian bahawa satiap orang bebas membuat keputusan sendiri".

PEMBANGUNAN

Tengku berkata melalui Malaysa, raayat akan diberikan keamanan, kekuatan dan kesejahteraan.

Adalah menjadi chita2 kerajaan pusat untok meninggikan taraf hidup raayat diwilayah2 yang memerlukan pembangunan wilayah2 itu dan menjadikan raayatnya maamor.



Nota: Didalam artikel surat khabar tersebut, dia telah menafikan segalanya. Kononnya tiada usaha untuk membuat pungutan suara suara tetapi yang realitinya PENENTANGAN SANGAT HEBAT DI NEGARA SARAWAK DAN NEGARA NORTH BORNEO (kini SABAH) tetapi mereka telah mendiamkan suara Nasionalisme ini. Perbuatan kepura-puraan dan penafian mereka tidak pernah berubah sehingga sekarang.
Labels:

Post a Comment

Author Name

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} YOUR_PROFILE_DESCRIPTION {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.