Info ini adalah kebenaran yang cuba disembunyikan malah berusaha untuk dihapuskan namun sehingga kini usaha tersebut menemui jalan buntu. Ia seperti malam dan siang. Mampukah waktu malam bertahan selamanya? Begitu juga waktu siang...
Sila baca dan sebarkan...
Ketua menteri Sabah yang tidak akur kepada kehendak Kuala Lumpur digulingkan.
Sejak Sabah memperoleh kemerdekaan pada 31hb Ogos 1963, Kuala Lumpur telah memastikan supaya mana-mana Ketua Menteri Sabah tidak akan bertahan lama apabila mereka tidak akur kepada kehendak Kuala
#Donald Stephens (Tun Fuad) terpaksa meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah pertama kerana dihantar sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia, digantikan oleh Datuk Peter Lo dari SCA pada tahun 1965 dengan penglibatan pemimpin Kuala Lumpur (Syed Kechik sebagai penasihat kepada Tun Mustapha dikatakan telah memainkan peranan penting dalam hal ini). Ini kerana Donald Stephens sebagai Ketua Menteri Sabah pertama telah memperlihatkan kesungguhannya mempertahankan Konsep Asal Pembentukan Malaysia iaitu 'rakan sama rata'. Tun Fuad juga mahu merujuk semula kedudukan Sabah dalam Malaysia setelah Singapura disingkir dari Malaysia. Ini kerana, keputusan Sabah menyertai pembentukan Malaysia adalah disebabkan oleh Singapura dan baginya tidak ada sebab lagi bagi Sabah bersama dengan Malaysia tanpa kehadiran Singapura. Tindakan serupa juga dilakukan oleh Kuala Lumpur untuk menggulingkan Stephen Kalong Ningkan, Ketua Menteri Sarawak pertama.
#Apabila Kerajaan Berjaya ditumbangkan PBS dalam pilihanraya 1985, Datuk Joseph Pairin (Tan Sri) tidak mendapat sokongan sepenuhnya oleh Kuala Lumpur kerana perjuangan PBS pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan (Tan Sri) pada ketika itu dilihat mencabar kepimpinan Persekutuan dengan mengungkit hal berkaitan dengan 20-PERKARA dan Perjanjian Malaysia yang di perkenalkan oleh Datuk Dr Jeffrey dalam perjuangan PBS. Malangnya PBS telah tidak mendalami hal-hal berkaitan dengan 20-Perkara, Suruhanjaya Cobbold, IGC dan Perjanjian Malaysia sebagai tonggak perjuangan, sehingga begitu mudah PBS kembali ke pangkuan Barisan Nasional.
#Agenda Petronas, tidak menyenangkan Kuala Lumpur. Difahamkan bahawa Tun Datu Mustapha menuntut supaya Sabah mendapat 35% daripada hasil minyak petroleum Sabah, sedangkan Kuala Lumpur hanya mahu memberi 5% kepada Sabah. Dengan fitnah bahawa kononnya Tun Datu Mustapha sedang merancang membawa keluar Sabah dari Malaysia, Kuala Lumpur menaja Parti BERJAYA untuk menumbangkan USNO dalam pilihanraya negeri pada tahun 1976. Dalam pilihanraya tersebut, USNO telah tumbang di tangan BERJAYA.
#Keengganan Tun Datu Mustapha, Ketua Menteri Sabah untuk tunduk kepada kehendak Kuala Lumpur pada tahun 1975, menyebabkan Kuala Lumpur tidak selesa dan melihat tindak-tanduk Tun Datu Mustapha sebagai menggagalkan usaha Kuala Lumpur untuk terus menguasai Sabah. Keengganan Tun Datu Mustapha untuk menyerahkan kekuasaan minyak petroleum Sabah kepada Kuala Lumpur melalui perjanjian Petronas
#Selain itu, peristiwa 'Double Six' juga banyak menimbulkan persoalan di kalangan rakyat Sabah. Dalam peristiwa ini, Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri di bawah Kerajaan Berjaya yang baru memerintah selama 51 hari bersama 4 ahli kabinet menterinya telah ditimpa nahas kapal terbang dalam penerbangan balik ke Kota Kinabalu dari Labuan. Tun Fuad tidak menandatangani perjanjian penyerahan kuasa petroleum kepada Petronas dalam pertemuannya dengan rombongan Kuala Lumpur di Labuan kerana, baginya perkara itu harus dibawa dalam mesyuarat kabinet dahulu. Datuk Haris Salleh, Ketua Menteri Sabah yang telah menggantikan Tun Fuad Stephens telah mendapat sokongan sepenuhnya oleh Kuala Lumpur dengan kenyataan Mahathir, “berenang dan tenggelam bersama Berjaya”. Datuk Haris Salleh telah menandatangani penyerahan kekuasaan petroleum Sabah kepada Kuala Lumpur melalui Petronas, pada 14hb Jun 1976, iaitu 8 hari selepas nahas kapal terbang yang meragut nyawa Tun Fuad dan rakan- rakannya, tanpa dibawa dalam perbincangan kabinet menterinya.
