Seperti yang dapat dilihat didalam gambar ini, seekor singa tua yang sakit berusaha untuk menerkam kerbau yang besar, berisi untuk dijadikan santapannya namun, apabila melihat gambar seterusnya, ia jelas bahawa singa tua yang sakit ini tidak berkemampuan untuk merebahkan seekor kerbau yang gagah dan perkasa yang mempunyai semangat juang untuk hidup yang tinggi.
Singa tua yang sakit ini telah berhempas pulas untuk menjadikannya sebagai pembekal tenaga sehingga mengakibatkan nyawanya menjadi pertaruhan dan cedera parah akibat ditanduk dan dibelasah oleh kerbau ini.
Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila seekor kerbau memberi bantuan untuk menyelamatkan rakannya yang diserang oleh singa tua yang sakit ini telah mengakibatkan singa tersebut tersungkur jatuh kerana telah diranak tanpa henti.
Diakhir kepada insiden ini, singa tua tersebut telah mati dan kerbau yang hampir dijadikan makanan kepada singa tua yang sakit itu telah melelapkan matanya untuk selamanya.
Penceritaan diatas ini bolehlah diumpamakan kepada persekutuan malaysia yang sebelum ini memiliki empat buah negara yang merdeka dan berdaulat. Setelah Singapura menarik diri, malaya telah menjadikan Negara Sabah dan Negara Sarawak seperti kerbau untuk dimakan oleh singa.
Dahulu, kerajaan Negara Sabah dan kerajaan Negara Sarawak sentiasa menjadi mangsa penindasan kepada diskriminasi peruntukan persekutuan, pembangunan infrastruktur, ekonomi, pendidikan, kesihatan, keselamatan dan sebagainya namun kini keadaan sudah bertukar 360 darjah yang mana malaya kini sudah jelas kelihatan dan sedar bahawa selama ini pembangunan yang dikecapi di malaya adalah hasil daripada negara Sabah dan negara Sarawak.
Malaya kini juga serupa seperti seorang pengemis yang datang tanpa perasaan malu untuk menagih simpati berkali-kali untuk membantu mereka membentuk kerajaan (sama ada bn mahupun pr). Segala janji-janji manis terang bulan ditaburkan tanpa henti namun hakikatnya, perjanjian malaysia yang telah menjadi dasar kepada pembentukkan persekutuan malaysia ini pun mereka belum mampu melaksanakan sepenuhnya. Inikan pula janji baru.
Semua rakyat Borneo daripada negara Sabah dan negara Sarawak mampu melihat keadaan yang sebenar status malaya. Disebabkan oleh pentadbiran yang penuh dengan rasuah, didalangi oleh kroni-kroni yang mempunyai kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat telah membawa malaya yang juga dikenali sebagai malaysia menuju kepada satu era iaitu era kegawatan ekonomi disebabkan oleh hutang yang dihasilkan oleh gerombolan pemimpin-pemimpin politik malaya yang berbilion-bilion mengakibatkan segala pembangunan terjejas teruk. Kejatuhan nilai matawang yang serius bakal mengakibatkan kos taraf hidup melambung tinggi kerana untuk membeli sesuatu barangan keperluan, sejumlah wang yang banyak diperlukan untuk membayarnya.
Keadilan terhadap bangsa Borneo kini telah tiba dan penyelamatannya kian terasa kerana semua rakyat telah sedar akan senario semasa ini dan bibit-bibit kepimpinan anak-anak muda yang mempunyai semangat nasionalisme kini telah jelas kelihatan. Hanya masa sahaja yang menjadi perhitungan untuk golongan muda ini untuk mengambil alih pemerintahan negara yang akan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap kepentingan rakyat dan negara tanpa melebihkan kepentingan peribadi.
Penderitaan akan berakhir tidak lama lagi kerana penyelamatan bangsa borneo kini sedang didalam proses untuk mengambil-alih kerajaan dan penghapusan terhadap budaya malaya akan dilakukan agar budaya Borneo daripada negara Sabah dan negara Sarawak didaulatkan selamanya.
Post a Comment