#UMNO memasuki Sabah dan merampas kuasa.
UMNO memasuki Sabah selepas memperdayakan USNO untuk menerima UMNO masuk ke Sabah. UMNO memang sudah lama berhasrat memasuki Sabah namun tidak berjaya kerana tidak diberi restu oleh pemimpin- pemimpin USNO. Hanya dengan hasutan UMNO kepada USNO, UMNO telah berjaya memasuki Sabah. “UMNO pernah berhasrat melebarkan sayapnya ke Sabah dengan jemputan dan ditaja oleh Datuk Muhammad Dun Banir bersama rakan-rakannya pada tahun 1980an, namun impian parti itu tidak terlaksana kerana tidak mendapat sokongan dari USNO, akhirnya UMNO menangguhkan niatnya untuk sementara waktu. Perselisihan faham di antara USNO dan kerajaan PBS pada tahun 1985/1986 telah diintai oleh UMNO dan menghasut USNO supaya tidak mempercayai Kerajaan PBS, seterusnya mendesak pemimpin USNO untuk membenarkan mereka masuk ke Sabah dalam keadaan “menangguk air di air keruh (ambil kesempatan)”.- Datu Badarudin Tun Datu Mustapha sempena Deklarasi Semporna dalam Rapat Umum USNO 50 Tahun pada 29hb Januari 2012.
#Akibat hilang kuasa kemerdekaan:
- UMNO menjajah Sabah
- Sistem penggiliran Ketua Menteri, dengan mudah diguna sebagai pancing
- Kerusi DUN dan Parlimen Sabah dikuasai UMNO
- Perlantikan Ketua Menteri oleh Kuala Lumpur
- Kabinet pusat dimonopoli oleh Persekutuan Tanah Melayu
- Sabah dan Sarawak tidak penting lagi kerana Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)menguasai lebih 2/3 kerusi parlimen (166 di Persekutuan Tanah Melayu, 25 kerusi di Sabah dan 30 kerusi Sarawak)
- Masalah PTI semakin bertambah
- Sabah menjadi negeri termiskin
- Sabah dan Sarawak menjadi negeri yang ke 12 dan ke 13.
- Rasuah, politik wang dan salah guna kuasa berleluasa
- Pemimpin Sabah kehilangan semangat untuk berjuang.
- Pemimpin Sabah tidak mampu membuat keputusan tanpa restu daripada Kuala Lumpur.
- Beratus ribu hektar keluasan tanah di Sabah diserahkan kepada pihak Semenanjung melalui FELDA. Tabung Haji, Yayasan Selangor, Yayasan Melaka dan Syarikat-Syarikat Gergasi Persekutuan Tanah Melayu.
Dengan kehadiran UMNO di Sabah, manipulasi mereka semakin rancak. Manipulasi yang hebat dilakukan UMNO di Sabah adalah dengan merampas kuasa pemerintahan daripada PBS. Walaupun dengan janji Anuar Ibrahim membangun Sabah menjadikan Sabah Baru dalam masa 100 hari, Barisan Nasivonal pimpinan UMNO di Sabah gagal memenangi pilihan raya umum pada tahun 1994.
Selepas keputusan pilihanraya pada tahun 1994 diumumkan dengan PBS (bersama USNO) memenangi majoriti kerusi DUN, YB Datuk Joseph Pairin Kitingan dan Tun Mustapha bersama wakil-wakil rakyat PBS (bersama USNO) telah pergi ke istana untuk mengangkat sumpah sebagai barisan menteri kabinet Sabah yang baru. Namun mereka tidak dapat memasuki istana kerana pintu masuk ditutup atas arahan Datuk Megat Junid, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia ketika itu, menyebabkan semua wakil rakyat termasuk Datuk Joseph Pairin Kitingan dan Tun Mustapha terpaksa 'berkurung' di rumah kediaman rasmi Presiden PBS, YB Datuk Joseph
Mari sampaikan kebenaran ini kepada diri-sendiri dahulu, keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan serta semua orang di kampung dan bandar...
Post a Comment